03 Januari 2017

Anak-Anak Cuti Sakit 14 Hari !!

Demam Campak memang mudah merebak. Akhirnya anak-anak saya terkena demam Chickenpox yang sebelum ini saya alami. Saya sebelum ini dah tulis, Demam Chickenpox Satu Kifarah ... dan kongsikan beberapa petua merawat penyakit ini yang mudah berjangkit. Ada kesilapan kot dari segi cara dan teknik saya, sehingga menyebabkan anak-anak dapat cuti sakit (MC) selama 14 hari dek kerana sah ada simptom terkena Chickenpox.

Chickenpox sekrang dah tak macam dulu kot. Kalau ikut petua orang-orang lama, jika dah kena sekali .. takkan kena dah. Tapi .. peliknya, ia berlaku buat kali kedua pada saya.... itu sebab saya katakan demam yang saya dapat ni, adalah sebab kifarah. :)

Anak-Anak Cuti Sakit 14 Hari !!

Anak-Anak Cuti Sakit 14 Hari
Anak-anak saya terkena demam Chickenpox pada hari keempat belas saya terkena penyakit ini. Ketika itu, blister atau bintik-bintik demam ini sedang dalam proses pengeringan. Memang banyaklah tompok-tompok di wajah, badan dan bahagian belakang.

Ada yang dah tengok wajah saya, semua kata demam yang saya kena agak teruk. Tapi berbeza dengan anak-anak saya sebab wajah dan badan mereka tak macam saya. Kurang sangat bintik-bintik yang muncul. Malah, boleh dikira pun ... tengok gambar di bawah .. beza sungguh .. alahai.....
Wajah Kena Chickenpox
Anak sulong saya adalah yang pertama didapati terkena demam campak, kemudian anak saya yang kedua, disusuli oleh Maira .. anak perempuan bongsu saya. Maira cuma ada beberapa bintik di bahagian dada, dan kaki. Muka pun ada kena tapi tak sebanyak macam saya kena. Elok tang hujung hidung ada satu blister Chickenpox yang muncul.
Kanak-Kanak Kena Chickenpox
Disebabkan anak-anak saya dapat cuti MC selama 14 hari, maka proses pendaftaran persekolahan mereka agak kacau bilau sedikit... lebih-lebih lagi untuk Maira yang masuk Tahun Satu dan Amri, anak sulong saya yang masuk SMKA Sheikh Ahmad Fahim dalam Tingkatan Satu.

Yuran persekolahan, alhamdulillah.. dapat setel .. tapi masalah timbul untuk buku teks. Disebabkan anak-anak saya yang Tahun Satu dan Tingkatan Satu ni belum masuk ke kelas, maknanya mereka belum dapat lagi buku teks, walhal murid dan pelajar lain dah dapat dulu. Risau juga kalau-kalau tercicir nanti.
[Baca] Katil Istimewa Untuk Pesakit Demam Chickenpox atau Campak
Jenuh juga kami nak memaklumkan pada guru, serta guru PKHEM atas ketidakhadiran mereka ke sekolah. Kena beritahu supaya mereka tahu status kehadiran anak-anak saya ke sekolah. Nanti tak maklum .. mesti mereka konpius .. haha .. daftar ada, yuran dah bayar .. tapi orangnya tak ada. Manalah tahu ... risau guru dengan risau ibu bapa lain sebab.

Maka, anak-anak saya masih ada extra seminggu lagi untuk berada di rumah dan tidak ke sekolah. Keadaan demam dah semakin pulih. Bintik-bintik demam Chickenpox pun dah kurang kelihatan. Cuma saya je yang nampaknya kesannya masih nampak ketara .. terutama di bahagian muka.
Wajah dewasa kena bintik campak
Haha .. cikgu pun 'undur diri' bila saya kata saya baru terkena Chickenpox .. haha .. takut jadi macam wajah saya.... huhu.

Masa crucial ketika demam campak atau Chickenpox adalah waktu nak pulih ... bintik2 yang semakin mengering ini merupakan agen untuk penyebaran virus campak .. jadi, waktu ini penting untuk kawalan daripada merebak. Kena kuarantin lebih ketat.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian

Ya Salam Ya Fattah, semoga cepat sembuh semuanya...


EmoticonEmoticon