Lagi resepi saya nak kongsikan. Jika ada yang terlihat post sebelum ini iaitu Resepi Kobis Tumis Ikan Bilis, tentu perasan ada satu lagi menu saya paparkan dalam post tersebut. Yang tu saya nak cerita .. tu adalah resepi sempoi saya .. Resepi Ikan Masak Taucu Pedas.

Taucu, umumnya kita tahu rasanya adalah sangat-sangat masin. Itu sebab ia juga dikenali sebagai Kacang Soya Masin atau Kacang Masin. Ia lebih kepada penyedap makanan, terutama untuk mempelbagaikan masakan bergoreng macam ikan dan ayam. Ia merupakan 'perisa' tradisional rakyat China yang memang terkenal dengan produk-produk yang diperam, sama seperti masakan Korea yang terkenal iaitu KimChi.

Jadi, sekarang anda dah tahu bahawa taucu adalah produk makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang direbus dan kemudian diperam dan kemudian dimasinkan. Kenapa? Supaya kacang soya dapat bertahan lebih lama.

Resepi Sempoi Ikan Masak Taucu Pedas

Resepi Sempoi Ikan Masak Taucu Pedas
Ok. Sekarang saya nak kongsikan kepada anda resepi mudah memasak ikan taucu dengan selera orang utara - Resepi Sempoi Ikan Masak Taucu Pedas.

Bahan-Bahan

  • Ikan goreng. Carilah ikan yang sedap digoreng untuk dimasak gunakan resepi ini ye.
  • Taucu. Ada banyak jenama antaranya Tamin, Bonda, Bilal, Adabi.
  • Air.
  • 2-3 biji Bawang Besar.
  • 1-3 ulas Bawang Putih.
  • Suku inci Halia.
  • 1-3 biji Cabai Muda.
  • 1 biji Cabai Benggala.
  • 3-4 biji Cili Api.
  • 1-2 Asam Keping.

Cara Memasak

  1. Ikan yang telah digoreng dibiarkan di tepi periuk.
  2. Masukkan air hingga suku periuk. Tunggu hingga ia mendidih.
  3. Masukkan pula Bawang Besar, Bawang Putih, Halia yang telah dihiris halus.
  4. Masukkan pula dua hingga tiga sudu taucu. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan Cabai Muda dan Cabai Benggala yang dipotong belah dua.
  6. Masukkan pula cili padi yang ditumbuk kasar ... hentak je dengan belakang pisau pun boleh....
  7. Biarkan menggelegak.
  8. Masukkan ikan yang telah siap digoreng tadi. Kacau .. dan masukkan sekeping Asam Keping.
  9. Rasa .. kalau tak ada rasa masin Taucu, masukkan lagi .. rasa masin Taucu ni bergantung dengan jenama, andai masukkan pertama kali dah rasa masin, sila tambah air .. tu sebab saya hanya masukkan air cuma suku periuk.
  10. Rasa resepi anda mesti ada rasa masin Taucu, pedas Cabai, dan juga sedikit rasa masam.
  11. Elakkan kacau terlalu kerap takut ikan jadi hancur.
Resepi Sempoi Ikan Masak Taucu Pedas
Bila rasa dah cukup, tutup api ... dan in Sha Allah.. resepi sempoi Ikan Masak Taucu Pedas sedia untuk dihidangkan. Oh ya, boleh juga gunakan Tomato untuk gantikan Asam Keping.

Mudah je kan? Saya boleh buat .. anda tentu boleh. Selamat mencuba resepi ini.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement