Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Kimchi 'Korea'

Ramai rupanya yang minat Kimchi ni ye, apatah lagi bilamana drama lakonan Nazim Othman, Johan As'ari, Niena Baharun, dan Nur Risteena Munim mula mendapat tempat di kalangan penonton. Drama yang saya maksudkan ialah Cinta Teruna Kimchi yang disiarkan menerusi slot Zehra TV3 setiap Rabu sehingga Jumaat. Kalau anda peminat drama Melayu, mungkin perasan kewujudan drama ni .. hehehe...

Huhu.. dengarnya ada kontroversi juga tentang drama Cinta Teruna Kimchi, malah ramai yang dakwa bahawa drama ini adalah drama sampah. Alahai ...apa susah, tak suka tak perlu tengok, dan jika tak tengok drama ini janganlah kondem. Mudah je kan? Tak yah nak tambah benda tak elok dalam diri... ye tak? Baik belajar cara nak buat resepi Kimchi ... satu menu yang bagus untuk kesihatan.

Fakta Menarik Mengenai Kimchi

Ok, sebelum kita sama-sama belajar cara nak buat Kimchi ini, mari kita ketahui serba sedikit fakta menarik mengenainya. Ia merupakan makanan yang baik untuk kesihatan kerana dipercayai boleh melambatkan penuaan, menguatkan sistem ketahanan badan, menghalang penyakit dan bagus bagi sistem pencernaan manusia.
Cara Buat Kimchi 'Korea'
Kimchi merupakan makanan tradisional rakyat Korea. Sejarahnya bermula sejak 57 tahun sebelum Miladiah lagi. Ia merupakan sayur jeruk yang dihasilkan daripada Kobis Panjang. Sebelum dikenali sebagai Kimchi Korea, ia dikenali sebagai shimchae, kemudian diubah kepada dimchae, seterusnya kimchae dan akhirnya menjadi kimchi yang kekal sehingga kini.

Rasa awal Kimchi adalah masam, sebelum ia ditambah cili pada zaman Dinasti Koryo menjadikannya mempunyai rasa pedas. Ia sesuai dimakan dengan nasi panas, dan menjadi makanan lauk kegemaran di Korea. Sebagai pengetahuan tambahan, terdapat lebih daripada 200 jenis Kimchi - dibezakan dengan bahan-bahan sampingan yang digunakan.

Cara serta Resepi Membuat Kimchi 'Korea'

Sekarang, saya nak kongsikan cara untuk membuat Kimchi 'Korea' ini. Resepi ini adalah resepi olahan daripada dua sumber berbeza, in Sha Allah anda boleh cuba untuk hasilkan Kimchi yang sedap lagi lazat.
Resepi cara membuat Kimchi

Bahan-Bahan Utama Kimchi Korea

  • 2 buku Kobis Panjang dikenali sebagai Napa Cabbage
  • 1 cawan garam - disyorkan gunakan Garam Bukit atau Garam Laut Asli
  • 1 batang Lobak Putih saiz sederhana
  • 2 sudu teh Sos Ikan
  • Cili paste atau serbuk cili - dosyorkankan Cap Babas
  • 4 sudu besar Tepung Pulut  
  • 1-2 batang Daun Bawang
  • 1 inci Halia*
  • 3 ulas Bawang Putih*
  • 2 biji Bawang Holland*
  • 1 biji buah Pear Gong dikupas kulit*

Cara Membuat Kimchi

Potong kobis dengan potongan besar/kasar sebesar 1 inci atau bersegi. Jangan terlalu kecil kerana potongan kobis ini akan mengecut apabila diperam. Gaulkan dengan garam, pastikan rata ke semua bahagian kobis. Letakkan dalam sebuah bekas, dan peram semalaman. Kalau boleh cuba tindih peraman tersebut dengan benda berat. Tujuannya ialah untuk keluarkan air berlebihan yang ada pada kobis.

Setelah diperam, basuh kobis dengan bersih. Pastikan kobis dibuang airnya, dan kalau boleh perah sehingga kobis itu habis air dikeluarkan. Hati-hati kerana kobis ketika ini telah menjadi layu.

Ok sekarang untuk membuat sos atau paste untuk Kimchi. Ia merupakan kandungan penting untuk menjadikan Kimchi rasa sedap lagi lazat.

Kisar bahan-bahan bertanda (*). Kemudian tambahkan dengan paste cili atau serbuk cili, kacau sehingga sebati. Anda boleh tambah sedikit gula untuk mempercepatkan proses tapaian/penjerukkan. Biarkan seketika.

Sekarang, anda campurkan sos ikan, tepung pulut dengan sedikit air yang telah dimasak/ditapis. Gaul sehingga tepung telah melarut. Kemudian, letakkan bahan ini diatas api yang kecil. Tunggu sehingga bahan-bahan campuran mendidih. Pastikan ia tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

Setelah itu, campurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan bahan-bahan campuran yang telah dididihkan tadi. Gaul sehingga sebati.

Masukkan lobak dan juga daun bawang yang telah dihiris dengan halus ke dalam campuran tadi. Kemudian masukkan pula kobis tadi. Gaul sehingga rata dan sebati. Masukkan ke dalam bekas yang bertutup dan biar paling minima semalaman. Anda akan nampak ada buih-buih muncul di dalam bekas tadi - itu tandanya proses penjerukkan telah berjaya.

Buka bekas dan cuba rasa, jika tak cukup masam, maka teruskan dengan proses simpan tadi. Boleh tambah sedikit serbuk cili andai kurang rasa pedas. Ada sesetengah memasukkan cili api yang dipotong kecil. Bila rasa dah cukup ummmphhh bagi anda, masukkan Kimchi ini ke dalam peti sejuk agar ia tahan lama.

Mengikut petua orang Korea, Kimchi boleh bertahan sehingga berbulan lamanya. Dan rasanya akan jadi lebih sedap dan lazat selepas seminggu disimpan di dalam peti sejuk.

Amacam? Boleh cuba kot resepi membuat Kimchi Korea ni, dan mungkin boleh dibandingkan dengan beberapa makanan yang hampir sama cara menyediakannnya di Malaysia ni. Pernah makan Jeruk Maman tak? Huhuhuhu... cuba resepi luar, jangan dilupa pula resepi tempatan ye .. hoho.

Selamat mencuba.


Kredit: Super Daughter dan Ourkizuna


advertisement


Komen Pembaca ...

  1. huih..macam lama pulak penyediaan makanannya...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Diet bagus untuk mereka yang nak kurus ni

      Padam
  3. Boleh nak cuba juga ni. Nak kena cari bahan nanti.

    BalasPadam
  4. Menarik juga benda ni. Nak cuba juga Bro HH.

    BalasPadam
  5. betul tu.. kalo x nak tengok jangan tengok !! hidup kimchi !! ahaha..

    BalasPadam
  6. ramai yg suka makan kimchi rupanya. saya tak pernah cuba.

    BalasPadam
  7. Terima kasih share resepi dan backlink yg diberikan. Kimchi ni rasanya masam dan pedas. Sedap dimakan dgn nasi panas. Baik utk kesihatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap, masam dan pedas .. macam jeruk cili .. :)

      Padam
  8. selalu tengok runningman, ada kimchi ni.. masa tengok tu pun terfikir gak macam mana rasa kimchi ni, nampak macam sedap je.. boleh lah buat lepas ni.sebab dah ada resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah ... :) ada je jual, tapi takut tak halal je

      Padam
  9. Semakin ramai la yang share buat kimci lepas ni, korea dah kembali melanda..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …