Langkau ke kandungan utama

Resepi Kobis Tumis Ikan Bilis

Bila sebut pasal resepi, pasal makan anak-anak di tengahari, saya memang masak semudah mungkin. Kenapa? Sebab saya nak adakan masa untuk buat kerja sebagai seorang blogger. Blog, kalau dibiarkan sahaja tanpa update terbaru .. nanti akhir bulan .. saya dok tengok baki dua bulan sudah je ada dalam bank... haha. Dan bila cakap resepi, bukan setakat lauk kena sediakan, anak-anak perlu ada keseimbangan dalam makanan, jadi kali ini .. saya nak kongsi resepi mudah sayur - resepi Kobis Tumis Ikan Bilis.

Saya secara peribadi memang gemar makan kobis. Kalau saya sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands, in Sha Allah .. antara sayur yang akan dibeli ialah kobis. Kobis Cameron Highlands tak sama dengan kobis di tempat lain ... rasanya lebih sedap, dan lebih rangup. Tak caya cubalah beli ... huhu...nak-nak lagi kalau buat Kobis Masak Lemak.

Resepi Kobis Tumis Ikan Bilis Ala House Husband

Resepi Kobis Tumis Ikan Bilis
Ok, berbalik kepada resepi. Resepi ni sangatlah mudah. Kalau anda ada pengetahuan tentang cara menumis, jadinya resepi ini boleh dikatakan sangat sempoi ...

Bahan-Bahan

  • Kobis suku potongan dipotong kasar.
  • 1-2 biji Bawang Besar dihiris halus.
  • 1-2 ulas Bawang Putih diketuk, saya belasah ketuk dengan lesung batu.
  • Suku inci Halia dihiris halus.
  • Segengam kecil ikan bilis.
  • 1-2 Cabai Masak.
  • Minyak sesudu.

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan bawang, halia.
  3. Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh dengan elok. Kalau boleh jangan masukkan kepala. Dan gunakan ikan bilis yang dah dikopek adalah lebih afdal.
  4. Tumis sehingga naik bau bawang yang sedap.
  5. Masukkan kobis yang telah dipotong-potong tu.
  6. Masukkan sedikit air.
  7. Kacau sehingga kobis layu dan kuah kobis mendidih. Masukkan potongan cabai masak.
  8. Letakkan sedikit garam.
Siap. Mudah ye tak? Jangan risau pasal rasa, asalkan tidak terlalu masin semasa meletakkan garam.
Resepi Kobis Tumis Ikan Bilis Cara House Husband
Kalau ada sambal belacan lagi best. Hmm kalau anda nak tahu rahsia nak buat sambal tumis ikan bilis yang sedap, boleh baca tips dari saya di sini - Rahsia Resepi Sambal Tumis Sedap

Sambal belacan tak ada, sambal tumis pun boleh .. buat sambal basah .. yummi ...

Oh ya, kalau anda ke Cameron Highlands, tempat best nak beli sayur adalah Kea Farm, jadi, saya syorkan anda menginap di sini - Review Equatorial Hill Private Apartment sebab luas, ada peti ais nak simpan sayur yang dibeli, dan anda boleh jalan kaki sahaja ke Kea Farm.


advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …