Mencabar sebab saya perlu sediakan menu sempoi yang semua orang akan makan. Saya tidak suka membazir makanan. Ia satu kesedihan bagi saya apabila terpaksa membuang makanan yang tidak dimakan atau yang telah rosak (basi). Jadi, cabaran untuk sediakan menu makan setiap hari ialah mengetahui akan selera anak-anak.
Menu Sempoi Seorang House Husband
Mungkin ada yang kata, lauk-pauk boleh disimpan dalam peti sejuk. Tetapi, anak-anak saya sedikit cerewet dan tidak berapa suka jika ketahui makanan yang saya hidang tu adalah menu 3 hari lepas yang telah dimasak semula. Yang jadi mangsa perabih, tentulah saya. Kalau isteri ada di sini, itu lain cerita.
[Baca] Goreng Ikan Guna Kuali Tanpa Minyak, Hanya Gunakan Air
Jadi, penyelesaian ialah mencari menu sempoi yang semua orang boleh makan, dan saya boleh masak. Saya cuma beli makanan di luar jika dan hanya jika .... sudah terpaksa. Nak berjimat cermat, perlu masak sendiri. Masak sendiri lebih berbaloi jika beli makanan di luar, dan kebersihan juga lebih terjamin, apatah lagi sekarang sudah adanya kes Demam Kepialu yang boleh membawa maut terutama kepada kanak-kanak.
Antara menu sempoi yang selalu saya sediakan ..
- Kari Kepala Ikan (Along dan Angah tak makan kepala ikan, hanya makan kuahnya sahaja).
- Ikan Talapia Merah Panggang
- Kari Daging.
- Daging Masak Kicap.
- Kerang Rebus.
- Masak Lemak Labu.
- Telur Kicap.
- Sotong.
- Ikan Lengat (Ikan Rebus) goreng.
- Daging Black Pepper,
- Sup Ikan Merah.
Penting sebagai seorang bapa House Husband ketahui akan kesukaan anak-anak, dan kalau boleh biarlah semua suka menu yang sama. Jika masing-masing ada kehendak tersendiri (jarang derang minta), maka saya perlu masak dalam portion yang kecil untuk elakkan makanan dari terbuang atau tidak dihabiskan.
Kalau anda nak tahu apa resepi dan menu masakan yang saya sediakan untuk anak-anak setiap hari, bolehlah jenguk entri-entri berkaitan resepi di blog ini. Serius, ada pembaca yang rujuk menu dan resepi saya .. dan mereka kata resepi saya mudah, senang dan simple untuk disediakan ... rasa pastilah marbelous .. hoho ...
sedapnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteHehehe.. mana tau sedap ni??
DeleteBetul yang penting tidak membazir..
ReplyDeleteYap .. kata anak saya .. membazir itu kawan setannnn
Deleteini bukan kategori simple ni..hehehehe
ReplyDeleteTak simple ke? Hehhehee.. :P
Deletemasakan bapa mesti sedap walaupun sempoi je. hehe
ReplyDeleteHehehe.. terima kasih Ajuya ..
DeleteYang penting sedap dan bersih. Lagi jimat kalau masak sendiri.
ReplyDeleteYang penting sedap dan bersih. Lagi jimat kalau masak sendiri.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.