Resepi mudah Sup Kepala Ikan Merah. Pada suatu hari, isteri saya bertanya ..."Abang, nak masak apa hari ini?". Lantas saya menjawab; "Apakata hari ini kita makan sup kepala ikan merah...". Isteri saya nampak seronok, sebab dia tahu ... saya yang akan masak sup kepala ikan merah ini. "Hmm nanti abang masak ehh sup tu, ayang tak retilah nak buat ... abang masak sedap...".. jeng jeng jeng .. inilah resepi penuh kasih sayang saya - resepi mudah sup kepala ikan merah.

Tak susah sebenarnya nak memasak. Bagi saya seorang surirumah atau setengah sebut sebagai surarumah, memasak lauk pauk bukanlah satu tugas yang berat. In Sha Allah, saya boleh memasak dengan jayanya; tapi jangan minta saya masak perkara yang sama setiap hari, kerana rasanya akan jadi berbeza beza .. hahaha.....

Resepi Mudah Masak Sup Kepala Ikan Merah

Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Merah
Bagaimana saya masak sup kepala ikan merah dengan mudah? Ok. Sebagai lelaki, sup merupakan masakan yang paling mudah nak dibuat. Boleh saya ibaratkan memasak sup adalah seperti memasak mee segera, hanya tuang air dan masukkan rempah ... itu sahaja.

Dalam resepi mudah sup kepala ikan merah ini, saya menggunakan perencah sup yang satu-satunya sangat mudah didapati di kedai-kedai runcit iaitu perencah sup Adabi. Dengan berbekalkan dua bunjut perencah sup ini, saya dah boleh sediakan sup kepala ikan merah yang menambat hati isteri dan anak-anak saya.
Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Merah

Bahan-Bahan Resepi Sup Kepala Ikan Merah

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Perencah sup (mesti ada buah keras, buah pelaga, kulit kayu manis dan daun apa ntah)
  • Tomato
  • Ubi kentang
  • Kepala ikan merah dipotong 4 bahagian
Untuk mendapatkan rasa sedap satu sup ikan, perkara paling penting ialah anda perlu kisar bahan-bahan seperti halia, bawang besar atau bawang merah serta bawang putih. Selepas kisar, anda samada boleh tumiskan bahan-bahan yang dikisar atau hanya letakkan setelah air mendidih di dalam periuk. Mana-mana cara pun boleh. Jikalau saya, bila rajin akan tumis, kalau tak rajin saya main campak-campak je bahan kisar tersebut.

Tumis atau Tidak?

Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Merah
Jika menumis, pastikan anda masukkan bahan-bahan kisar, bersama dengan bunjut sup beserta tomato dalam 2 biji. Tomato saya masukkan dulu supaya rasa masamnya sebati dengan bahan tumisan. Apabila naik bau, saya akan masukkkan air secukupnya.

Tips Pilih Kepala Ikan Merah Segar

Untuk ikan merah, bagi yang mahu rasa lebih sedap, pilihlah kepala ikan merah yang segar. Untuk itu, tips yang paling bagus anda gunakan ialah dengan melihat kejernihan mata ikan, jika jernih, in Sha Allah, rasa ikan akan sedap. Pastikan juga anda lihat pada insang ikan, mesti ada tanda lendir sedikit. Untuk masak sup kepala ikan merah, buang terlebih dahulu insangnya untuk elak rasa dan bau hanyir dalam sup nanti.
Bila sup dah mendidih, anda perlu masukkan ubi kentang dahulu. Selepas masukkan kentang, masukkan pula garam. Rasa sup anda. Biarkan sup anda mendidih sehingga kentang itu empuk. Jika ok, masukkan pula kepala ikan merah yang telah dibasuh dengan bersih.

Sesudah itu, rasa sup ikan anda. Jika tak cukup masam, tambahkan tomato. Anda juga boleh masukan sedikit cili api untuk berikan rasa pedas pada sup. Elakkan anda kacau terlalu kerap sup anda, supaya kepala ikan merah tidak hancur.

Angkat sup kepala ikan merah apabila rasanya dah marvelous ... hoho.
Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Merah
Sekian. Itulah cara saya masak sup kepala ikan merah dengan mudahnya ....

Jika nak, boleh masukkan aksesori lain ke dalam sup tersebut seperti serai, daun bawang, daun sup mahupun biji lada hitam (sesuai untuk ibu selepas bersalin).

Selamat mencuba.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement