Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Kongsi:

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga - Menu paling glamor di Parit Buntar setiap kali bulan puasa

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga. Apabila nak cepat dan mudah menyediakan menu tengahari, saya akan lihat menu-menu masakan atau resepi yang tidak menggunakan banyak bahan, dan tidak menggunakan minyak. Dan antara pilihan utama nak sediakan menu makan tengahari yang simple, mudah, sempoi dan cepat ialah dengan menyediakan Kerang Rebus.

Resepi Kerang Rebus saya simple je. Kalau saya masak Kerang Rebus yang merupakan antara pilihan dan kegemaran anak-anak saya, saya akan rebus kerang sampai betul-betul masak. Anak-anak saya tidak berapa suka kalau kerang yang saya rebus masih lagi berlendir atau lembik.

Pertama sekali untuk menyediakan resepi Kerang Rebus pilihan sekeluarga ini, kerang yang dibeli mestilah dibasuh dengan sebersih-bersihnya. Kerang di Parit Buntar agak mudah diperoleh, dan harga yang dijual di pasar boleh dikatakan murah. Saya beli kerang yang bersaiz sederhana dari Pasar Parit Buntar dengan harga RM4.00 sekilogram... amacam? Murah tak? Kalau saiz kecil, dalam RM2:50 sekilogram.

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Bahan-Bahan

  1. Kerang sekilogram
  2. 1 labu Bawang Besar
  3. 2 ulas Bawang Putih
  4. Seinci Halia tua
  5. Cili Kering
  6. Sebatang serai diketuk

Cara Menyediakan Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Cara membuatnya amatlah mudah, anak dara sunti umur 13 tahun pun boleh masak Kerang Rebus....hoho. Setelah kerang dibasuh dan dibersihkan, anda perlulah tos kerang tersebut.

Isi periuk dengan suku air, dan masukkan kerang ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih. Apabila air dalam periuk yang berisi kerang sudah mendidih, masukkan Bawang Besar yang telah dipotong kasar, bawang putih dan juga hirisan Halia. Masukkan juga beberapa biji Cili Kering dan sebatang Serai yang telah diketuk.

Kacau kerang dalam periuk setiap 2-3 minit supaya semua kerang masak sempurna.

Jika anda suka kerang yang kenyal, rebus kerang dengan agak lama sebelum memasukkan bahan-bahan lain. Kalau suka kerang yang lembut-lembut sikit, dengan ada air jus bila kopek kerang, maka bolehlah rebus dalam masa 15-20 minit sahaja.

[Baca] Kerang Rebus Istimewa Warung Man Udang Lipan

Sedap dimakan bersama cicah potongan cili api/cabai burung dengan kicap serta air asam jawa. Boleh juga dicicah bersama budu bilis yang ditambah air limau. Siap. Mudah kan?
Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga
Perghh sedapppp tu. Terliur dibuatnya ... hehehe.

Oh ya, lupa nak beritahu. Di Parit Buntar, menu hidangan Kerang Rebus memang popular malah menjadi antara snek kegemaran setiap kali datang bulan Ramadhan. Ia jadi satu fenomena setiap tahun, dimana puluhan gerai menyediakan menu yang sama iaitu Kerang Rebus cicah dengan kuah kacang.

Hebatnya penangan Kerang Rebus ketika Ramadhan ini, sehingga Parit Buntar dikenali dan diberikan paparan dalam akhbar utama serta rancangan Majalah Tiga.



COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Panduan Iklan Adwords
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,131,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,370,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,149,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,100,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,392,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,433,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,325,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga
Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga
Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga - Menu paling glamor di Parit Buntar setiap kali bulan puasa
http://2.bp.blogspot.com/-HTbEFlbU--E/VjBs19-6k2I/AAAAAAAACP0/MqjYlC9HAlc/s1600/Kerang-Rebus-1.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-HTbEFlbU--E/VjBs19-6k2I/AAAAAAAACP0/MqjYlC9HAlc/s72-c/Kerang-Rebus-1.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2015/10/resepi-kerang-rebus-pilihan-sekeluarga.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2015/10/resepi-kerang-rebus-pilihan-sekeluarga.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy