Kuali goreng ikan menggunakan air. Hebat! itulah persepsi apabila melihat pertama kali isteri saya menggunakan kuali buatan Korea ini. Kuali mengoreng ikan tanpa gunakan minyak, dan paling menakjubkan ialah ia menggunakan air untuk dapatkan hasil gorengan ikan kekuning-kuningan.

Saya secara peribadi belum lagi mencuba menggunakan kuali ini. Tapi, apabila tengok yang kuali ini boleh menggoreng ikan tanpa minyak, ia memang buat saya tertarik. Magik ni .. serius saya teruja bila kuali ini bukan hanya boleh menggoreng, tetapi memanggang, buat kek, buat kuih, masak sayur, stim dan macam-macam lagilah. Tak ada jenama, tetapi di kotak tertulis - Hydro Health Cookware, Made in Korea.

Bak kata orang, ia sebuah kuali yang serba boleh. Hanya 1 kuali untuk semua kerja-kerja memasak ... memang bestlah.

Hydro Health Cookware - Kuali Goreng Ikan Guna Air

Hydro Health Cookware

Inilah antara sebab isteri saya ambil keputusan untuk jual Philips Airfryer yang dia beli dari UK secara online.

Masa untuk memasak juga dapat dijimatkan, dan sebagaimana dengan produk Philips Airfryer yang ada, kuali ini tidak mengotorkan dapur. Ia lebih bersih daripada kuali konventional biasa yang digunakan ramai surirumah di Malaysia.

Kuali Hydro Health Cookware yang made in Korea ini, isteri saya beli di pejabat. Ada jurujual buat demo kuali ni, lalu dengan persembahan demonstrasi tak terkalah serta pakej bayaran yang menarik, maka isteri saya pun beli tanpa ragu-ragu. Harga yang diberitahu kepada saya dalam RM1,XXX.
Kuali Goreng Ikan Guna Air Hydro Health Cookware

Hydro Health Cookware Belum Dijual Online di Malaysia

Di laman-laman web jualan seperti Lazada, Nile, 13th Street; saya masih lagi tak nampak produk ini dijual. Ada yang beritahu saya, bahawa produk ini ada dipromosikan di Astro GoShop. Malangnya, saya tidak gunakan servis Astro, jadi susah saya nak comfirmkan mengenainya.

Saiz kuali Hydro Health Cookware ni agak besar dan ia berat. Daripada info yang ada di kotak kuali, material utama yang menjadikan kuali ini istimewa ialah bahan buatannya yang diperbuat daripada seramik/marmar hitam (kalau tak silap).

Disebabkan itu, kuali ini sangat sensitif jika dalam keadaan panas. Tak boleh nak basuh sesuka hati, ada caranya diberitahu menerusi manual yang disediakan. Kalau dibasuh ketika kuali masih panas, ia akan buat kuali pecah .....huhuhu...

Untuk gunakan kuali ini untuk menggoreng, hanya masukkan air mengikut sukatan yang diberikan. Kemudian gunakan alas khas yang disediakan. Ada alas berbeza mengikut keperluan memasak.... bab ni saya tak dapat nak cerita sebab tak khatam lagi.

Cuma yang saya tahu, dan ianya telah dibuktikan bahawa kuali ini memang boleh mengoreng ikan, dan ianya digoreng hanya menggunakan air... uhh menakjubkan sungguh la, cuma masalahnya ialah nak simpan kuali ini yang agak besar dan berat... huhuhu..


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement