Dr. Anwar Fazal. Nama ini semakin dikenali terutama di dalam dunia blogger Malaysia apabila sah bertunang dengan Dr. Fatin Liyana Asri atau nama sebenar Nur Fatin Liyana Asri pada 21 Disember 2014, sehari selepas hari lahir Dr Anwar Fazal yang ke 32 tahun.

Jelas sekali ramai yang cuba mencari siapakah sebenarnya Dr. Anwar Fazal ini, sehingga Anwar Fazal terpaksa sekat pembaca ke blognya - burnofburnsoul.blogpost.com. In Sha Allah, anda akan ketahui serba sedikit mengenai diri Anwar Fazal ini, yang merupakan seorang doktor, blogger, penulis novel, penulis skrip dan juga seorang penyanyi!

Dr Anwar Fazal - Blog, Biodata dan Gambar

Dr Anwar Fazal - Seorang Doktor, Blogger, Penulis dan Penyanyi
Saya baru je dua tiga hari lepas 'melepak' di blog Dr Anwar Fazal kerana mahu mencari perkembangan terkini mengenai buku DIAnogsis 2 yang dikatakan melibatkan enam orang doktor untuk menulis di dalamnya; termasuklah bakal isteri Dr Anwar Fazal iaitu Dr Nur Fatin Liyana Asri.

Walaupun blognya tidak boleh akses secara umum, tetapi catatan Dr Anwar Fazal masih boleh diikuti di dranwarfazal.tumblr.com dan juga laman sosial twitter Anwar Fazal.

Novel DIAnogsis Karya Dr Anwar Fazal, Dr Nur Azah dan Dr Aizzat

Buku novel DIAnogsis pertama telah ditulis oleh tiga orang doktor perubatan iaitu Dr Muhammad Aizzat Othman (Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang), Dr Nur Azah Mohd Isa (Pusat Perubatan UKM, Cheras) dan Dr Anwar Fazal Abu Bakar (Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang).

Fatin Liyana menerusi blog popular terkenalnya HoneyKoyuki.blogspot.com ada berkongsi dan buat review serba sedikit mengenai novel berkaitan dunia perubatan ini. Malah, ada beberapa bahagian dalam novel DIAnogsis dikongsikan untuk tatapan pembaca.
Saya difahamkan sepupu Dr Anwar Fazal - Syamsul Yusof ada ura-ura nak jadikan novel tersebut masuk TV, tak pun masuk panggung ... almaklumlah buku novel ini telah menjadi best-seller di kedai buku tertentu, malah semasa pelancarannya ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Tak banyak diketahui mengenai Dr Anwar Fazal ini, namun saya pasti beliau seorang yang ada karisma tertentu, yang sesuai sangatlah menjadi pasangan kepada blogger terkenal Dr Fatin Liyana ... hoho ... kacak gak bagi pandangan saya....

Biodata Dr Anwar Fazal

Nama penuh ialah Anwar Fazal bin Abu Bakar, lahir di Kuala Lumpur pada 20 Disember 1982. Anwar Fazal merupakan bekas murid dan pelajar di Sekolah Berasrama Penuh Sabah, sebelum ke MCKK dan Sek. Men. Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

Dalam mengejar cita-cita sebagai seorang doktor, Anwar Fazal kemudian ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, sebelum ke Sunway College dan kemudian melanjutkan pengajian perubatan di International Medical University (IMU) dan Kursk State Medical University (KMSU) di Russia.

Buku novel DIAgnosis merupakan antara karya Dr Anwar Fazal bersama dua lagi doktor lain dalam bidang penulisan. Dia juga adalah penulis lirik dan penyanyi untuk Apakah Semuanya Itu - OST KL Drift 2 bersama sepupunya, pengarah dan penerbit muda Syamsul Datuk Yusuf Haslam. Single pertama mereka bertajuk 'Bidadari'.

Buat Duit Dengan Menulis - Tidak mustahil anda juga boleh melakukannya seperti Dr Anwar Fazal ini, menjadikan bidang penulisan sebagai sumber income tambahan mahupun sampingan.

Dr Anwar Fazal sekarang bertugas di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Apapun tahniah kepada Dr Anwar Fazal dan juga Dr Fatin Liyana kerana sudah mengikat tali pertunangan, seronok melihatkan gambar-gambar majlis pertunangan Fatin Liyan dan Anwar Fazal, memang lawa-lawa belaka .. hoho.

Inilah serba sedikit mengenai Dr Anwar Fazal, biodata gambar dan blognya yang sudah mula dihad akses kepada pengunjung - mungkin sebab nama sudah menjadi 'target' blogger Malaysia yang mahu tahu mengenai dirinya yang menjadi tunangan Fatin Liyana - antara 8 Blogger Cun EH! Guess Blogger Awards.

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semoga segala urusan mereka untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan...Alhamdulillah, sama padan, sama cantik...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini. Orang baik in Sha Allah, akan baik pengakhirannya.

      Padam
  2. patutlah ensem...sepupu syamsul yusof rupanya

    BalasPadam
  3. bagai pinang dibelah dua...semakin menyerlah selepas berkahwin nanti

    BalasPadam
  4. Yee.. memang sesuai sangat denfan fatin liyana.. dua2 doktor dan due2 suke menulis

    BalasPadam
  5. dua-dua punya karisma. Tahniah kpd keduanya =)

    BalasPadam
  6. Wah hebatnye...semoga terus berkarier dan menjadi seorang Doktor yang hebat...

    BalasPadam
  7. Dalam dunia tiada yang mustahil..ini adalah contoh terbaik untukmenjadi umat nabi muhammad saw yang berjaya..

    BalasPadam
  8. sesuai sgt la mereka berdua ni :)

    BalasPadam
  9. Memang hebat biodata Dr Anwar Fazal. Semoga mereka berbahagia kehujung nyawa...

    BalasPadam
  10. serius baru tau

    test komen x boleh2 lagi...

    minta yg ni ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna google+ boleh

      guna name/url x leh hmmmm

      chrome x leh... guna firefore boleh..

      comfirm chrome saya ada masalah rupanya..

      baru ada kotak tik spam tu

      Padam
  11. Ada karisma! Mmg betul, jika tak baca entry ni, belum kenal siapakah dr ini. Terima kasih!

    BalasPadam
  12. patutlah ada samsul samsul yusuf sepupu dia rupanya

    BalasPadam
  13. semoga dipermudahkan urusan dr fatin n dr anwarfazal

    BalasPadam
  14. Boooooooooooooooooooo!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement