Saya nak kongsi sikit tips House Husband, mengenai cara untuk ringankan beg sekolah anak anda. Almaklumlah, sebagai ibu bapa kadangkala kasihan tengok anak-anak kena angkut beg sekolah berat-berat yang penuh buku.

Anak-anak ni baru tengah nak belajar berdikari dan mendisiplinkan diri dengan peraturan sekolah. Sebagai ibu bapa tak boleh nak harapkan sangat apa yang anak-anak ini tahu, kena ada inisiatif untuk bantu.

Cara Selesaikan Masalah Beg Berat ke Sekolah

Cara nak selesaikan masalah beg berat ke sekolah
"Adik, kena bawa semua buku ni ke sekolah ke? tanya saya pada anak kedua saya, ZIkri yang baru nak masuk darjah satu.
"Yela, semua buku lajar tu, kena bawa, nanti kalau tak bawa...tertinggal ... cikgu marah adik"
"Ishhh takkan semua nak kena bawa, bukan semua belajar hari-hari mata pelajaran sama?" tanya saya.
"Semua ada la Abah ..." kata Zikri.
"Ishh takkan punya, mesti ada yang tak belajar. Ada jadual tak?" tanya saya.
"Adaaaaaa ... tapi mana adik tahu mana buku nak lajar, nak kena bawa" kata Zikri.
"Ok, nanti Mama tunjuk kat adik macamana nak susun ...Nak bagi ringan beg adik" kata saya lagi.
"Kan berat tu ... adik larat ke nak bawa beg berat-berat gi sekolah?" tanya saya.
"Tak laraatt .. berat. Dah la kena naik tingkat satu .... " kata Zikri.

Keluhan biasa dengar untuk anak-anak yang pertama kali merasa beg sarat dengan buku-buku sekolah, ye tak?

In Sha Allah, dengan sedikit kreativiti ada, anda boleh ikuti tips dan cara ini, supaya dapat bantu anak anda ringankan beg ke sekolah, terutama anak-anak yang terpaksa seret beg naik tangga sampai tingkat satu dua .. tiga. Hoho .... bayangkan kalau beg dah sama saiz dengan badan, pastu penuh ngan buku teks sekolah yang tebal-tebal ... leh bengkok ooo tulang belakang!

Tips Cara Ringankan Beg Sekolah Anak

Caranya mudah sahaja.

  • Apa yang perlu anda buat ialah cari pelekat berwarna. Beli yang siap ready-made - dah siap dengan pelekat pastu dalam ukuran seragam. Di kedai buku ada jual banyak saiz, dan banyak warna. Selalunya pelekat itu saiz petak-petak, ada juga yang bulat. Warna dia kebanyakkan warna terang atau florescent.
  • Selepas itu, padankan satu warna dengan hari sekolah.
  • Lekatkan warna pelekat ikut warna hari sekolah pada buku-buku yang matapelajaran diajar pada hari tersebut.
  • Kemudian, susun pada rak buku anak-anak anda.

Jadinya, setiap kali sebelum pergi ke sekolah, lihat jadual yang ditampal pada rak buku, dan lihat warna pelekat. Hanya bawa buku yang ditampal dengan warna pelekat yang sama warna dengan hari. Anda boleh rujuk contoh di bawah ini.
Tips Cara Ringankan Beg Sekolah Anak
Amacam? Ok? Faham tak macamana? Lagipun ia untuk memudahkan anak-anak untuk susun jadual dan buku yang nak dibawa, tak perlu nak belek-belek dah, cuma tengok warna pelekat sahaja.

Dan lagi, ia juga boleh elak buku teks dan buku kerja daripada diambil oleh rakan lain. Senang nak mudah nak kenal buku sendiri bila ada pelekat macam ni - dengan syarat yang lain tak buat benda yang sama .. hahahaa...

Ok. Semoga bermanfaat. Sudikan untuk kongsikan entri ini di media sosial dan tag kawan-kawan yang ada anak sekolah.. mana tahu, satu share anda dapat bantu ramai anak-anak dan ibubapa selesaikan masalah beg berat ke sekolah.

26 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. idea yang baik... nanti kita share tips kita pulak, bukan di sini la.

    ReplyDelete
  2. Tu lah masalahnya bila orang tua atau penjaga tak ambik peduli keselesaan anak-anak. Buku main sumbat je. Pelajar yang masih kecik2 tu bukannya tau apa-apa..

    ReplyDelete
  3. Menarik. Take note walaupun anak saya masih kecil. InshaAllah tips yg berguna pada masa akan datang.

    Entry baru saya: 10 Formula Mudahnya Menjemput Rezeki

    ReplyDelete
  4. idea yang bagus ni. tapi bab beg sekolah berat tu walaupun bawak buku ikut jadual pun, berat beg anak macam bawak lesung 10 ketul. kesian kadang-kadang tengok tapi takleh nak skip buku sebab semua tu dah ikut jadual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna tips ni leh la kurangkan berat tu ... dari angkut semua .. ye tak?

      Delete
  5. terbaik ni , budak sekolah buku memang banyak . beg besar mengalahkan budak

    ReplyDelete
  6. BAGUS IDEA NI.. KESIAN DEPA BAWAK BUKU BYK SGT KAT SEKOLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Derang ni kadangkala main bubuh je dalam beg.

      Delete
  7. ikut jadual aje.

    bukan berat sangat pun.

    yang berat tu..dia main bawak tak ikut jadual biasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlupun ikut jadual masih terlalu berat coz setiap hr kena bw buku teks, semua buku tulis, buku kerja dan buku aktiviti... x loggik klu guru sempat guna sumer buku setiap hari, so guru2 kena spesifik kan jadual.... kesianlah anak2 murid..

      Delete
  8. aku ad acara blackhat nak ringankan beg sekolah tapi jangan pula tiru aksi aku ini..aku dulu suka tinggal buku teks disekolah..aku cum bawa balik buku teks yang ad akerja rumah sahaja..jadi aku pergi sekolah cuma bawa buku latihan sahaja..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita bos :)

      cuma problem bila dekat-dekat hujung tahun..time nak hantar balik buku teks. kadang2 ada jer yang hilang..

      Delete
    2. Semasa gua sekolah rendah, memang buku teks tinggal kat sekolah. Sbb kalau tertinggal kena rotan. Pastu kat sekolah ada meja buka tutup, buku teks leh simpan dalam tu.

      Sekarang, ada sekolah, meja dia tak ada tempat letak buku, semua letak atas meja.

      Delete
  9. Perkongsian ni dah viral dah, cuma menyelesaikan beban ibu bapa menyusun buku anak, tp beg yg berat masih x dapat diatasi, thn ni sekolah anak perlu bawa buku tulis, buku teks, buku aktiviti dan buku kerja.... hanya guru yg boleh membantu anak2 murid masing2 eg hari isnin guna buku teks dan buku tulis, selasa buku aktiviti dan buku tulis, rabu buku kerja dan buku tulis, pendek kata jgn setiap hr bawa semua buku tapi x sempat pun nak guna.... mcm akk isnin buku rumusan sahaja, selasa buku karangan dan teks shj, rabu teks komsas dan buku tulis saja... sebab tu beg murid sekolah menengah lebih ringan... so sampai masanya cikgu2 perlu peka terhadap beban beg berat yg dialami oleh anak2 murid....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman lama saya sekolah dulu, selalu sebelum tamat subjek .. ketua kelas akan tanya cikgu, esok kena bawa buku apa (jika ada dalam jadual) atau tanya nanti kena bawa buku apa ... jadi dah boleh sedia termasuklah kerja seklah.

      Delete
  10. Idea yang bernas dari House Husband. Boleh praktikkan juga untuk anak saya nanti.

    ReplyDelete
  11. beg memang sangat berat kalau angkut semua, kan? saya dh train anak bawak buku ikut jadual. tapi kalau ikut tips nie laju sikit lah kot nak sort jenis buku ikut hari. hehe

    ReplyDelete
  12. hebat mantap ..nak kata OYES!!!! terbaik otai blog

    ReplyDelete
  13. Tips yg bagus ni. Boleh saya ciplak untuk hari mendatang =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips ni dah lama dah ada, ada yang forwd kat wife menerusi whatsapp... tunjuk macamana nak buat .. so saya kongsikan di sini .. :) semoga lebih ramai boleh guna dan paling tidak guru yang baca boleh cadangkan sesuatu yang lebih baik utk anak2

      Delete
  14. terima kasih...tips yg bgus untuk ibu bapa..

    ReplyDelete
  15. Hmm.. anak-anak saya dah ikut jadual pun beg still berat sebab semua zaman sekarang bukan setakat buku teks dan latihan je tapi ada buku aktiviti dan buku kerja. Tak termasuk bekal anak, botol air 500ml, telekung etc. Kesian badan kecik, beg lagi besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm kena buatkan anak berbadan kuat dan sihatlah macam ni. Pemakanan kena jaga supaya badan boleh tahan segala beban.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement