Akhirnya terjawablah teka teki. Tahniah kepada blogger cantik dan popular Fatin Liyana atas pertunangannya. Fatin Liyana telah selamat menjadi tunangan kepada Dr Anwar Fazal pada 21 Disember 2014. Alhamdulilah.

Walaupun saya agak terlewat nak ceritakan mengenai perkembangan dunia blogger Malaysia mengenai kisah pertunangan Dr Fatin Liyana Asri dengan Dr Anwar Fazal, rasanya masih relevan kot memandangkan Dr Fatin Liyana baru sahaja bertunang di dalam bulan Disember 2014.

Gambar Fatin Liyana - Anwar Fazal Bertunang

Ramai yang nak tengok gambar pertunangan Dr Fatin Liyana Asri tetapi tak tercari sumber yang terbaik, namun alhamdulillah akhirnya kisah dan berita gembira ini sudah diketahuan. Sudah banyak gambar-gambar pertunangan Dr Fatin Liyana dikongsikan oleh blogger Malaysia.

Patutlah hari tu Fatin Liyana Private, Padam Entri Blog Lama, rupanya sudah ada langkah fasa baru dalam hidup mahu dimasuki. Alhamdulillah. Perubahan yang sangat bagus untuk Dr Fatin Liyana Asri.
Gambar Pertunangan Dr Nur Fatin Liyana Asri - Dr Anwar Fazal
Terima kasih kepada PeekturesByibGhani kerana menyediakan gambar-gambar cantik pertunangan Dr Fatin Liyana Asri bersama Dr Anwar Fazal. Berita dan kisah gembira lagi baik ini tidak harus dibiarkan tanpa pengetahuan, kerana Fatin Liyana adalah antara ikon blogger terutama di kalangan blogger remaja Malaysia.
Gambar Pertunangan Fatin Liyana Asri

Fatin Liyana - Penerima Anugerah Tokoh Srikandi Negara 2014

Oh ya, tahniah juga buat Dr. Fatin Liyana kerana dianugerahi Anugerah Tokok Srikandi Negara 2014. Fatin Liyana antara 14 orang wanita yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut, termasuklah Tun Dr Siti Hasmah, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Negeri Sembilan, Datuk Siti Rahmah Kassim; Pengerusi RAM Holdings Bhd., Tan Sri Siti Norma Yaacob; Tokoh Akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim serta pengasas Sendayu Tinggi Rozita Ibrahim.

Ketahui Teknik Pemasaran Online Berkesan Dari 4 Sifu (klik) -  dan dapatkan Bonus Panduan Trafik FB Pantas Zero Cost Marketing Bernilai RM99 Secara PERCUMA


Enjoy beberapa gambar cantik cun pertunangan Dr Fatin Liyana Asri dengan Dr Anwar Fazal ini.
Foto Gambar Majlis Pertunangan Fatin Liyana Asri
Foto Gambar Majlis Pertunangan Fatin Liyana Asri
Foto Gambar Majlis Pertunangan Fatin Liyana Asri
Foto Gambar Majlis Pertunangan Fatin Liyana Asri
Ada beberapa lagi gambar majlis pertunangan Dr Fatin Liyana Asri yang dikongsi oleh rakan blogger Hazanis Blogspot.

Nak kenal siapa Dr Anwar Fazal, boleh baca di entri berikut - Dr Anwar Fazal - Blog dan Biodata

Kepada Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal, saya dan keluarga doakan supaya cepat-cepat ke jinjang pelamin. In Sha Allah, ianya kekal hingga akhir hayat.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

14 Komen

Tahniah diucapkan.Semoga urusan baik ini dipermudahkan semudah-mudahnya oleh Allah.

Akan menangislah syaitan apabila umat Rasulullah berkahwin kerana tertutuplah pintu maksiat.

Reply

tahniah buat lyana! semoga kekal bahagia dunia dan akhirat..

Reply

Cantik. Sama padan. :) memang pasangan yang secocoklah.

Reply

tahniahh..comelnyaaa..suka tgk ^_^

Reply

ohhh ada news mengenai kedua2 doktor ni dalam Berita Harian hari ni, pasal buku tulisan mereka dan beberapa doktor lain iaitu 'DIAgnosis 2'

Reply

Tahniah buat fatin liyana. Semoga berbahagian sehingga ke akhir hayat. Amiin...:)

Reply

Itulah pasal. Uhh kecewanya saya .. hak hak hak ... :P

Reply

Yeap. Saya tahu mengenai DIAgnosis ... yang kedua akan ada FL dalam tu.

Reply

Wow macam awek korea gitu.

Tahniah Dr, semoga cepat2 kawin.

Reply

Secocok...sama padan la, dah la 2 2 pun doktor, mesti ceria sebab suka benda yang sama :)

Reply

Tahniah Dr Fatin Liyana....

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.