Langkau ke kandungan utama

8 Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014

Tahniah kepada 8 blogger cun Malaysia yang berjaya di dalam EH! Guess Blogger Awards 2014. Saya dapat tahu ada satu pertandingan pencarian blogger untuk promosi seluar jeans jenama Guess yang dibawakan oleh sebuah majalah tempatan yang ada dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris dikenali sebagai EH!; Female Magazine untuk bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan itu, blogger wanita yang mendaftar untuk EH! Guess Blogger Awards 2014 perlu menggayakan fesyen denim terbaik mereka dan kemudian melengkapkan satu slogan "Kenapa Denim melengkapi penampilan saya..."

8 Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014

8 blogger cun malaysia dalam EH! Guess Blogger Awards 2014
Pertandingan ini terbuka kepada semua penulis blog perempuan berumur 16 tahun dan ke atas yang tinggal di Malaysia, yang telah secara aktif menulis blog sekurang-kurangnya sejak enam bulan lalu.

Antara blogger cun dan terkenal yang sertai pertandingan ini ialah Fatin Liyana, Liza Razak dan juga Yuyu Zulaikha. Blogger cun lain termasuklah Aishah Amin, Shahirah Elaiza, blogger Sabby Prue, Suzai dan Shazwani Hamid. Semua blogger ini ada pengikut dan pengaruh masing-masing. Siapakah yang akan berjaya, saya sendiri pun tak tahu .. tapi yang saya tahu, telah ada empat finalist dalam EH! Guess Blogger Awards 2014 ini, dan antara yang bertuah itu ialah Fatin Liyana dan Liza Razak.

Hadiah EH! Guess Blogger Awards 2014

Hadiah untuk pertandingan Blogger Awards 2014 oleh sensasi denim Guess dan majalah EH! ini memang agak lumayan juga dan juga glamor. Mana tak nya, siapa yang menang akan muncul dalam majalah EH!

Hadiah Utama:
  • Muncul di dua halaman Majalah EH! Isu September 2014
  • Wang tunai bernilai RM 2,000
  • Baucar GUESS bernilai RM 2,000
  • Lencana anugerah untuk dipaparkan di blog pemenang
Hadiah Top 3:
  • Wang tunai bernilai RM500
  • Baucar GUESS bernilai RM1,000
  • Lencana anugerah untuk dipaparkan di blog pemenang
4 x Hadiah Saguhati:
  • Baucar GUESS bernilai RM500
5 x pengundi bertuah:
  • Baucar GUESS bernilai RM500
Amacam? Lumayan tak? Siapalah blogger cun Malaysia bertuah menang hadiah utama tu ye? Jika berjaya, makin mantaplah blog dan personaliti blogger tersebut.

Ok, mungkin ada daripada anda tidak berapa kenal nama-nama blogger yang saya sebutkan di awal-awal blog post ini, jadi untuk tidak hampakan, dan nak berikan mereka lagi glamor daripada saya, ditampilkan blog-blog blogger cun Malaysia yang menyertai EH! Guess Blogger Awards 2014 ini.

Top 8 EH! Guess Blogger Awards 2014

Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Shazwani Hamid http://www.shazwanihamid.com
Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Suzai Dathul Ezaidah http://sizzlingsuzai.blogspot.com
Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Aishah Mohamed Amin http://aishah-amin-the-hijab-diaries.blogspot.com
Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Yuyu Zulaikha http://kupukupukecik.blogspot.com
Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Shahirah Elaiza http://www.shaelaiza.com/
Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Fatin Liyana http://honeykoyuki.blogspot.com/
Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Sabrina Noor Azmi http://sabbyprue.blogspot.com
Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014
Blogger Liza Razak http://pypylamb.blogspot.com
Bagi mereka yang terpilih menjadi antara top 4 dalam anugerah EH! Guess Blogger Awards 2014, akan ada tugasan perlu dilakukan yang melibatkan penggayaan denim dan perkongsian di dalam blog masing-masing. Jadi, mana-mana blogger yang terpilih top 4 tu, maka dah adalah gaya mereka dengan denim Guess dalam blog masing-masing...hoho.

Tahniah pada semua blogger cun Malaysia yang berjaya dalam top 8 EH! Guess Blogger Awards 2014 ini.

Undian untuk pilih blogger cun dah pun ditutup di laman web EH! Guess Blogger Awards 2014.

Cuma undian di sini sahaja belum .. hehehe.. siapa agaknya pilihan anda untuk EH! Guess Blogger Awards 2014 ini ehh?


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. knp aku xde.. huhu.. aku x cukup cun ke..

    hmm.. mohon jgn reply komen ni.. ;p

    BalasPadam
  2. tahniah untuk mereka,...yang masuk ni cun-cun belaka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan rasanya semua dah berpunya .. :)

      Padam
  3. tahniah semua cun belaka

    BalasPadam
  4. wow. semuanya cun. tak terlawan dek ke-cun-nan mereka tu ^_^

    BalasPadam
  5. diorang ini memang cun pun..selain itu aktif dalam dunia blogging..memang patut dapat pun...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aktif dalam dunia fesyen semasa kalau nak lebih tepat lagi .. ::)

      Padam
  6. dikriminasi terhadap lelaki sweet macam saya....hahaha.....apa kata bro HH plop buat contest utk lelaki maskulin. hadiah topup pun jadi la. gerenti meletopppppppp....hihihi

    BalasPadam
  7. Undi semua boleh? Sebab kenal semuanya sekali

    www.broframestone.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Undian dah tamat dah .. skarang yang terpilih top 4 kena buat tugasan mereka lak

      Padam
  8. Rambang mata sekejab.. Ada yang single lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawin dan sudah berpunya .. gigit jari la ye .. hehehe

      Padam
  9. kalau lawan dari segi populariti atau main vote..leh agak dah siapa yang menang.

    BalasPadam
  10. macamana nak pilih..yang cun sahaja ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Sebenarnya pertandingan ini dah tamat. Blogger yang nak .. kena masuk login sendiri.

      Padam
  11. saya undi liza razak..sbb kami sama2 follow diantara satu sama lain..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dia berjaya ... dalam pertandingan Blogger Awards Guess Majalah EH ini ..

      Padam
  12. Untungnya jadi cantik.. Tahniah lah semua yang tercalon. Agak2 ada tak pertandingan yang boleh menang rumah nanti?

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum... bro HH,

    dah .. mereka semua memang terbaik...

    mselim3

    pls: untuk blogger kacak takder ker bro ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah. Tak ada pula majalah nak buat. Bagi hadiah sebuah rumah pun dah ok . hhehee

      Padam
  14. tahniah pada yang berjuang....!! ehhhh cun semuanya..... tumpang gumbira !!

    BalasPadam
  15. Ok kite tak cun.. ahahak :p

    Btw tahniah semua yg cunn! ^_^

    BalasPadam
  16. mestilah saya support sahabat saya suzzai dan sabrina.. u go gals

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…