As-Salam. Tak berkesudahan. Ada sahaja serangan komen dari Anonymous. Jenuh hari-hari kena buangkan dari sistem. Nasib baiklah blog ini menggunakan sistem komen Disqus yang terbukti berjaya tapis komen yang diiktiraf sebagai komen berbentuk spam ini.

Komen sebegini tidak patut berada di dalam sistem kerana ada kesan jangka panjang yang boleh jejaskan blog terutama jika blog anda meletakkan iklan dari Google Adsense. Apabila blog anda terdedah dengan bahaya, siapa yang mahu singgah apatah lagi untuk beriklan.

Serangan Komen Anonymous


Komen Anonymous Jejaskan Blog


Komen berbentuk spam selalunya akan diakhiri atau diselitkan dengan permalink (url) ke satu pautan lain - mungkin untuk promosikan sesuatu atau mungkin satu perangkap untuk menjejaskan keselamatan blog anda. Komen yang punyai permalink ini yang dianggap spam selalunya tidak disertai oleh profil penulis komen.

Aktifkan Sistem Moderasi Komen Blogspot

Untuk langkah berjaga-jaga, terutama bagi blogger blogspot yang gunakan sistem standard, anda seharusnya tapis komen-komen yang masuk. Pastikan anda aktivasi sistem moderasi komen blogspot anda. Anda boleh pergi ke settings - posts and comments dan lihat bahagian komen dan tandakan bahagian yang dikehendaki. Ada beberapa pilihan yang boleh anda gunakan.

aktivasi sistem komen blogspot
Bagi HH, settings di atas digunakan untuk blog ini. Sesiapa pun boleh komen (perlu untuk integrasi sistem komen Disqus), untuk entri yang lebih daripada 160 hari, setting moderasi akan diaktifkan (anonymous suka komen entri lama). Namun, HH nasihatkan anda buat moderasi buat semua komen masuk - tandakan Comment Moderation - Always.

Anda tidak digalakkan untuk aktifkan sistem verifikasi kerana ia sebenarnya sesuatu komen itu sukar untuk ditinggalkan, terutama jika anda anjurkan segmen atau kontest tertntu.

Backlinks diaktifkan untuk meningkatkan kredibiliti blog di SERP atau enjin carian.

Dengan sistem komen blogspot, ditambah pula sistem Disqus yang diintegrasikan blog ini; bermakna HH gunakan dua sistem untuk lindungi ruang komen daripada serangan komentar bahaya.

Semoga entri ini akan jadi panduan untuk blog anda mesra pengunjung dan pemberi komen tetapi pada masa yang sama ... lengkap dengan sistem yang boleh lindungi blog anda dari komen spam yang tidak perlu.

26 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. saya mmg setkan moderation always. baca dulu satu satu comment baru bole approve. takot anonymous yang keji-keji ni yg komen :D

    ReplyDelete
  2. tu la..byk btol spam..nsib setting mcm nie..

    ReplyDelete
  3. sibbaik dh set kt blog

    ReplyDelete
  4. anonymous ni rajin sangat bagi komen., tapi entah ape2 je yg dia komen..

    ReplyDelete
  5. mia sepanjang masa ada . banyak pula tu.... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. terima kasih hh kerana share info dan buat saya bersedia

    ReplyDelete
  7. sy pun bersepah komen dari anonymous ni HH...mmg mereka suka komen entri lama2...

    ReplyDelete
  8. mohd jamil abd patahFebruary 15, 2013 at 6:10 PM

    Informasi yang amat berguna untuk PokCik di sini...Tq.....

    Kesian Guru Sekarang

    ReplyDelete
  9. thanks bro......bagus jugak tutorial nie...... senang nak menghalang...

    ReplyDelete
  10. aku dah banyak kali kena serangan mcm ni..hehe..
    nasib baik setting komen dari dulu always moderate

    ReplyDelete
  11. pinkbubblegumprincessFebruary 15, 2013 at 6:46 PM

    xbagus untuk blog link spam...ernah kena jugak kat blog huhu delete permanently..hehe

    ReplyDelete
  12. I always moderate the comments to my blog..Bahaya abe weii..nanti ntah apa2 yg kuar. baik kita filter awal2..dah beberapa kali kena komen anonymous mcm ni. terus sy marka s spam.

    ReplyDelete
  13. Kalau macam saya hanya Registered User je yang boleh comment..ok tak HH?

    ReplyDelete
  14. Terima kasih di atas perkongsian. Sebelum ini xkisah sesiapa pun nak komen...sekarang barulah tahu bahayanya. Memang ada set moderate...tp approve jer semua.
    Sekarang ni kena lebih selektif...kena pastikan komen itu datang dari siapa.
    Thx again.

    ReplyDelete
  15. hahahaha kadangkala nampak pelik semacam je kan?

    ReplyDelete
  16. Hehehee... bagus..beringat sebelum kena

    ReplyDelete
  17. Betul tu... satu kerja nak delete komen begitu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum hh...betul la mama pun kerap dpt komen dr anoymous skg ni jenuh nak deletekn...

    ReplyDelete
  19. komen dari anonymous ni dah overload...hmm penat nak delete...

    ReplyDelete
  20. pernah kena juga.. tp sekarang dah disable.. tak larat nak layan..

    ReplyDelete
  21. betul3x.., macam2 ragam mereka ni. tp ada jugak anonymous yg bagi komen baik2., tp 1 dalam sejuta la. hahaha

    ReplyDelete
  22. Satu kerja dok delete komen mereka je kan ...

    ReplyDelete
  23. saya pun selalu gak kena untuk wordpress.
    baru2 ni pakai plugin anti spam. tu pn masuk tapi detect as spam.
    sebab takde gravatar. satu hari kalau dah ratus2 tak jenuh tangan nak delete? fuhh..

    ReplyDelete
  24. Salam
    Saya nak tny
    sy xtau ape mslh blog sy
    tp bila add blog sy dlm bloglist,
    URL blog sy bertukar jd 'The SpiderWeb Marketing System'
    ape perlu sy buat?
    tolong sy boleh?

    my email : ekinrazman@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya