Identiti Blogger Mat Gebu Terbongkar!

As-Salam. Semalam. Ini merupakan kejadian yang tidak disangka sama sekali. HH rasa satu Malaysia sudah tahu wajah Mat Gebu serta nama sebenar pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan ini. Dan mungkin ramai dah makin mengenali Mat Gebu ini, dari sudut personalitinya.

Identiti Mat Gebu Terbongkar

Identiti Mat Gebu Terbongkar

Tahniah buat Adnan Ibrahim yang telah dimunculkan wajahnya dalam majalah masakan yang makin popular - Majalah Rasa terbitan terbaru Mac 2013.

Apabila disebut Dapur Tanpa Sempadan, ramai dah tahu ia merupakan blog ternama yang paparkan resepi pelbagai rasa. Paling pasti, ramai sukakan penampilan blog ini dengan gambar dan foto masakan yang lengkap sudah dimasak penuh selera. Wajah pemilik blog? Hmm ... carilah mana-mana entri, memang sukar nak lihat wajah sebenar Adnan Ibrahim atau Mat Gebu ini.

Rupa Paras Sebenar Adnan Ibrahim @ Mat Gebu

Nak tahu rupa paras Mat Gebu sebenar? Ok, sebelum itu ... anda perlu gambarkan dulu wajahnya. Daripada nama timangan mesra dunia blog anda dah boleh tahu. Mat Gebu, tentu sekali si pemilik Dapur Tanpa Sempadan ada pipi yang gebu .... persis anak Ben Ashaari, si Qhalif.

Adnan Ibrahim sukakan tiffin biru ... apa itu? Haa mangkuk tingkat Baba Nyonya. Jadi, bolehlah anda bayangkan bahawa Mat Gebu keturunan Baba Nyoya yang ada wajah yang cerah. Sesuailah juga dengan tema gebu. Putih dan gebu, dan sesuailah juga dengan blognya yang ada apam gebu.... heheehehe.

Bibirnya merah. Rambutnya kemas rapi. Orangnya pembersih sebab akan cepat bersihkan dapur setelah habis selesai menyediakan masakan. Orangnya kreatif, yang boleh dilihat dari pelbagai jenis masakan tersedia serta teknik fotografi yang dilakukan.

Ya, wajah Mat Gebu telah pun tersiar dalam majalah Rasa. HH dah tengok wajahnya! Anda? Kini identiti rahsia Adnan Ibrahim atau Mat Gebu - pemilik Dapur Tanpa Sempadan bukan lagi satu rahsia.

Identiti Mat Gebu Dalam Majalah Rasa

Identiti Mat Gebu Terbongkar

Wajah Adnan Ibrahim dalam Majalah Rasa? Errr ...walaupun wajahnya dikaburkan dengan teknik bokeh fotografi, tetapi masih boleh nampak pipi gebu yang dimiliki Adnan Ibrahim, chef yang semakin tersohor ini, baik dalam dunia blogger Malaysia mahupun dalam dunia realiti.

Menerusi Rasa, anda akan nampak wajahnya, serta sedikit informasi mengenai diri dan blognya yang mungkin anda tak tahu. HH dah baca ..... hehehehe

Tahniah Mat, anda memang hebat! Buat anda nak tengok wajahnya yang tak ada blur-blur ... beli majalah Rasa keluaran terkini - Mac 2013.

Bisnes Kambing

Post a Comment

25 Comments

  1. Gambar atas tu adalah gambar dari blog mat gebu .... kalau dalam majalah RASA, anda boleh nampak gambar mat gebu dalam teknik bokeh ... nak tahu, pegilah belek majalah tu

    ReplyDelete
  2. sure ramai la g kedai buku lps ni

    ReplyDelete
  3. Nurul Aini Zakaria15 February 2013 at 11:17

    Kena pergi beli lah majalah ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. ha aha hari tu pun kita nampak dah :)

    ReplyDelete
  5. nak beli la majalah nie

    ReplyDelete
  6. lepas baca n3 ni terus beli majalah RASA semata2 nak tatap wajah CMG hehe....

    ReplyDelete
  7. hehehe..kena gi usha majalah ni kat kedai..pas balik keje kang g cari mag ni

    ReplyDelete
  8. Blog mat gebu mmg terbaik...gua kalau x de selera makan msti bukak blog dia...hehe...terbaikBl

    ReplyDelete
  9. Cik Nurul Siezuka15 February 2013 at 15:01

    Dah tgk.. dapat jugak kenal Abg Mat Gebu.. :)

    ReplyDelete
  10. buat apa nak malu....... tunjuk aje...... mesti gebu....

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, Abe dah pernah dah ke rumah Abg Adnan Ibrahim a.k.a Mat Gebu di Sedenak, Johor tahun lepas. Masa tu gi bersama Ben Ashaari, MK Syahir, FizaFantargiro, Qaseh Dalia & CikNgah. Siap dapat makan lagi hidangan masakan Abg Mat Gebu (PCM).

    ReplyDelete
  12. Akhirnya mat gebu menonjolkan wajahnya itu ☺☺

    ReplyDelete
  13. Baru je nak tengok..
    Hahaha.. adui.. di kaburkan pula..

    ReplyDelete
  14. Pengsann lahh guaa macam nih.... >_____<

    ReplyDelete
  15. nak kena beli ni majalah tu ;))

    ReplyDelete
  16. akhirnya rupa paras Mat Gebu terbongkar,tak sabar nak tatap wajahnya...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum hh....yer la terbongkar sudah....

    ReplyDelete
  18. saya dapat agak wajah Mat mcmna, ishh...jadi misteri pulak si Mat ni kan? Pernah sekali tgk video Ben dgn Mat kat rumah dia rasanya. Kena cari majalah semata2 kerana Matgebu...ohh my Mat..haha.

    ReplyDelete
  19. bila ada chan nk nengok mat gebu ni

    ReplyDelete
  20. Ala, saspen je baca. Bila sampai tang gbr, blurr plak.. Huhu.

    ReplyDelete
  21. Selain pipinya yang nampak macam sedap...

    Masakan dia memang sedap.. minggu depan nak singgah rumah dia perkena lagi masakan dia....

    ReplyDelete
  22. Alaa...buat suspen je...hehe >______>

    ReplyDelete
  23. Alamak kena beli majalah untuk mengetahui identiti sebenar.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com