Saya fikir ramai yang dah tahu mengenai kewujudan Design Village, di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah gedung beli-belah (outlet mall) yang dibina di kawasan seluas 40 ekar yang bercirikan taman tropika. Gedung Design Village ini sahaja merangkumi 24 ekar daripada luas keseluruhan pembangunan di Bandar Cassia ini.

Dalam rekod, Design Village atau juga dikenali sebagai Premium Brands Outlet (PBO) Penang telah dibuka pada November 2016. Walaupun ketika pembukaan ini banyak kedai dan ruang masih belum terisi sepenuhnya, namun semasa saya dan keluarga ke PBO baru-baru ini, banyak jenama terkenal telah pun membuka outletnya di sini.

50 Jenama (Brands) Diketahui Ada di Design Village, Bandar Cassia, Penang

Senarai 50+ Jenama Terkenal Yang Buka Outlet di Design Village (PBO)
Senarai 50+ Jenama Terkenal Yang Buka Outlet di Design Village (PBO)
Uhh kalau anda dah pernah pergi ke Design Village, percayalah .. anda pasti akan ulang datang ke tempat ini kerana tarikan yang ada padanya. Sudah pasti ia adalah tawaran harga diskaun menarik untuk jenama-jenama terkenal terutama pakaian, kasut, beg, minyak wangi dan pelbagai lagi .. termasuklah alatan solek eksklusif untuk wanita.

Kalau ikutkan, sebelum saya menulis post ini .... sudah 3 kali kami sekeluarga ke Design Village Bandar Cassia ini. Dan sekitar akhir Julai 2017, kami datang sekali lagi semata-mata untuk mencari barangan dan produk untuk baby Najmi, dan juga untuk shopping baju untuk keperluan Hari Raya.

Saya dah pernah ceritakan beberapa siri pengalaman menarik kami bershopping (lebih window shopping je) di sini, malah turut berkongsi beberapa tips dan informasi penting jika anda 'tersesat' ke sini.

Pun begitu, ada ramai yang masih tertanya, brands atau jenama apakah yang membuka outlets di sini. Tentu nak tahu kan?

Senarai 50+ Jenama Terkenal Yang Buka Outlet di Design Village (PBO)

Senarai 50+ Jenama Terkenal Yang Buka Outlet di Design Village (PBO)
Okay. Untuk post kali ini, saya akan senaraikan sebanyak mungkin brands atau jenama-jenama terkenal yang boleh anda jumpa di Design Village atau PBO ini.
  1. Aldo
  2. Bata
  3. Bonia
  4. Bratpack
  5. Camel Active
  6. Carlo Rino
  7. Clarks
  8. Coach
  9. Converse
  10. Cosas United
  11. Everlast
  12. Geox
  13. Hush Puppies
  14. Hypergear
  15. Kipling
  16. Kutsu Kutsu
  17. Leathermade
  18. Moodboard
  19. Multi.tude
  20. Obermain
  21. Pierre Cardin
  22. Samsonite
  23. Skechers
  24. Adidas
  25. Arnold Parmer
  26. Body Glove
  27. BVO
  28. Brooks
  29. Cotton On
  30. Dapper
  31. DC Tribe
  32. Ed Hardy
  33. Edwin
  34. Esprit
  35. Felancy
  36. G2000
  37. Guess
  38. Levi's
  39. Padini
  40. Poney
  41. Puma
  42. Reebok
  43. Timberland
  44. Rip Curl
  45. RC Signature
  46. Akemi
  47. Chester London
  48. Miniso
  49. The Kitchen Shop
  50. Itskin
  51. Sasa
Aha, ada lebih kurang 50 lebih jenama yang membuka outlet di Design Village ini, tak termasuk beberapa jenama terkenal dalam food and beverage untuk kemudahan pengunjung menikmati selera.
Jenama Coach Outlets di Penang Design Village
Edwin Design Village
Kiplings Design Village Penang
Levis Outlet Store, PBO
Pierre Cardin Outlet Store in Penang
Jenama Outlets di Penang Design Village
Kalau ke sini, anda memang takkan kecewa kerana anda pasti akan berbelanja dan bershopping. Mana taknya, hampir setiap hari anda akan nampak angka 70-60-50% diskaun dipaparkan pada setiap outlet yang ada.

Tawaran seperti 'beli satu percuma satu', 'beli dua percuma satu', 'beli satu percuma dua', 'beli dua dengan satu harga' dan banyak tawaran melelehkan akan membuatkan anda rasa macam nak sedekahkan baju lama anda yang dah bersusun di dalam almari...huhu. Serius ni.

Uhh kalau banyak bajet, memang berbaloi shopping sakan di Design Village ni.

Kawasannya yang luas memang agak selesa untuk para pengunjung. Kemudahan yang ada pun agak bagus, malah ada ruang rehat berhawa dingin disediakan khas untuk pengunjung.. siap ada minuman percuma lak tu .. aha .. ni tentu ramai tak tahu ni.
[Dah Baca?] Baju Kurung, Blouse, Tudung Harga Murah
Malah, anda boleh gunakan komputer dengan akses internet untuk cetak beberapa baucer diskaun percuma dari laman web rasmi online beberapa jenama yang buka outlet di PBO ini. Lagi banyak anda explore apa yang ada di Design Village, lebih jimat, lebih untung anda akan dapat bila shopping di sini.
Jenama Outlets di Penang Design Village

Untuk itu, sewajarnya saya ingatkan kepada anda ... berbelanjalah dengan berhemah. Bila anda ke sini, memang anda akan berperang dengan nafsu nak membeli-belah. Semua nampak menarik dan menggoda. Kalau tidak, masakan saya sendiri dah berulang datang ke Design Village ini walaupun terpaksa membayar tol untuk ke sini... huhu
[Dah Baca?] 4 Tempat Shopping Dengan Harga Jimat di Bandung, Indonesia
Nak belanja di sini, gunakan sepenuhnya kad debit atau tunai, jangan mudah terjerat dengan tawaran yang ada sehingga anda ringan tangan hulur kad kredit anda.

Semoga sedikit informasi mengenai jenama atau brands yang ada di Design Village yang saya kongsikan akan bantu anda sedikit sebanyak.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement