4 Tempat Shopping Jimat Bajet di Bandung

Tempat shopping jimat belanja di Bandung. Hoho .. saya dah lama peram entri ni, lupa pula nak kongsikan dengan anda semua. Sebenarnya ini merupakan blog post susulan trip saya dengan keluarga ke Bandung. Siapa yang ada baca tu tentu dah tahu mana tempat-tempat menarik di Bandung, Indonesia yang telah saya pergi - semua bajet. Kali ini saya nak kongsikan mengenai empat tempat beli belah atau shopping jimat di Bandung.

Bagi mereka yang bajet ketat, tempat shopping yang boleh berikan tawaran harga terbaik adalah satu yang penting. Yelah, agak ralit kalau ke Bandung Indonesia jika tidak membeli-belah. Bandung banyak barang murah dan berkualiti boleh dibeli, jadi kalau ke Bandung, cubalah kunjungi 4 tempat shopping ni.

4 Tempat Shopping Jimat di Bandung Indonesia

4 Tempat Shopping Jimat Bandung
Saya kongsikan empat tempat beli belah yang boleh jimatkan belanja anda di Bandung. Ia merupakan rekomendasi yang saya terima dalam sebuah majalah tempatan (Indonesia) yang mempromosikan Bandung. Kalau anda mahukan panduan shopping bajet, maka bolehlah dijenguk-jenguk 4 tempat yang direkomendasikan ini. Ayuhhhh yukkk .. jom semak.

Plaza Parahyangan

Tempat ini terkenal dengan produk pakaian distro atau dengan bahasa mudah, pakaian label tempatan. Harga memang berbaloi dengan kualiti. Ada lebih kurang 450 outlet di plaza ini. Terletak berdekatan dengan Masjid Raya Bandung.

Pasar Minggu Monju

Pasar Minggu Monju ini terletak di Lapangan Monumen Perjuangan. Ianya dibuka atau wujud setiap pagi hari Ahad. Ada macam-macam barangan dijual di Pasar Minggu Monju ini, dan anda juga boleh dapatkan barangan berjenama dengan harga murah di sini.

4 Tempat Shopping Jimat Bandung

Pasar Cimol Gedenage

Ramai yang kurang tahu mengenai kewujudan Pasar Cimol ini. Ianya terletak di bahagian timur kota Bandung. Banyak barangan untuk eksport luar negara dijual di sini. Kalau nak cari barang berjenama bolehlah ke sini. Harga pastinya sangat berbaloi dan bajet.

Pasar Baru

Tempat biasa bagi pelancong yang ingin membeli belah di Bandung. Pasar Baru kini dikenali sebagai Pasar Baru Trade Center. Memang banyak produk dan barangan yang boleh anda dapati di Pasar Baru. Dengan gedung 8 tingkat, anda pasti rambang mata dengan pelbagai pilihan produk yang dijual dengan harga yang cukup berbaloi dengan bajet anda. Antara destinasi untuk mendapatkan telekung, kain ela, batik, tudung, jam tangan berjenama, kasut kulit dan banyak lagi. A must visit untuk semua pelancong yang mahu berbelanja sakan di Bandung, Indonesia.

Di tempat-tempat ini juga ada banyak peniaga jalanan yang menjual macam-macam produk dengan tawaran harga pasti puas hati. Tapi awas, jangan sampai kena tipu ye .. hoho...

Untuk destinasi bajet lain, kalau mahu mencari maklumat dan mengenali Bandung, boleh juga melawat muzium-muzium di Kota Bandung....hoho .. bajet tu.

Ok. Siap. Semoga entri informasi ringkas ini dapat bantu mana-mana pembaca budiman mencari tempat shopping best dan menarik, sesuai dengan bajet kecil. Bila ada pilihan ini, bolehlah anda meronda dan bandingkan harga... ye tak?