04 Julai 2017

Leh Jadi Gian Shopping Pakaian Berjenama di Design Village, Penang

Design Village, Penang - Satu lokasi shopping terbaru di Pulau Pinang yang best. Pernah dengar? Aha, saya dah tahu lama sejak ia dibuka secara rasmi sekitar bulan Mei 2017, kalau tak silap ketika itu ada jualan pembukaan, harga T-shirt berjenama dengan RM1 sahaja.

Tapi, saya tak tepergi pulak, sebab masa tu tengah ada Jom Heboh 2017 di Stadium Batu Kawan. Saya bawa famili ke Jom Heboh .. haha..  saya tengok jalan nak masuk ke Design Village sesak, maka pendam hasrat tu dulu.

Pengalaman Pertama Shopping di Design Village Penang

Pengalaman Pertama Shopping di Design Village Penang
Pengalaman Pertama Shopping di Design Village Penang
Masa bulan Ramadan, kebetulan dalam perjalanan pulang dari bercuti di hotel Lexis Suites Penang, isteri saya telah mengajak untuk singgah di tempat shopping ni. Tak jauh pun dari exit tol Batu Kawan dengan Bandar Cassia (jika dari Pulau Pinang) menerusi Jambatan Sultan Abdul Halim.

Dari jambatan kedua Pulau Pinang ni, dah boleh nampak dah kewujudan Design Village, ia betul-betul bersebelahan dengan satu lagi kompleks beli belah yang akan dibina iaitu IKEA Penang. Luas juga Design Village ni, siap dengan tempat parkir bertingkat yang dikenakan bayaran.

Apa Ada di Design Village Penang?

Design Village ni boleh diibaratkan macam outlets seperti Johor Premium Outlet (JPO), Johor Bahru dan juga Mitsui Outlet Park (MOP), KLIA Sepang. Kebanyakkan jenama terkenal terutama sekali pakaian ada dijual dengan harga jauh lebih murah dari kedai biasa mahupun di pasaraya besar.

Semasa saya dan keluarga ke Design Village ni, sedang diadakan promosi pembukaan dengan diskaun sehingga 70%. Fuh .. memang mencabar jiwa bila masuk nak bershopping di sini. Rambang mata dibuatnya. Dah la ada banyak kedai-kedai jenama best-best .. tak tahu mana satu nak pilih.

Design Village Tawar Pakaian Berjenama Harga Diskaun Sehingga 70%

Apa Ada di Design Village, Bandar Cassia, Batu Kawan, Penang
Harga diskaun pakaian berjenama terkenal di Design Village
Disebabkan bajet untuk pakaian dan persiapan Hari Raya 2017 dah berkurangan, sebab kami dah shopping awal sebelum Ramadan, maka kehadiran kami lebih kepada window shopping dan cuci mata selain bandingkan harga yang ada.

Jenama Terkenal Harga Berpatutan

Serius. Memang murah. Kasut berjenama boleh dapat dengan setengah harga di Design Village ni, termasuklah kemeja, t-shirt, seluar dan pakaian wanita jenama-jenama terkenal seperti Hush Puppies,  Padini, Guess, Esprit, Pierre Cardin, GAP, Levi's, Adidas dan macam-macam lagilah.
[Tawaran] Shopping Barangan BONIA Harga Menarik Secara Online
Kalau yang minat handbag mahal, leh tengok kat outlet Coach, Bonia, Carlo Rino dan DKNY. Pakaian dalam wanita yang eksklusif jenama Sorella pun ada di Design Village ni.
Beg Wanita Jenama Coach Harga Berpatutan di Design Village
Diskaun menarik beg tangan wanita
Pengalaman Pertama Shopping Beg Tangan Berjenama di Design Village Penang


Dalam banyak-banyak pakaian yang dijual sehingga diskaun 70% tu, kami lebih minat pada pakaian bayi untuk Najmi serta pakaian kasual untuk anak-anak. Dapatlah juga beli sepasang dua untuk Najmi, Maira, Zikri dan Along Amri. Merasalah juga mereka memakai pakaian berjenama terkenal macam Marvel's Collection... huhu...

Saya sendiri 'berjaya' beli dua pasang t-shirt dengan potongan 50% walaupun hakikatnya saya bukannya prone pada jenama ni .. hehehehe... asal sedap dipakai di tubuh, alhamdulillah dah syukur dah.

Bila bajet dah kena had, maka memang tak banyaklah benda boleh dibeli. Hanya mencukupkan apa yang tak cukup sahaja.
Outlet Hush Puppies Penang

Kenapa Jadi Gian Nak Shopping di Design Village?

Mula tu, saya nak juga rembat kasut Camel atau Timberland ... tapi harga dari RM300 dah jadi RM100 masih belum buat saya mampu nak beli .. .. tambah-tambah lagi bila fikir saya dah ada beberapa pasang kasut lain yang kurang disarung pada kaki ..

Disebabkan tawaran-tawaran menarik dengan harga diskaun sehingga 70% di Design Village, itu yang membuatkan saya rasa gian nak shopping lagi. Isteri saya ada ajak pergi lagi pada minggu-minggu akhir Ramadan hari tu, tapi ntah .. mungkin sebab badan saya terlampau letih .. dan masa terhad, membuatkan isteri saya terpaksa pendam hasrat nak dapatkan apa yang diinginkan.

Gian weihh .. haha.

Simpan je ni. Nasib baiklah jarak tempat shopping ni tak jauh sangat dari rumah saya, in Sha Allah, andai trafik lancar, setengah jam dah boleh sampai dah ke Design Village yang letaknya di Bandar Cassia, Batu Kawan, Penang.
Gian Nak Shopping di Design Village Penang
Target andai rezeki baik lepas raya ni, nak shopping lagi di tempat ni. Isteri saya pastinya akan teruja .. huhu...

Oh ya, tempat shopping ni dibuka dari 11:30 pagi hingga 9:30 malam (Isnin-Khamis) dan 11:00 pagi hingga 10:00 (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am). Parking pula ada yang berbumbung dan tidak, dan ianya berbayar.

Nak tahu lebih, boleh terus tengok fanpage Design Village di sini - Design Village Penang



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen

di Johor ni JPO pun saya baru pergi sekali,kat JPO ni ramai orang spore je masuk sebab yelah,diorang syoklah shopping sebab matawang diorang dengan kita berbeza..saya pun sekadar window shopping je..tapi terembatlah sehelai dua baju

Tak biasa sampai lagi ke sana, tapi ada kawan saya duk Rawang pernah ke situ semata nak shopping di JPO, katanya harga kasut jenama Adidas murah kat situ .. :)

sukanya kalau boleh shopping like no one cares kan


EmoticonEmoticon