Langkau ke kandungan utama

Dah Rasa Mee Jakarta di Changkat Jering, Taiping?

Mee Jakarta. Inilah pertama kali saya ketahui wujudnya menu Mee Jakarta. Sebelum ini, saya pernah ke Indonesia, tak pula terjumpa menu ini... haha. Tahukah anda bahawa Mee Jakarta boleh ditemui di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Seperti mana kesnya saya terjumpa Mee Kari Udang Besar di Bagan Serai, Mee Jakarta saya ketemu ketika bawa isteri dan anak-anak bersiar selepas doktor pakar Hospital Columbia Asia mengesahkan bahawa isteri saya belum tiba waktu untuk bersalin.

Merasai Mee Jakarta di Changkat Jering, Taiping

Gambar Mee Jakarta, Lokasi Changkat Jering, Taiping
Begitulah bila lapar, kadang terjumpa sesuatu yang tak pernah diketahui pun sebelum ini. Mee Jakarta, namanya pun dah cukup unik, apatah lagi ia adalah menu makanan disediakan di sebuah pinggiran kampung di Changkat Jering oleh kedai makan milik orang Melayu.

Kelaparan Selesai Event di Spritzer Ecopark

Kisahnya, isteri saya telah ajak saya untuk pergi ke satu event ni, diadakan di Spritzer Ecopark. Ada Food Truck Festival sempena Tahun Melawat Negeri Perak 2017. Saya ada cerita ... cubalah jenguk-jenguk balik blog post saya ye .. hehe... psstt ... event tu tak menarik .. haha.

Selesai habiskan masa di Spritzer Ecopark, maka teruskan niat utama .. iaitu mencari makan. Isteri saya memang kelaparan. Ibu yang sedang sarat mengandung, bila kelaparan .. tak boleh dibuat mudah. Sebagai seorang suami, kena ambil serius ... sebab ia berkaitan emosi. Bila perut lapar, emosi terganggu.

Orang yang tak bawa anak dalam perut pun leh terganggu emosi disebabkan kelaparan, apatah lagi isteri saya yang sudah hampir dengan hari bersalin.

Jenuh juga mencari tempat makan di Taiping.

Betullah kata orang, bila time mencari ... susah nak jumpa. Bila tak cari, nampak sesaja pun. Memang selalu berlaku pada saya ni. Lebih-lebih lagi semasa isteri saya sudah berbadan dua.

Jalan punya jalan, sudah menuju ke persimpangan pasar Changkat Jering. Tetiba ternampak satu kedai makan yang meriah dengan bendera kecil di sebelah kiri jalan. Dah terlajak jalan, saya pun patah balik.

Dari luar, memang nampak macam menarik.



Singgah, parking sebelah kedai. Tak ramai orang.

Ambil tempat duduk dan kemudian datanglah seorang wanita dalam lingkungan 20an ke meja kami. Dia tanya kami, tanpa berikan apa-apa buku menu untuk kami refer. Hanya papan menu di hadapan kedai sahaja yang menjadi sandaran pesanan kami.

Saya pesan Nasi Goreng Ikan Rebus. Anak saya, Angah Zikri pesan nasi kegemarannya - Nasi Pattaya. Maira, anak perempuan saya .. tak pesan apa-apa. Tapi isteri saya pesan sesuatu - erkk yang saya dah lupa .. haha

Tapi beberapa detik selepas terlihat menu menarik di papan menu .... Mee Jakarta?

"Mee Jakarta?" tanya isteri saya.
"A'ah .. Mee Jakarta .." kata cik adik manis yang mengambil pesanan makanan.

"Macamana tu Mee Jakarta?" tanya saya dengan hasrat ingin tahu.
"Macam Mee Bandung, tetapi besar ... boleh makan dua orang... " jawab cik adik manis.
"Dia ada udang ... ayam ... telur ... macam Mee Bandung .. " ujar cik adik manis lagi.

HAha... Mee Bandung. Baru tersedar bahawa Mee Bandung adalah makanan Malaysia yang tak ada pun di Bandung, Indonesia. Asal-usul .. allahu alam .. saya sendiri tak tahu (setakat ini).
[Dah Baca?] Mee Bandung Udang di Restoran Seri Dayang, Parit Buntar Memang Best !!
"Okaylah.. beri Mee Bandung satu .. pastu nanti bagi dua pinggan kosong ye .." kata isteri saya.

Hmm .. tengok dari harga menu yang ada di situ, Mee Jakarta - RM7. Tiada gambar makanan, jadi saya tak tahu dan tak boleh nak jangka bagaimana rupanya Mee Jakarta ni.

Menu dipesan sampai.

Apa Uniknya Mee Jakarta?

Wow .. memang besar. Pinggannya besar. Udangnya besar. Memang sepinggan untuk dimakan dua orang !!

Saya ingatkan mee-nya besar, macam Mee Hailam Parit yang unik. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.

Ya, memang betul .. ia adalah Mee Bandung cuma saiz hidangannya besar dan ada udang yang besar-besar, lalu dinamakan Mee Jakarta.

Lihat gambar Mee Jakarta yang saya sempat rakamkan ini....
Mee Jakarta Boleh Dimakan Untuk Dua Orang Dewasa

Sekali pandang, tak ada uniknya pun .. haha. Dari segi rasa, alhamdulillah .. memang kena dengan tekak. Nak kata sedap sangat tu .. tidaklah pula. Tapi saiz udang memang menawan mata .. boleh tahan.

Kalau anda penggemar udang, boleh mencuba Mee Jakarta ni ..
[Dah Baca?] Sedapkah Mee Udang Parit 30 Yang Viral di FB?
Saya tak dapat nak berikan lokasi, sebab tak terfikir pun nak buat blog post mengenai Mee Jakarta ni. Saya cuma ada gambar Mee Jakarta sahaja, yang sebelum ini saya dah pun post di ruangan Instagram. Boleh tengok di sana kalau-kalau saya ada tag lokasi tempat makan ni.

Sudilah follow saya di Instagram ehh .. manalah tahu kot-kot jumpa tempat dan menu makanan yang best, dan juga tempat menarik percutian yang mungkin anda tak pernah tahu .. huhu.

Jadi, anda dah tengok gambar Mee Jakarta ... apa komen anda? Atau anda dah pernah merasa Mee Jakarta sebelum ni? Boleh komen tak?


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wow ..mee jakarta


    sedap dan memang nampak menyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah tahan rasanya, tapi nak kata sedap sangat tu ... hmmm .. mungkin citarasa orang lain lah kot ...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Nak Tahu Rahsia Gaji RM4500 Sebagai Tukang Cuci Kereta?

Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.
Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan! Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahu…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…