Ilmu mempelajari tulisan tangan atau grafologi ini akan membantu anda mengenal keperibadian seseorang secara am. Pun begitu, untuk memperoleh penelitian terhadap karektor menerusi penulisan tangan ini, seseorang itu perlu menulis dalam keadaan umum. Bermaksud, untuk kenal peribadi dari tulisan tangan, anda perlu melihat bentuk dan gaya penulisannya secara umum.
Mengenal Peribadi Dari Tulisan Tangan
Jika zaman muda, saya gunakan pengetahuan grafologi untuk kenal seseorang awek tapi kini saya gunakan ilmu ini untuk kenal peribadi anak-anak saya.Dengan cara ini, ia akan bantu saya sebagai seorang ayah untuk tahu tingkah-laku, emosi, tindakan, keperibadian sebenar anak-anak; seterusnya menggunakan cara yang betul dalam mendidik mereka.
Gambar di atas merupakan contoh tulisan tangan saya dan anak kedua saya iaitu Zikri.
Sekarang mari lihat sedikit perkara asas dalam ilmu grafologi untuk mengenal peribadi seseorang. Dan cubalah anda buat kesimpulan nanti di akhir artikel ini ye .. huhuhu....
Tahap Kemiringan - Senget Sebelah Kiri/Kanan atau Menegak
Miring ke kananIni menandakan bahawa individu tersebut sedang berhadapan situasi dengan pengaruh emosi. Ia juga memberikan maksud bahawa individu tersebut suka bersosial dengan orang-orang di sekitarnya, dengan kata lain - agak peramah.
Miring ke kiri
Individu dengan gaya penulisan yang miring ke kiri suka menjaga emosi pada semua keadaan dan situasi. Individu ini sering dilihat sebagai seseorang yang dingin dan tidak peduli dengan lingkungan sekitarnya.
Tetapi jika individu tersebut menulis tulisan tangan dengan menggunakan tangan kanan, maka itu bererti orang tersebut memiliki sifat suka memberontak... huhu .. agak sukar untuk tulis bentuk tulisan seperti ini .. tak percaya? Cubalah .. :)
Seimbang/Tidak Miring
Jika gaya penulisan seseorang sama sekali tidak miring, ini bererti individu tersebut lebih menggunakan logika dibandingkan dengan emosi dalam menangani sebuah situasi. Tetapi individu dengan bentuk tulisan sebegini tetap mempunyai reaksi emosional yang tinggi terhadap lingkungan sekitar mereka.
Tahap Kejarakan Antara Perkataan
Jarak antara perkataan pada tulisan tangan menekankan soal keperibadian mengenai cara komunikasi dengan orang lain. Jika anda mahu tahu samada individu itu selesa berkomunikasi dengan anda dan sekeliling mereka, boleh lihat pada jarak perkataan yang ditulis tangan.Ukuran Jarak Kecil
Menunjukkan bahawa individu tersebut adalah di kalangan mereka yang sangat mesra dan tidak kekok untuk memulakan perbualan. Individu ini ada keinginan komunikasi yang tinggi dan tidak takut untuk menunjukkannya secara fizikal.
Contohnya, ketika sedang berborak soal jenaka, individu itu boleh bertepuk tampar dan ketawa dengan kuat walaupun pada orang yang baru sahaja dikenalinya.
Ukuran Jarak Besar
Jika ukuran jarak antara perkataan cukup besar maka hal itu menandakan bahawa individu tersebut adalah orang yang menginginkan ruang tersendiri dalam berkomunikasi dan tidak ingin terlalu dekat dengan orang. Ada batas pada pergaulan mereka, dan kadangkala dilihat sebagai individu pendiam dan kurang mesra.
Ukuran Tulisan Tangan
BesarPeribadi individu dengan gaya penulisan seperti ini adalah seseorang yang mempunyai keperibadian yang ramah dan memandang dirinya sendiri sebagai seseorang yang memiliki keperibadian yang kuat.
Kebiasaannya juga, individu ini tidak dapat fokus kepada satu hal terlalu lama dan lebih terlihat melakukan banyak pekerjaan dalam satu-satu waktu.
Kecil
Individu dengan tulisan bersaiz kecil memiliki tingkat konsentrasi yang tinggi dan sangat prihatin dengan benda-benda kecil. Tetapi biasanya mereka lebih pemalu dan introvert pada keperibadiannya, di mana mereka memandang diri sendiri sebagai seseorang dengan keperibadian yang pemalu.
Biasa
Merupakan individu yang mudah beradaptasi dengan situasi apapun kerana keperibadiannya yang fleksibel. Individu ini punyai tingkat konsentrasi cukup baik, tetapi mudah dan dapat teralihkan dengan mudah.
Arah Tulisan
Untuk menilai keperibadian seseorang dari tulisan tangan, lebih baik individu tersebut menulis di kertas yang tidak bergaris. Hal ini untuk melihat bagaimana arah tulisan seseorang itu, apakah menaik, menurun atau lurus.Menaik atau Menurun
Jika menaik maka menunjukkan bahawa individu itu adalah orang yang positif, punyai sifat ingin tahu (entusias) dan berkeinginan kuat. Sedangkan jika menurun, menunjukkan bahawa individu tersebut adalah seseorang yang pesimis.
Bergelombang
Terkadang, anda mungkin pernah melihat bahawa gaya penulisan seseorang individu terkadang menaik terkadang menurun. Hal ini menunjukkan bahawa mood individu tersebut mudah berubah.
Pun begitu, memiliki sedikit gelombang pada awal penulisan dianggap biasa, dan menunjukkan emosi yang seimbang. Ibarat sebuah kehidupan lah juga ... perlu ada gelombang turun naik supaya seimbang.
Lurus
Seseorang yang mempunyai gaya penulisan lurus menunjukkan bahawa individu tersebut memiliki tingkat pengawalan diri yang tinggi, serta berada pada tahap emosi yang terjaga. Mereka selalunya nampak tenang dan berkeyakinan.
Huruf Besar
Hubungan dan ukuran huruf besar dengan huruf kecil menggambarkan tingkat kepercayaan atau keyakinan diri yang dimiliki seseorang. Mari lihat ...Huruf Besar Dengan Ukuran Berbeza Jauh Dengan Huruf Kecil
Kajian dari ilmu grafologi menunjukkan bahawa individu ini adalah seseorang dengan keyakinan diri yang tinggi, semakin berbeza ukurannya maka semakin tinggi tingkat keyakinan diri yang dimilikinya.
Bahkan dalam beberapa situasi, tingkat keyakinan ini dapat dikatakan sebagai satu keangkuhan, jadi awas ... :)
Huruf Besar Yang Berukuran Sama Dengan Huruf Kecil
Peribadi individu yang mempunyai gaya penulisan tangan sebegini menunjukkan individu tersebut adalah seorang yang jujur dan suka merendahkan hati. Tingkat keyakinan diri biasa saja, tetapi dalam beberapa situasi, jika dibandingkan dengan orang lain .. individu ini dapat terlihat lebih ke arah pada seorang individu yang pemalu.
Tulisan Berlingkaran
Dalam ilmu grafologi, peribadi seseorang menerusi cara tulisan berlingkaran boleh dinilai pada saat seseorang menulis huruf L dan E. Gaya penulisan ini menunjukkan bagaimana individu tersebut mengekspresikan diri.Lingkaran di Huruf 'L' Adalah Kecil
Individu yang memiliki gaya penulisan ini suka mengekang dalam mengekspresikan diri sendiri. Hal ini menandakan bahawa individu ini suka melihat dan menilai situasi sebelum mengekspresikan diri kepada khalayak.
Lingkaran Pada Huruf 'L' Adalah Besar
Merupakan seseorang yang spontan dan santai, terlihat mudah dalam mengekspresikan diri sendiri.
Lingkaran Pada Huruf 'E' Adalah Kecil
Biasanya seseorang dengan lingkaran kecil pada huruf 'E' akan lebih curigaa dan tidak dapat dipengaruhi dalam argumen yang terkait atau berdasarkan pada emosi.
Lingkaran Pada Huruf 'E' Adalah Besar
Hal ini menandakan individu ini sangatlah terbuka dan suka menikmati hal-hal baru dalam hidup. Kata lain, Happy Go Lucky ... senang berkawan dengan individu seperti ini.
Gaya Penulisan Pada Huruf 'S'
Inilah bestnya ilmu grafologi, anda boleh mengenal peribadi seseorang dengan ketahui gaya penulisan beberapa huruf sahaja. Mari lihat bagaimana seseorang menulis huruf 'S' dapat memberikan pengetahuan yang berbeza-beza atas keperibadian seseorang.Huruf 'S' Terlihat Seperti Bulat
Ini menunjukkan individu tersebut suka menghindari konflik, suka berkompromi dan berusaha menyenangi orang-orang di sekitarnya.
Huruf 'S' Tajam ke Atas
Individu ini mempunyai tahap intelektual tinggi dan mudah untuk mempelajari hal-hal yang baru. Didapati, semakin tinggi dan tajam huruf 'S' yang ditulis, maka semakin menunjukkan berapa tahap ambisius (cita-cita) seseorang tersebut.
Huruf 'S' Dengan Memiliki Lingkaran Terlihat Jelas ke Bawah
Individu yang mempunyai tulisan dengan huruf 'S' yang memiliki lingkaran yang terlihat jelas di bawah menunjukkan individu tersebut jarang mengikuti keinginan sendiri, di mana individu tersebut bertindak kerana situasi yang dihadapi.
Inilah antara ilmu grafologi atau kajian personaliti menerusi bentuk tulisan tangan yang saya rujuk dari TahuPedia.
Ada banyak lagi bab-bab dalam kajian mengenai bentuk tulisan ini yang tidak mungkin saya kongsikan sepenuhnya. Anda boleh cari sebagai ilmu untuk mendidik anak-anak anda kerana setidak-tidaknya anda boleh kenal keperibadian mereka yang tidak disedari menerusi bentuk dan gaya penulisan.
Itu sebab masih ramai guru, pendidik terutama pensyarah yang masih mahukan anak-anak didik dan pelajar mereka menggunakan tulisan tangan untuk sesuatu tugasan.
Oh ya, jika mahu mengenal peribadi berdasarkan tulisan tangan ini, anda perlu lihat pada bentuk tulisan bersambung .. :)
Menarik..terima kasih bro HH
ReplyDeleteTerima kasih .. pernah tulis info yang sama dedulu tapi dah padam ...
Deleteerr fae pun naik bingung tak tau fae under kategori mana dah haha
ReplyDeleteSamalaa. Hihi. Dahlaa tulisan jenis kejab besar kejap kecik. Kejap tetegak kejap condong. Kihkih
DeleteMenarikkkkk....
ReplyDeleteMenarik juga info ni...
ReplyDeletetulisan tangan saya tak cantik sangat..
ReplyDeletekalau saya hmmmm tak pasti la yg mana. dalam satu perkataan semua jenis ada hahahaa. kecik besar tu pasti ada. blm lagi yang miring yg lurus. tapi tak tunggang langgang okay!! hahaha xD
ReplyDeleteMenariknya.Hehehe, tulisan saya tak konsisten + cakar ayam :P
ReplyDeletebanyaknya info tentang tulisan tangan..hohoo
ReplyDeleteSaya ada post tulisan tangan saya di blog. Marilah cuba tafsirkan. Satu yang saya ingin kongsikan ialah, tulisan saya tak sama. Masa sekolah rendah lain, sekolah menengah dan universiti lain, manakala bila masuk alam kerja berubah lagi.
ReplyDeleteSaya tak pasti kerana apa.
Ada jugak jenis yang tulisan tangan dia tekan boleh rasa sampai ke muka surat sebelah.
ReplyDeleteMrs. A pun dah pernah post tulisan tangan tu hurm nak kena cari balik nih!
Bagus ni. Orang sekarang jarang dah nak menulis tangan kalau tak kerana musim belajar dulu. Asyik tekan-tekan je kat mobile phone & keyboard pc.
ReplyDeleteBagi saya, setiap kali menulis memang berbeza-beza. Nak tulis cantik-cantik dari awal sampai akhir memang payah. Haha tapi tak la serumit tulisan abang dokter.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.