Langkau ke kandungan utama

100,000 Rooms Promotion - Tahun Melawat Perak 2017

Promosi 100,000 Bilik Hotel. Wow ... satu berita baik untuk mereka yang kaki travel dan suka bercuti. Tahun 2017 menampakkan banyak promosi untuk bilik hotel. Terkini, sempena Tahun Melawat Perak 2017 .. ada promosi 100,000 bilik hotel dengan harga diskaun untuk penginapan hotel di negeri Perak.

Seperti saya jangkakan, memang banyak promosi untuk penginapan hotel dan percutian diberikan. Bukan sahaja negeri Perak buat promosi penginapan hotel, negeri Terengganu juga ada membuat promosi serupa sempena Visit Beautiful Terengganu 2017; begitu juga dengan negeri Kelantan.

100,000 Rooms Promotion - Tahun Melawat Perak 2017

100,000 Rooms Promotion - Tahun Melawat Perak 2017
Saya memetik berita daripada Perak Today, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017, Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Perak dengan kerjasama Tourism Perak dan Tourism Malaysia Perak telah melancarkan promosi dinamakan '100,000 Rooms Promotion'.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2017 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, pada 31 Disember 2016.
[Baca] Promosi Percutian Awal Tahun 2017 - Diskaun dan Potongan Sehingga 70%
Diberitakan, sebanyak 23 buah hotel di negeri Perak yang terdiri daripada kategori satu hingga lima bintang mengambil bahagian dalam program promosi ini. Pun begitu, saya pasti akan ada lebih banyak hotel di Perak akan turut ambil bahagian dalam promosi ini, memandangkan ia satu peluang untuk hotel ini menarik para pelanggan sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Saya juga difahamkan kerajaan negeri Perak akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu untuk memberikan pakej pelancongan dan percutian menarik kepada pelancong - dalam dan luar negara.

Amacam? Pasti akan lebih menarik .. bukan setakat dapat pakej percutian di satu negeri, tapi boleh dapat pada tiga negeri sekaligus!!

Harga Bilik Serendah RM100

Sempena 100,000 Rooms Promotion, sebanyak 15 bilik setiap hari dengan harga promosi dari serendah RM100 hingga RM500 akan ditawarkan kepada semua. Pun begitu, harga promosi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel.
Hotel Belum Rainforest Resort
Belum Rainforest Resort
Promosi yang menawarkan harga penginapan 100,000 bilik hotel ini bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2017.

Di negeri Perak, terdapat lebih kurang 500 buah hotel terdiri dari hotel bertaraf lima bintang hingga satu bintang. Antara hotel yang menarik ialah Belum Rainforest Resort (gambar atas) dan Best Western Premier The Haven, Ipoh (gambar bawah)
The Haven Ipoh
The Haven Ipoh
Ini satu peluang yang sangat-sangat best buat mereka yang suka bercuti di dalam negeri. Saya sendiri rasa teruja dengan promosi 100,000 bilik hotel ini. Saya mengandaikan nanti, laman web tempahan hotel online seperti Agoda, Traveloka, Hotels.com, Trivago, Booking.com, WeGo, TripAdvisor dan banyak lagi pasti akan turut serta dengan promosi ini, selain promosi direct oleh pihak hotel itu sendiri menerusi laman web hotel masing-masing.

Antara Hotel Menarik di Perak

Saya dah usyar beberapa hotel menarik untuk menjadi sasaran pada tahun 2017 ini, antaranya:
  1. Best Western Premier The Haven, Ipoh
  2. Kinta Riverfront Hotel and Suites, Ipoh
  3. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh
  4. Tower Regency Hotel and Apartments, Ipoh
  5. Ipoh Bali Hotel
  6. Pangkor Laut, Pulau Pangkor
  7. Swiss Garden Resort and Spa, Lumut 
  8. Felda Residence Hot Springs, Sungkai
  9. Belum Eco-Resort, Hutan Belum

Aha .. yup, kebanyakan hotel disenaraikan di atas tu bertaraf 4 bintang ke atas ... well .. kalau dah ada promosi 100,000 bilik ni sempena Tahun Melawat Perak 2017, mengapa tidak mencuba untuk dapatkan tawaran menarik daripada hotel-hotel mewah ni.

Tidaklah semua nak duduk menginap, tapi bolehlah dari semasa ke semasa lihat promosi yang ada .. mana nampak berbaloi, in Sha Allah .. saya bakal ceritakan di blog saya ini. In Sha Allah, andai ada rezeki, kesihatan yang baik serta kelapangan.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wahh, kalau promosi camni best lah nak bercuti tahun ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom cuti-cuti ... :) sesekali bawa anak dan keluarga ke percutian di hotel mewah bagus juga .. ye tak?

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …