Equatorial Hill Resort Private Apartment, Cameron Highlands

Equatorial Hill Resort Private Apartment. Hari tu, saya ada ceritakan kepada anda mengenai percutian hujung minggu saya anak beranak ke Cameron Highlands. Dari percutian 3 hari 2 malam itu, saya ada kongsikan beberapa gambar tempat penginapan kami di instagram. Ada dua tempat kami menginap semasa di Cameron Highlands, salah satunya adalah sebuah apartment 1 bilik tidur dengan harga RM 223.90 semalam.

Apartment yang saya maksudkan ialah Equatorial Hill Resort Private Apartment, ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Hotel Copthorne. Dan bila sebut Hotel Copthorne, pastilah ia berdekatan dengan Kea Farm ... tempat tumpuan untuk beli-belah sayur-sayuran Cameron Highlands yang segar bugar...huhu.

Best ke Equatorial Hill Resort Apartment, Cameron Highlands?

Kami menginap selama semalam di apartment ini. Dengan harga semalam RM223, saya dan isteri berasa sangat puas hati. Dah la ada tab mandi yang memang menjadi satu keperluan wajib buat anak-anak, pancuran air panas, saluran TV satelit, ruang tamu, dapur dan beranda.... rasa berbaloi sebab dapat harga murah yang ditempah menerusi Agoda. Harga asal sewa semalam boleh cecah sehingga RM300 untuk hari-hari tertentu.

Kenapa Apartment Ini Best?

Mengapa best? Selain daripada lokasinya yang dekat dengan Kea Farm, dan beberapa tumpuan menarik di Cameron Highlands. Ia adalah antara apartment yang berada di puncak Cameron Highland. Jadi, cuaca, suhu ... tak sama macam berada di Brinchang atau Tanah Rata ... agak sejuk, dan semasa kami berada di situ, suhu sejuk berada antara 19-17 darjah celsius.

Jika anda sedia maklum, di kawasan lain di Cameron Highlands, suhu sejuk paling rendah dicatat hanya pada aras 24 hingga 21 darjah celsius sahaja (malam) ... lebih kurang sama suhu di rumah saya ketika waktu hujan lebat .. hoho.

Bagaimana saya tahu pasal suhu? Di Hotel Copthorne ada penunjuk suhu, begitu juga di Tanah Rata dan di Brinchang ... jadi, memang mudah nak buat perbandingan. 
Kea Farm, Cameron Highlands
Kea Farm, Tempat Beli Sayur Segar Cameron Highlands
Perkara lain ialah mengenai Equatorial Hill Resort Apartment itu sendiri.

Bilik tidur yang ada bilik air sendiri. Agak selesa. Di ruang tamu, bahagian luar bilik ... ada satu lagi bilik air asing. Dapur pula disediakan kelengkapan asas untuk paling tidak memasak mee segera .. hehehe. Saya agak kecewa sebab tak disediakan microwave ... antara keperluan penting kalau bawa keluarga bercuti dan nak jimat belanja makan .. hehe. Tapi dah ada cerek dan pinggan mangkuk serta cawan, dah kira beruntung dah.
[Baca] Tarikan di Cameron Square
Apartment agak luas, dan memang sesuai kalau bawa satu atau dua famili menginap bersama. Ruang tamu boleh bentang toto atau narita.

Meh layan beberapa gambar apartment ini yang saya sempat ambil .....
Ruang Bilik Equatorial Hill Resort Apartment, Cameron Highlands
Dapur Equatorial Hill Resort Apartment, Cameron Highlands
Equatorial Hill Resort Private Apartment, Cameron Highlands
Equatorial Hill Resort Private Apartment, Cameron Highlands
Ruang Tamu Equatorial Hill Resort Private Apartment, Cameron Highlands
Suasana Equatorial Hill Resort Private Apartment, Cameron Highlands
Suasana waktu pagi memang syok, sama juga syok dengan suasana ketika matahari nak terbenam.

Kalau anda ke Cameron Highlands, bolehlah diambil kira penginapan di Equatorial Hill Resort Private Apartment ini. Tak ada masalah nak parking kereta .. sebab nama pun private, sah-sah dah tersedia.

Dari lokasi, boleh berjalan kaki sahaja ke Kea Farm, Taman Rama-Rama, Bee Farm ... jimat petrol kereta .. huhu.

Nak tempah? Gunakan khidmat Agoda.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.