Sejak saya perkenalkan platform job reviews untuk blogger menerusi Advertorial.MY, ramai blogger terutama blogger yang mahu jana income menerusi penulisan advertorial telah menghantar email bertanyakan mengenai tips untuk hasilkan sebuah penulisan advertorial atau reviews yang terbaik. Al maklumlah, dah dapat job reviews yang membayar RM100-RM500 satu post bukan senang, kena pastikan penulisan tersebut adalah terbaik serta meyakinkan.

Blogger yang diberikan job reviews ada tanggungjawab untuk memastikan entri berkenaan bukan sahaja mendapat tempat di dalam enjin carian - menerusi strategi SEO, tetapi juga memastikan bahawa entri advertorial tersebut boleh memberikan impak positif kepada pengiklan.

Saya sering mempromosikan blog saya kepada pengiklan di Advertorial.MY menerusi teknik penulisan advertorial terbaik. Hanya dengan cara ini sahaja, saya dapat meyakinkan pengiklan untuk terus mengiklan dan memberikan job reviews menerusi blog ini. Alhamdulillah, dapatlah sedikit income dari bayaran advertorial ini.
Tips Hasilkan Penulisan Advertorial Terbaik

Tips Hasilkan Penulisan Advertorial Terbaik

Jadi, apakah formula atau tips untuk hasilkan penulisan advertorial terbaik ini?

Salah satu pendekatan klasik yang boleh anda gunakan untuk penulisan berbentuk advertorial ialah AIDA.

  • A - Attention
  • I - Interest
  • D - Desire
  • A - Action

Anda menulis satu entri advertorial yang menjurus kepada mendapatkan perhatian pengunjung dan pembaca blog. Dari perhatian, anda dapatkan minat mereka untuk mengetahui mengenai produk yang anda promosikan - mungkin juga jenama atau servis.

Selepas itu, anda titipkan pula rasa keinginan kepada pembaca tersebut, dan akhirnya menzahirkan tindakan buat mereka.

Namun begitu, ia tidak mudah yang disangka. Sebelum berlakunya AIDA itu, anda perlu mendapat respon daripada pengunjung dan pembaca blog anda - respon yang saya maksudkan ini ialah trafik. Jika tiada trafik yang dijana ke entri advertorial tersebut, maka pendekatan AIDA ini tidak akan memberi sebarang makna.

Hanya adanya trafik, barulah apa yang dilakukan menerusi pendekata AIDA itu berhasil.

Secara amnya, pendekatan penulisan advertorial menggunakan formula AIDA adalah antara teknik terbaik yang akan membantu pengiklan mendapat apa yang mereka harapkan dari sebuah entri job review yang ditulis oleh blogger.

Sekali lagi, sebuah entri advertorial terbaik perlulah menjurus kepada perhatian, minat, keinginan dan kemudian tindakan - samada mendapatkan servis, produk atau mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang dipromosikan menerusi entri advertorial.

Kepada blogger yang mahu mencuba menghasilkan income 3 angka seminggu menerusi advertorial atau mungkin impikan income RM3000 sebulan menerusi penulisan review, bolehlah mendaftar dengan Advertorial.MY, in Sha Allah, jika anda sudah dapat pelanggan dari pengiklan di Advertorial.MY yang berikan job reviews, esok lusa mereka mungkin akan cari anda lagi untuk tugasan selanjutnya. Saya dah merasa, anda bila lagi?

Berminat? Daftar diri dan iklankan blog anda untuk mendapat job review berbayar sehingga RM300 satu post - Daftar Advertorial.MY

Semoga bermanfaat.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya baru tahu pasal advertorial.my ni. nak daftar juga la. =)

    BalasPadam
  2. Terima kasih telah berbagai tips yang bermanfaat semacam ini

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian HH nie...

    BalasPadam
  4. Banyak info berguna blog HH ni..

    BalasPadam
  5. Panduan AIDA nih memang kena ikut ya bro hh

    BalasPadam
  6. Pun baru dengar istilah tips AIDA. Menarik gitu :)

    BalasPadam
  7. banyak rupanya cara nak dpt duit dr blog nie. nak n tak nak je. 1st time dengar pasal advertorial. selalu dengar nufnang je.

    BalasPadam
  8. Wah, thanks for this HH bersemut. huhuhu ..

    Setiap hari masuk blog HH ni cari artikel advertorial, kena belajar cara how to writing advertorial kat blog sebab sejak akhir akhir ni banyak dapat job.

    Mungkin teknik simpel percuma kat blog HH ni banyak sangat bantu saya kuasai SEO secara percuma je pun.

    Best sangat ke sini. Harap ada lagi artikel macam ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement