Senyumlah ketika menulis blog, walaupun hati sedang bersedih dan terluka. Senyumlah ketika menulis blog kerana blog itu adalah rakan diam anda. Senyumlah ketika menulis blog kerana bukan semua perkara di dunia itu berakhir dengan kesedihan dan duka. Senyumlah kerana ia akan mencerminkan diri anda menerusi penulisan.
Tips Blogging - Senyumlah Ketika Menulis Blog

Ada blogger dengan rasa amarah menulis kerana mahu meluahkan kehampaan, dihambur kata yang bukan hanya sakit di mata melihatnya tetapi adakala terketar bibir membacanya. Dunia blogger Malaysia perlukan nilai. Nilai yang memberikan satu impak kepada masyarakat yang semakin porak peranda. Nilai yang menjadikan dunia blogger itu lebih dipercayai dan dihormati.
Senyumlah ketika menulis blog walau hati sedang membara dengan rasa geram dan dendam. Senyum akan menyejukkan rasa itu. Percayalah kerana senyum itu satu sedekah terhebat buat diri sendiri dan satu mustajab yang Allah S.W.T berikan kepada semua manusia tak kira agama, latar belakang, jahat atau baik hatinya.
Dengan senyuman, hati keras boleh jadi lembut. Dengan senyuman, air mata mengalir boleh terhenti. Dengan senyuman, anda akan menulis dengan tenang dan in Sha Allah, entri yang anda tulis akan memberikan keajaiban sendiri.
Senyum. Senyumlah. Senyumlah untuk hilangkan sengketa, kesedihan, dendam dan luka jiwa.
Dan ucapkan syukur alhamdulillah, kerana walau hati sehitam segelap pekat malam, senyuman itu boleh lahir tanpa perlu dipaksa!
setiap kali meunulis blog.Fida akan fokus 100%..lepas dah siap baru Fida akan senyum..sebab puas
BalasPadamsaya memang murah dengan senyuman jadi saya akan senyum ketika menaip entri blog...
BalasPadamHaha... siap keluar dalam post entri ini bila share kat FB .. memang powerlah senyuman Farah ... huhu
Padamtengah fokus tengah happy happy nak tulis blog tetibe de yg kacau...terus spoil mood...
BalasPadamselalu camtu... hu3... lepas tu jangan harap le idea tu nak muncul balik dalam kepala ni... ^_^'
sambil komen pun saya tersenyum..besor pula template HH ni
BalasPadamSengaja dilebarkan ... puas sikit nak baca .. haha
Padammemang puas benor teman baca. gambar dadu loading tu buat teman jeles...huhuu
PadamTu script ... saya ada kongsikan dalam blog untuk buat .. cer cari .. :) huhu
Padambaca entri blog ni pun... kena senyum juga.
BalasPadamjenuh tunggu keputusan subcontest tu... hahaha
Memang sengaja jenuh. In Sha Allah kejap lagi kuarlah keputusan tu ... nak bagi peserta yang silap hantar URL untuk betulkan.
Padamsetiap kali aku menulis , rasa macam xd sense pon. haha hilang. Kalau org panggil pun buat dunno je
BalasPadamHehe. Kat office, tak boleh senyum sambil update blog. Bos nampak. Hahaha!
BalasPadamHahahaha... uhh kantoi nanti
Padammemang kene senyum selalu..baru idea datang mencurah-curah..kalau tengah stress dn bad mood,entry pun mcm x best je..
BalasPadamMasa menulis saya memang akan senyum. Untuk senyum dan cari mood ceria, cara saya adalah dengan mendengar lagu yang berentak agak rancak atau mana - mana lagu yang membuatkan hati saya ceria. Ecehh. Barulah kalau ada mood boleh menulis dengan ayat yang agak sempoi, hehe
BalasPadamSenyum dan Smile selalu hehe. Tapi jangan senyum yang dibuat buat mesti senyum yang betul betul bermakna hehe
BalasPadamMenulis entri di blog ibarat membaca bahan bacaan. Mood bacaan akan berbeza bila situasi membaca dalam keadaan tidak menentu atau dipengaruhi faktor luar.
BalasPadambetul lah....haha...lagi senang menulis bila senyum....ni belanja senyum untuk HH :)
BalasPadamHaha, terima kasih .. sambil menulis komen ni saya dok senyum .. sambil dgr lagu dangdut .. haha
Padamlagu tu best,, haha..
BalasPadamyupp,, kita kene happy masa tulis blog ni,,, baru pembaca akan happy bace entri2 dr blog kita..
oh! ok tulis blog pun kena senyumkan...
BalasPadamYelah macam jawab telefon pun kena senyum dan ceria sebab pendengar tu boleh rasa aura kita.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.