Ada empat perkara penting sebelum seorang blogger dengan blog berbahasa Melayu mula atau cuba memohon mendapatkan akaun Google Adsense ini. Mungkin ada yang dah baca mengenai 7 Sebab Permohonan Adsense Blog Bahasa Melayu Ditolak

Perkara-Perkara Penting Sebelum Memohon Google Adsense
Ok. Sebelum itu, saya nak beritahu dengan ikhlas lagi benar mengenai income Adsense yang saya peroleh. Saya bukanlah seperti sesetengah blogger yang dah berjaya jana income USD1000 - USD2000 sehari menerusi Google Adsense. Maaf, saya bukan blogger tersebut, dan maaf kerana kenyataan dan realiti ini mengecewakan anda... heheheTetapi saya merupakan salah seorang blogger Malaysia yang menggunakan platform Google Adsense di dalam blog-blog saya untuk menjana income dengan mudah (tanpa modal). Buat masa ini, income sehari menerusi blog - dengan perletakkan iklan Google Adsense hanyalah sekitar USD10-USD20 setiap hari, jauh berbeza dengan beberapa orang blogger hebat lagi terkenal yang telah berjaya jana income mudah ini sekitar USD100-USD500 setiap hari, malah ada yang boleh melakukannya sehingga berjaya menjana income Google Adsense USD1000 - USD2000 setiap hari.

Saya bukan pakar, tetapi saya baca panduan Jana Wang Adsense sebagai langkah-langkah pencarian ilmu berkaitan bagaimana nak menjana dan mendapat income menerusi Google Adsense. Dari situ, saya ketahui beberapa teknik penting bagaimana nak buat duit menerusi platform ini. Tetapi itulah, setiap orang akan ada alasannya sendiri, mengapa tidak saya berjaya dapatkan USD1000 sehari seperti blogger lain?
Di bawah ini adalah salah satu contoh blog kendalian saya yang menjana income menerusi Google Adsense. Sebuah blog berbahasa melayu yang telah saya wujudkan lebih 3 tahun dahulu. Blog ini tak pernah update sejak itu, tetapi masih ada trafik menerusi Google bersandarkan kepada beberapa keyword niche penting yang saya gunakan.

4 Perkara Penting Sebelum Memohon Google Adsense
Baiklah. Saya dah mula merepek. Baik pergi ke bahagian yang benar-benar anda nak tahu iaitu 4 perkara penting sebelum memohon Google Adsense.Kandungan Blog Mesti Mencukupi
Sebelum anda memohon untuk mendapatkan Google Adsense, pastikan blog anda kaya dengan entri. Dan entri-entri blog anda mestilah lebih daripada 300 patah perkataan dengan penggunaan bahasa yang betul atau standard. Blog anda perlu kaya dengan teks, dan bukan imej. Pastikan teks memonopoli penampilan blog anda. Lebih banyak teks, maka lebih banyak keyword yang boleh Google Adsense gunakan untuk papar iklan mereka. Adakala blog yang telah lulus Google Adsense tidak dapat paparan iklan Google Adsense kerana kurangnya keyword yang boleh 'menjual'. Anda kena pastikan entri di dalam blog anda punyai value yang membolehkan Google Adsense membenarkan iklan mereka dipaparkan.Rekabentuk Blog
Apabila saya menyebut mengenai rekabentuk, saya akan rujuk mengenai rekabentuk blog yang mesra SEO. Antara rekabentuk blog yang mesra SEO dan senang lulus permohonan Google Adsense ialah template Thesis. Template ini merupakan template sangat mesra pengguna, mesra SEO selain mesra Adsense. Itulah sebab ramai blogger tak kiralah blogger blogspot mahupun wordpress yang menggunakan template ini untuk jana income menerusi pengiklanan Google Adsense.
Template atau rekabentuk blog adalah merupakan salah satu perkara penting untuk permohonan Google Adsense diluluskan. Blog yang ada banyak butang close, menggunakan warna terang di dalam blog sehingga silau mata, teks yang sukar dibaca, ada popups yang mengelirukan akan ditolak dengan mudah oleh Google Adsense.
Saya juga difahamkan bahawa Google Adsense cepat luluskan blog yang menggunakan template responsif dan telah lulus ujian Mobile-Friendly Test. Jika blog anda tidak lulus ujian ini, pastikan blog anda lulus dengan melakukan penambahbaikan pada HTML blogspot atau terus sahaja mencari template blogspot yang telah sedia responsif seperti Variasi Template SEO Responsif Johny
Kenyataan Berkaitan Polisi, Ruangan Hubungi dan Info Pemilik
Tiga perkara penting yang perlu ada di dalam sebuah blog yang mahu memohon akaun penuh Google Adsense. Ia memberikan petanda kepada Google Adsense bahawa anda seorang blogger yang serius dengan isi kandungan, dan menepati ketetapan dan terma yang telah dikeluarkan oleh Google Adsense. Ia juga memberi signal bahawa anda seorang penulis blog bertanggungjawab.Trafik Blog Sumber Organik Semulajadi
Blog yang secara puratanya menerima trafik organik dan semulajadi menerusi enjin carian sangat disukai bukan sahaja oleh enjin carian Google, tetapi juga oleh Google Adsense. Blog yang mendapat trafik tinggi atau secara puratanya banyak dari enjin carian sangat mudah untuk lulus permohonan Google Adsense. Jadi, anda kena pastikan bahawa blog paling tidak lebih 60 peratus mendapat trafik menerusi enjin carian, dan bukan dari sumber seperti widget laman ping (busuk, kartikel dsb), laman sosial seperti facebook atau menerusi sumber lain seperti forum, bloglist dan juga email.
Untuk lebih info, tips berkaitan cara nak buat duit menerusi Google Adsense, cuba dapatkan Panduan Jana Wang Adsense edisi terkini.
Semoga bermanfaat dan selamat berjaya.
terimakasih atas penerangannya HH
BalasPadamSama-sama Kak T .. semoga dimanfaatkan ... terima kasih ye.
PadamTermenung sekejap akak baca. sambung bacaan link-link HH yang lain.
BalasPadamTemplate nya comel sangat :D coba daftar dulu cikgu ^_^
BalasPadamSehari dapat usd1000 kayo tu...heheheh
BalasPadamagak ketat juga syarat rukunnya HH.. :)
BalasPadamWe did not approve your application for the reasons listed below
BalasPadamInsufficient content
Apa maksudnya?
Kandungan blog masih kurang untuk membolehkan iklan keluar - atau dengan kata lain Google tak ada keyword komersil untuk tujuan pengiklanan. Keyword ini berkaitan dengan SEO. Kena lihat trafik blog kita, ada tak yang datangnya dari keyword yang komersil?
PadamMacam blog saya, banyak keyword berkaitan buat duit online, pasal marketing, pasal job dari rumah .. so iklan2 macam tu mudah nak keluar.
wah, bermanfaat sekali brother, lebih lagi bagi saya yang baru belajar adsense, dan mau mencoba untuk mendaftar, semoga saja saya di terima pas daftar besok :v dan semoga websitenya terus maju kawan, terima kasih banyak !!
BalasPadamSalam bro... saya dapat sms dari google disebabkan "Difficult site navigation:. Bagai mana cara nak atasi masalah ini. Atau kena buang segala widget yang ada?
BalasPadamJika diberitahu dificult site navigation - ia masalah pada menu pada bahagian atas blog.
PadamTerbaikkk..
BalasPadamItu yang selayaknya tuan HH..
banyak informasi yang dikongsikan..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
salam. saya hadir singgah kat sini pd hari ini 30 okt 2022. terima kasih admin sbb sy dpt sesuatu ilmu kat sini. alhamdulillah.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.