Apa Itu Advertorial?

Apa itu Advertorial? Nampaknya masih ada blogger yang tidak tahu apa itu advertorial. Advertorial adalah salah satu dari punca income sesebuah blog. Menerusi penulisan berbentuk advertorial, seorang blogger boleh jana income menerusi blog sehingga RM1000 satu post atau satu entri. Gulp... biar betul dibayar sehingga RM1K untuk satu entri!

Ya, ada pengiklan dari syarikat besar yang sanggup bayar sehingga RM1000 untuk satu entri. Tak ramai blogger dedahkan benda ni. Tapi ia memang benar. Malah, blogger yang punyai pengaruh tertentu boleh mendapat bayaran lebih daripada itu. Bukan setakat wang tunai yang masuk ke akaun bank anda, ada pengiklan yang sediakan benda lain juga untuk menjayakan entri berbentuk advertorial tersebut. Dan antaranya ialah gajet, makanan percuma, produk percuma, penginapan di hotel percuma, tiket penerbangan dan macam-macam lagi.

Jana Income Blog Menerusi Penulisan Advertorial

Cara jana income blog menerusi advertorial

Tapi bukan mudah nak dapat, ada banyak perkara yang dilihat oleh pengiklan untuk membenarkan bayaran sehingga begitu tinggi untuk satu post. Sama juga dengan memberikan gajet, produk, tiket kapal terbang, penginapan percuma dan sebagainya ...... ada kriteria yang dipilih oleh pihak pengiklan bagi memilih blog dan blogger untuk membuat entri advertorial.

Saya boleh katakan ramai blogger yang dapat tawaran ini tidak mendedahkan nilai sebenar advertorial mereka. Yang banyak dedahkan ialah blogger-blogger kecil macam saya ni je .. sebabnya ialah untuk mendapat peluang dan membuktikan bahawa entri advertorial ditulis itu berkualiti dan ada kekuatan tersendiri.

Jana Income Blog Menerusi Penulisan Entri Review di Advertorial.MY

Ada blogger yang cuma meletakkan harga penulisan berbentuk advertorial ini serendah RM50 untuk satu post. Dan ada blogger yang letakkan harga antara RM100-RM300 untuk satu post. Tidak kurang juga yang letakkan harga sehingga RM500 untuk satu post. Ia antara cara jana income blog yang lumayan.

Dan seperti awal saya katakan, nak letak harga advertorial bukan main suka-suka letak. Anda perlu melihat dan menilai kekuatan blog anda. Bolehkah entri advertorial yang anda tulis beri impak kepada pengiklan. Bolehkah ia menjual sekiranya ia berkaitan produk? Bolehkah ia mendapat pelanggan sekiranya ia berkaitan jenama atau servis?

Apa Itu Advertorial?

Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial.

Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis review untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang diminta oleh pengiklan.

Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.

Perkataan advertorial di gunakan apabila review tersebut adalah ditaja atau dibayar, jika ia review tanpa bayaran ia tidak di sebut sebagai advertorial, tetapi lebih kepada menggunakan perkataan review.

Teknik pengiklanan begini telah lama wujub dan amat berkesan kepada pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain saluran media.

 Buat newbie dan mereka yang mungkin mahu mencuba menjana income blog menerusi penulisan advertorial ini, boleh cuba servis yang disediakan oleh Advertorial.MY. Ia merupakan satu laman web yang memberikan peluang untuk blogger jana income blog menerusi penulisan berbentuk advertorial.

5 Cara Jana Income Penulisan Entri Menerusi Advertorial.MY

Caranya mudah, anda perlu daftar akaun sebagai blogger (publisher) dengan Advertorial.MY.
  1. Paparkan blog anda, dan tulis tawaran menarik yang anda boleh berikan kepada pengiklan.
  2. Advertorial.MY carikan pelanggan iaitu pengiklan untuk blog anda.
  3. Terima tempahan advertorial menerusi email.
  4. Pengiklan membuat bayaran setelah rundingan dibuat.
  5. Tulis advertorial anda di blog.

Inialah satu-satunya platform mudah untuk blogger terutama blogger baru mendapat pendedahan awal berkaitan penulisan berbentuk advertorial.
Apa itu advertorial dan cara jana income blog menerusinya
Pengiklan hubungi blogger untuk pengiklanan advertorial

Menerusi Advertorial.MY; blogger bukan sahaja dapat peluang untuk jana income blog menerusi penulisan, tetapi juga belajar untuk tulis entri berkualiti yang boleh memikat pengiklan, selain mengetahui cara-cara untuk deal dengan pengiklan bagi mendapatkan bayaran yang setimpal dengan kelebihan yang ada pada blog anda.

Daftar blog anda di Advertorial.MY di pautan ini: Daftar Blog Untuk Advertorial

Anda harus ingat, sekali anda menulis, anda akan berikan kelebihan dan keuntungan buat pengiklan dalam jangkamasa panjang menerusi entri advertorial anda.

{ 19 comments.. read them below or add one }

Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin November 01, 2014
agaknya kalau blog saya nak tulis advertorial berapa lah harga yang selayaknya?

#moho pandangan pakar (hehehe)
Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin November 01, 2014
okey.. terima kasih.. hehehe:)
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU November 01, 2014
Advertorial terbaik guna dot com kalau blogspot kurang le skit... :( :( :(
Rosmiza Ali Rosmiza Ali November 01, 2014
Terima kasih atas perkongsian.. Kena tambah baik lagi mutu blog sebelum mula amik job advertorial macam ni.. ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™
Razis Hamit Razis Hamit November 01, 2014
Jauh lagi nak pengiklanan berbentuk advertorial nie.
Yuzz Yuzz November 01, 2014
Untuk iklan advertorial, kebiasaannya saya cuma ambil RM300.00 sahaja untuk satu artikel, sebab jumlah trafik tak berapa kencang sangat. Kalau jumlah trafik tinggi nanti dah tentu boleh letak bayaran yang lebih mahal..
Sharifah Syahirah Sharifah Syahirah November 01, 2014
banyak saya belajar dari blog HH, terima kasih banyak :)
Syima Kamal Syima Kamal November 01, 2014
tuan.. ada bayaran ke dikenakan utk pendaftaran?
Hamidi SP Hamidi SP November 01, 2014
Hebat kalau seorang blogger dibayar begitu selalu. HH diantaranya kan..:)
mimbar kata mimbar kata November 01, 2014
terima kasih. masih banyak kena belajar
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 02, 2014
Ya, ada dikenakan bayaran, dulu percuma kalau tak silap ... la ni kena, mungkin akan dinaikkan lagi sbb nak jaga jumlah blog kot.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 02, 2014
Hmm menarik .. agak berpatutan tu.
Invisible Me Invisible Me November 02, 2014
Info berguna. Sgt berguna. Terima kasih HH.
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah November 02, 2014
ada hati...cuma belum ada komitmen nak buat advertorial dulu kerana masih membaiki mutu penuisan blog
Hafiszan Kamarudin Hafiszan Kamarudin November 02, 2014
boleh mula buat duit dari penulisan, pasti ada kelebihannya
namialus67 namialus67 December 05, 2014
Tuan saya nak tanya sikit, hilang tak status 'Glitterati nuffnang saya kalau join advertorial ni?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 06, 2014
Tidak. Ia tidak akan beri kesan. Advertorial adalah usaha anda.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.