Teknik Komen Naikkan Google Pagerank

Teknik komen bagaimana yang dapat menaikkan Google Pagerank (PR) blog anda? Ok, blog post sebelum ini saya tidak bercerita pun mengenai teknik sebenar yang digunakan untuk naikkan PR blog. Apa yang saya beritahu adalah perkara am mengenai tips komen menaikkan Google Pagerank. Saya pasti ramai pembaca blog ini sudah faham mengenai kepentingan memberikan komen yang bagus dan berkualiti.

Tetapi, komen kosong tanpa seni tak berikan apa-apa nilai. Mesti dan perlu mempunyai teknik tertentu agar komen anda benar-benar boleh tingkatkan Google Pagerank blog anda. Persoalan sekarang adalah bagaimana?

7 Teknik Komen Naikkan Google Pagerank (PR)

Secara jujurnya, ini merupakan satu andaian yang saya kongsikan kepada anda. Ia mungkin berkesan, mungkin juga tidak. Namun begitu, teknik komen ini adalah antara cara yang telah saya gunakan untuk menjadikan blog ini mendapat kedudukan PR3 daripada kedudukan PR2 yang diperolehi pada tahun 2012. Anda boleh cuba, dan lihat hasilnya nanti.
Teknik Komen Naikkan Google Pagerank

Google Plus

Pastikan anda menggunakan akaun Google Plus Profile apabila membuat komen di blog-blog yang ada fungsi login ke Google Account. Ada 'markah' tertentu diberikan untuk mereka yang gunakan servis Google ni.

Blog DoFollow

Satu kriteria penting jika mahu apa yang dikomen itu punyai nilai. Komen dengan lebih kerap pada blog yang memberikan DoFollow link. Untuk mengetahui samada blog itu berikan dofollow link, anda boleh install addons pada pelayar internet anda. Contohnya Firefox, anda boleh gunakan NoDoFollow yang akan highlight link NoFollow dan DoFollow.

Komen Menggunakan Kata Kunci

Saya pernah menyebut perkara ini terdahulu, iaitu bagaimana nak komen dengan meninggalkan backlink beserta kata kunci atau keyword, boleh baca di sini - Cara Bina Backlinks Dengan Kata Kunci

Komen Membina Kredibiliti

Komen perkara yang ada kaitan dengan blog dan diri anda (Seperti dinyatakan dalam Google Profile). Jika ia di luar skop, cuba olah komen anda supaya entri yang anda komen itu ada kena mengena dengan blog atau entri-entri yang pernah anda tulis. Bila anda komen di entri yang ada kaitan dengan 'kepakaran' anda dalam sesuatu, ia akan membina kredibiliti anda, jangan sampai berlaku kepada seorang blogger ini -Seni Komen Bina Kredibiliti

Email Seragam

Ada sesetengah sistem komen yang mengkehendaki anda memasukkan alamat email anda, pastikan ia alamat email yang sama seperti tercatat dalam Google Profile mahupun Blogspot Profile anda. Ini adalah antara cara Google mengenali anda dan blog yang anda miliki.

Avatar

Ramai yang kurang prihatin dengan fungsi avatar ini, tetapi sebenarnya ia ada saling-kait dengan site-link blog anda. Ada sesetengah enjin carian yang memberikan markah istimewa apabila avatar digunakan 'sama'  dengan avatar yang keluar pada kotak komen sesebuah blog yang dofollow. Selain memberikan nilai kredibiliti, ia sebenarnya membolehkan diri anda sendiri sebagai penulis dipercayai oleh Google.

Komen Panjang Berjela

Tidak dinafikan kadangkala kotak komen sesebuah entri dijadikan medan bercerita, adalah lebih baik anda memberikan satu komen yang berkonsepkan sinopsis, yang kemudiannya diberikan satu pautan kepada entri yang menceritakan lebih detail berkaitan apa yang anda ingin nyatakan. Komen yang terlalu panjang boleh menyebabkan profile anda diblacklist sebagai seorang spammer, yang akhirnya akan merugikan anda.

Rasanya itu je yang dapat saya berikan mengenai teknik komen bagi menaikkan Google Pagerank blog anda. Mungkin teknik ini tidak berjaya atau tidak sesuai buat sesetengah orang, tetapi inilah cara yang telah saya guna, dan sering saya praktikkan apabila blogwalking.

Guna tips blogwalking secara terpilih dan komen dengan seberapa kerap dengan teknik-teknik di atas.

Selamat mencuba.



{ 10 comments.. read them below or add one }

shahfir yusof shahfir yusof May 06, 2014
komen pada blog yang mempunyai pr tinggi pun pentingkan.. tapi kalau kotak komen blogspot macam comment love kan best..=)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Boleh gunakan IntenseDebate .. saya pernah beritahu dan tunjukkan caranya.
Saimi Ramlan Saimi Ramlan May 06, 2014
Komen menggunakan google akaun rasanya memang ada kaitan dengan apa yang disebut author rank. Faktor author rank memberi kesan besar terhadap peningkatan google pagerank.
MaMa MuRsYiD MaMa MuRsYiD May 06, 2014
Makin banyak baca makin banyak saya tak tahu... Huhu..
Jia Rizaira Jia Rizaira May 06, 2014
Mana lebih baik sama ada pakai default blogspot punya kotak komen ataupun Google+ punya kotak komen? Agak keliru disini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Dua-dua ada kelebihannya, tetapi jika guna Google+ seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, ia akan terhadkan siapa yang akan dapat komen blog kita ...
shahida rahim shahida rahim July 12, 2014
memang berguna tips ni..insya'aallah akan praktikkan
Admin Kereta Sewa Admin Kereta Sewa October 20, 2014
Tips yang memang best tuan, ada nak buat seminar ke hehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 20, 2014
Buat masa ni saya tak fikir saya tak kelayakkan...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.