Langkau ke kandungan utama

Seni Komen Bina Kredibiliti

Seni komen bantu bina kredibiliti - Pernahkah anda tahu bahawa dalam memberikan komen di blog orang lain perlu ada seni tertentu? Bukan setakat seni menulis entri, tetapi menulis komen juga memerlukan tatacara yang betul dan tidak disalahgunakan.

Mungkin pada blogger baru yang masih mencari tapak dalam dunia blog tidak ambil peduli tentang perkara ini. Mereka lebih suka sambil lewa, dan hanya tinggalkan komen untuk suka-suka. Tahukah bahawa dengan meninggalkan komen dengan betul, anda boleh menyerlahkan identiti anda sebagai seorang blogger yang ada kredibiliti?

Saya pernah berkata, komen yang agak keterlaluan boleh membunuh semangat berblogging. Saya pernah melihat ada blogger rasa kecewa kerana menerima berjujukan komen yang kasar, yang kurang membina, sehingga membuatkan blogger itu tidak lagi berkongsi sesuatu bermanfaat di alam maya.

Seni Komen Bina Kredibiliti Blogger

Cari Pasal Abaikan Tatacara Komen Blog
Dulu, mungkin boleh suka-suka tulis macam-macam dalam ruangan komen. Kini, silap komen, kena sumpah seranah ..uhh ... jangan main-main. Tapi itu taklah teruk sangat, Google sendiri ambil berat hal seni komen ini. Komen yang dofollow akan diberikan penarafan yang baik buat si pengomen, yang mungkin bantu pemilik blog itu meningkatkan PR (Pagerank) blog mereka.

Bila nak tinggalkan komen, paling perlu adalah sifat sabar dan kawal kemarahan ketika nak buat sesuatu komentar. Penting untuk menjadi pemberi komen yang sentiasa bersangka baik. Jangan terburu-buru tinggalkan komen selagi anda tidak hadam apa yang sedang dibicarakan.

Jika anda ikut perasaan, tak baca habis, suka melulu dan bertindak rakus, beginilah yang berlaku pada blogger ini - Terima Kad Kuning Kerana Komen Tak Berhemah. Sesal dahulu tiada gunanya, apa yang penting kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku, dan bertindak untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Anda patut baca apa yang telah disampaikan oleh blogger yang terima kad kuning kerana komen tak berhemahnya tu, banyak yang boleh anda pelajari!

Komen Pembaca ...

  1. Amir Aiman AkashahDisember 22, 2012

    btol apa yg bro HH kata kan.....seni.....hidup ini juga satu seni

    BalasPadam
  2. berfikir sebelum bertindak.. terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata punah binasa

    BalasPadam
  3. itu lah.. tapi sebenarnya perkara-perkara sebegitulah yang mematangkan seorang blogger.. daripada zero, seorang blogger itu akan belajar sikit demi sikit melalui pengalaman yang dilaluinya sendiri. :)

    BalasPadam
  4. Benar @google-b102a8784b6d515568951e1e289e58ae:disqus ... kalau kita tak lakukan kesilapan hasil dr usaha yg kita buat, kita takkan tahu

    BalasPadam
  5. Terlajak makan ... badan jadi tong dram .. hahahhaa

    BalasPadam
  6. Hidup memang penuh dengan seni, kena laluinya dgn hati2 .. tak boleh kasar2

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas petua diberi :)

    BalasPadam
  8. Salam Rakan Media,

    Sememangnya Blog anda punyai daya tarikan tersendiri dalam

    menyampaikan maklumat kepada rakan2 blogger dan media baru.

    Mohon jasa baik anda agar dapat menyenaraikan Laman Portal KLPOS dalam

    senarai (link) blog pilihan di blog anda.

    Hopefully dapat berkongsi maklumat terkini dan isu2 semasa menerusi

    laman portal KLPOS.

    TQ n Salam Persahabatan.

    http://klpos.com/

    KLPOS News Portal

    BalasPadam
  9. komen yg baik dan ada teguran yg membina utk empunya blogger mmg sgt bernilai.
    terasa entri kita dihargai.!!

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana menunjukkan minat pada blog yang tidak seberapa ini

    BalasPadam
  11. Betul. Tunjukkan bahawa blog kita dibaca dan difahami

    BalasPadam
  12. betol tu blogger baru memang pandang sambil lewa je bab-bab ni..kami baru lagi memang tak tahu menahu pasal seo dan lain-lain..terima kasih atas tips yang diberi.

    BalasPadam
  13. semoga menjadi panduan buat aku yang memang selalu juga berikan komen di blog-blog rakan

    BalasPadam
  14. bab ni menakutkan...tu sebab kalau mood tak bagus..saya arang nak blogwalking dan tinggalkan komen..takut tersilap komen

    BalasPadam
  15. Lepas ni ena kena perbaiki komen komen ena di blog orang lain. Kadang kala tak tahu nak komen macam mana. Nak luahkan tapi tak terluah luah. Terima kasih abang HH

    BalasPadam
  16. muhasabah diri pagi jumaat ni.

    BalasPadam
  17. komen = hak bersuara..kerana mulut badan binasa, jangan komen over ok..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.