Tips Komen Naikkan Google Pagerank

Ramai blogger yang tidak sedar bahawa teknik dan seni yang betul dalam penulisan komen di blog orang lain sebenarnya boleh memberikan kesan kepada penarafan Google Pagerank (PR). Google Pagerank adalah salah satu pilihan tanda aras sesebuah blog. Jika PR sebuah blog itu antara 3-6, ia sudah dianggap sangat bagus, dan jika lebih dari itu ... memang sangatlah awesome.

Buat masa ini, apa yang saya tahu, blog Malaysia yang mempunyai penarafan terbaik adalah blog Perdana Menteri Malaysia iaitu PR8 (pernah jadi PR10), dan kebanyakkan blog-blog popular seperti Fatin Liyana, Denaihati, AriffShah, Ben Ashaari, Dapur Tanpa Sempadan, Mialiana, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha dan beberapa lagi adalah PR3. Blog Amanz.com yang merupakan blog teknologi dan gadjet, setakat ini yang saya nampak berjaya lepasi mendapat PR4. Anda boleh periksa Google Pagerank blog anda seperti saya ceritakan di sini - Widget Google Pagerank untuk Blogspot

Kenapa saya highlight blog-blog di atas?

Ini adalah kerana ia merupakan tip komen nak naikkan Google Pagerank blog anda. Mengapa ia penting?
Tips Komen Naikkan Google Pagerank

Tips Tulis Komen Naikkan Google Pagerank

Pertama sekali ia akan memberikan kelebihan blog anda untuk berada di enjin carian. Blog yang mempunyai PR yang bagus akan diberikan keutamaan untuk berada di tempat terbaik di enjin carian terutama sekali Google.

PR yang bagus menunjukkan bahawa blog anda punyai Authority atau kebolehpercayaan. Atau dengan bahasa pasar, tak adalah nak menipu sangat, hampir semua yang diborak-borak dalam blog itu boleh dipercayai dan boleh dipakai ...:). Juga boleh dianggap bahawa blog itu mempunyai reputasi yang baik, dan entri-entri yang dihasilkan boleh dijadikan rujukan dan berkualiti.

PR selalu dianggap sebagai tanda aras kualiti sesebuah blog.

Jadi, untuk meningkatkan PR blog anda, saya mencadangkan dan tips kepada anda supaya banyakkan meninggalkan komen-komen terbaik (bukan SPAM) dalam blog-blog yang ada PR yang bagus. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang mengatakan, PR juga akan bertambah baik jika meninggalkan komen di blog-blog yang mempunyai PR setaraf, bergantung kepada jumlah komen berkualiti dan komen balas yang diterima.

Ada lagi satu aspek penting untuk anda meninggalkan komen pada satu-satu blog yang boleh pengaruhi PR blog anda, iaitu meninggalkan komen pada blog yang berikan DoFollow link, atau komen yang memberikan backlink.

Ramai blogger yang dah berada lama dalam dunia blog Malaysia lebih suka meninggalkan komen di blog yang membolehkan mereka mendapat backlink kepada blog mereka, salah satu sebabnya ialah supaya PR blog mereka dapat dipertingkatkan.

Semakin banyak backlink yang diberikan kepada blog anda, maka in Sha Allah, akan semakin baiklah tarafan PR blog anda.

Kesimpulan mudah untuk tips komen naikkan Google Pagerank ini:
  • Komen berkualiti di blog yang ada PR lebih baik atau setaraf.
  • Komen di blog yang berikan backlink DoFollow.

Ini adalah antara tips dan cara saya naikkan PR blog ini dari 0 menjadi 2 dengan cepat, dan kemudian menaikkan PR blog ini dari PR2 menjadi PR3. In Sha Allah, hujung tahun ini akan cuba capai PR4 untuk blog ini.

Oh ya, mungkin akan ada yang bertanya ... apa beza dengan Alexa Ranking pula? Ok, anda boleh baca di entri ini - Beza Google Pagerank dengan Aleza Rank

Semoga catatan berkaitan tips komen untuk naikan Google Pagerank ini akan bantu blog anda ke arah kualiti lebih baik, in Sha Allah ... jangan lupa kongsikan kepada yang lain ehh ....




{ 45 comments.. read them below or add one }

yangbaik yangbaik May 05, 2014
dalam erti kata lain... tinggal komen dalam blog ada PR tinggi dapat menaikkan imej kita dan dapat tumpang glamor PR blog ...
aRz MoHa aRz MoHa May 05, 2014
terima kasih atas tips Naikkan Google Pagerank yang berguna ini...
Hasheenabeevi Mohamed Attaullah Hasheenabeevi Mohamed Attaullah May 05, 2014
Terima kasih atas tip yang membina
Fiza Rahman Fiza Rahman May 05, 2014
Good tips. Thanks bro HH.
UpProfits UpProfits May 05, 2014
Bagus tips nih..lagi satu kalau nak komen, elakkan juga bahasa sms sebab google pun pening macam mana nak translate.. nak sedut DoFollow link blog HH nih sket.. ;-)
salmiah awang salmiah awang May 05, 2014
betul tu.pengaruh besar boleh saya dapat dari blog HH.
sYiRa LoKMaN sYiRa LoKMaN May 05, 2014
terbaik bro hh ^_^ tq
fyna fyna May 05, 2014
good luck. fyna pun nak mempertingkatkan juga kualiti blog sekarang ini.
Nao Mei Nao Mei May 05, 2014
Hanya tinggalkan komen
Wah tips yang menarik nie
Thank perkongsian
ZUKI DIN ZUKI DIN May 05, 2014
thanks for sharing this good information..
Muhammad Nasruddin Mustaffa Kamal Muhammad Nasruddin Mustaffa Kamal May 05, 2014
Bagus tips abang, saya harap saya boleh ada good PR sebab sekarang PR 0 ..huhu

http://www.kacamataview.com/
Ahmad Akmal Ahmad Akmal May 05, 2014
Terima kasih untuk tips yang baik ni. Terbaik
Hero Borneo Hero Borneo May 05, 2014
memang tidak dinafikan pihak Google sentiasa mementingkan kualiti dalam penulisan blog dan juga komen.
Saya kadang-kadang masih keliru bagaimana nak menghasilkan komen yang betu-betul berkualiti
Jia Rizaira Jia Rizaira May 05, 2014
Wah komen pun boleh menjadi penanda aras untuk menaikkan google pagerank...amat menarik
Wafi Remli Wafi Remli May 05, 2014
Jadinya, komen berkualiti kat blog ni pun boleh lah ye
husna zahidi husna zahidi May 05, 2014
menariknyaa.. mudah plak tu.. terima kasih HH..
kita pon kenalah tinggalkan komen yang bermanfaat rentetan dari pembacaan sesuatu blog tersebut..
Sylarius Yusof Sylarius Yusof May 05, 2014
Sometimes, komen yang berkualiti ni tak boleh disalah anggap dengan komen yang berjela-jela. Ada sesetengah orang suka hantar komen berjela-jela dah macam entri kat dalam blog. Haha
shahida rahim shahida rahim May 05, 2014
terima kasih tips yang sangat berguna.
Mas Zull Mas Zull May 05, 2014
assalamualaikum hh...menarik tips ni...
KelipKelip KelipKelip May 05, 2014
jarang blogger malaysia yg buat komen2 terbaik mungkin sebab tak faham apa fungsi komen, lepas baca entri ni barulah faham, kenalah tambah skill tulis komen sebab penting utk naikkan PR blog

bukan tulis entri blog saja perlu bersungguh2, nak tulis komen pun kena serius jugak
Brohantu Brohantu May 05, 2014
terima kasih atas perkongsian .. lepas ni kena blogwalking kerap la skit
Brohantu Brohantu May 05, 2014
Cuma nak tanya lebih lanjut komen dofollow dan nofollow blog
wahyu wahyu May 05, 2014
luar biasa tulisannya, salam kenal ya
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Ya betul tu ... jadi komenlah dengan sebijaknya ... jangan spam sudahlah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Terima kasih Fiza Rahman, harap ini dapat membantu memajukan lagi blog yang ditulis.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Terima kasih Syira ... in Sha Allah, lepas ni bolehlah apply bila nak komen.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Ya, buat blogwalking terpilih, lihat mana-mana entri yang boleh berikan impak pada blog, dan komenlah ... bukan semua entri itu ada kesan, kena lihat pada page authority gak .. hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Ok, nanti saya tunjuk ajar macamana ehh ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Hahaha itulah pasal, tapi boleh je apply satu teknik komen yang berjela ni .. nanti saya ceritakan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Ya, ada skill tertentu untuk memastikan ia berjaya.
Khir Khalid Khir Khalid May 06, 2014
Sgt membantu & bermanfaat info ni HH.. t kasih..
zool zool May 09, 2014
begitu rupanya.. harap2 PR boleh meningkat lepas komen kat sini
amir amir June 23, 2014
Thanks bro..baru tau skill seo ni
khairi khairi June 23, 2014
Tuan Hasrul..macam mana kita nak tahu backlink yg kita akan dapat dari sebuah blog tu Do Follow atau No Follow?

Ada apa-apa petua atau tips utk kenal pasti perkara tersebut?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 23, 2014
Saya pernah rasanya berikan caranya ..

Tak mengapa, paling mudah guna plugin untuk internet browser .. kalau Firefox .. tak silap dofollow apa ntah ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 23, 2014
Hahaha.. harapnya begitulah
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 23, 2014
Untuk tingkatkan PR ia ambil masa antara 6 bulan hinga setahun .. ia satu benda yang memerlukan proses jangka panjang ..
shahida rahim shahida rahim July 12, 2014
ok kena selalu komen dekat blog-blog..biasa jadi silent reader je..hihi
alam rizki alam rizki November 05, 2014
Good tips.I'm new follower
Admin Kereta Sewa Admin Kereta Sewa February 15, 2016
Assalamualaikum wbt.

Tuan sy nak tanya skit berkenaan komen dgn link ni. Kalu sy guna blogspot lepas tu skrg ni dia yg .com dah ditukar kepada .my .Jadi macam mana ya seo perlu kepada promote .com atau .my . Terima kasih tuan
Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 15, 2016
Secara amnya tidak perlu. Tapi ia akan jejaskan dari segi kebolehpercayaan sbb link dah banyak jadi broken dalam enjin carian.

Syor untuk buat dari A-Z untuk promosi semula. Atau kalau boleh buat fungsi redirect.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.