Datuk Abdul Aziz Sattar meninggal dunia. Al fatihah. Salam takziah buat keluarga pelakon veteran ini. Datuk Aziz Sattar atau lebih mesra dipanggil sebagai Pak Ajis merupakan seorang pelakon veteran yang disegani ramai. Pak Ajis telah meninggal dunia jam 2 pagi 6 Mei 2014 di Hospital Kajang kerana diserang sakit jantung. Pak Ajis meninggal dunia di usia 89 tahun.
Saya 'mengenali' Pak Ajis daripada banyak lakonan-lakonan yang mencuit hati dan menggembirakan saya di waktu kecil. Malah ada dialog yang dituturkannya menjadi ingatan sampai sekarang. Tentu ramai yang ingat dialog .."Akulah Raja Kapur .... " dalam filem Seniman Bujang Lapok, bersama dibintangi oleh Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee bersama Allahyarham Seniman S. Shamsudin.

Gambar Allahyarham Datuk Aziz Sattar Ketika Muda


Datuk Aziz Sattar Dalam Kenangan



Bujang Lapok adalah merupakan filem trademark bagi ketiga-tiga lagenda perfileman negara - Tan Sri P. Ramlee, S Shamsudin dan Datuk Aziz Sattar. Dalam rantaian filem ini menggunakan judul tagline Bujang Lapuk, mereka bertiga guna nama panggilan yang sama, iaitu Ramli, Sudin dan Ajis.

Dalam scene Pendekar Bujang Lapok, Pak Ajis hampir-hampir ditimpa besen besi.... Cobaannnn ...


Pak Ajis, P Ramlee dan S. Shamsudin telah pergi meninggalkan kita semua. Dalam suka duka mereka, bintang-bintang lagenda ini telah banyak menceriakan kehidupan. Dalam filem mereka terutama dalam edisi Bujang Lapuk, banyak makna tersurat dan tersirat telah disampaikan. Malah, ada bab-bab tertentu .... dialog serta scene dijadikan tujukan dan ikutan, malah ada yang menjadi trend sepanjang zaman.

Jika ditanya pada saya, babak mana paling best yang menjadi ingatan ...


Doakan segala kebaikan buat Allahyarham Pak Ajis, serta yang lain. Maafkan seandainya trio legenda hebat ini pernah mengusik jiwa terluka anda. Maafkan mereka andai ada pendapat yang mungkin berselisih dengan anda.


Al fatihah.


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. al-fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement