Cara Bina Backlinks Dengan Kata Kunci Menerusi Komen

Ramai yang sudah mengetahui bahawa untuk menjadikan sebuah entri itu ada kualitinya sendiri, kita sebagai blogger perlu dengan cermat membina backlinks berkualiti untuk entri tersebut. Antara cara tradisional old style ramai blogger lakukan membina backlinks ini ialah dengan meninggalkan komen di entri-entri yang ada kaitan dengan entri blog sendiri berdasarkan kata kunci (keyword) tertentu. Inilah cara paling jitu dan berkesan bina backlinks menerusi komen.

Cuma, ramai yang tidak tahu teknik untuk menulis komen di entri berkaitan (di blog lain) menggunakan kata kunci yang disasarkan bagi tujuan pembinaan backlinks ini.

Cara Bina Backlinks Dengan Kata Kunci Menerusi Komen

Cara bina backlinks dalam blogspot dengan komen

Mengapa penting bina backlinks?

Pertama sekali adalah untuk membolehkan enjin carian menganggap bahawa entri kita dengan kata kunci tertentu merupakan entri berkualiti dan selayaknya berada di tempat pertama atau halaman pertama enjin carian.

Sebagai contoh, kita ada entri mengenai Muslim Niaga Platform Dropship Produk Islamik. Kata kunci yang ingin anda jadikan sebagai rujukan ialah Muslim Niaga. Maka, anda perlu mencari atau mendapatkan entri-entri, artikel, rujukan yang menjurus kepada kata kunci serupa.

Cara untuk tulis komen dengan kata kunci Muslim Niaga contohnya adalah seperti ini:

Muslim Niaga ini memang baguslah untuk usahawan online. Mudah dan selamat. Saya ada bercerita di  -link entri anda- ....

Link entri itu pula mesti berformat begini:


Dan komen ini akan nampak seperti ini:

Muslim Niaga ini memang baguslah untuk usahawan online. Mudah dan selamat. Saya ada bercerita di Muslim Niaga Dropship Produk Islamik....

Kekangan Tertentu

Ada sedikit kekangan menggunakan teknik ini.

Pertamanya, cara ini hanya akan beri impak jika dan hanya jika anda meninggalkan komen di blog yang memberikan status dofollow pada komen yang ditinggalkan. Dan untuk blog blogspot, sistem komen secara automatik adalah nofollow, jadi tinggalkan komen seperti cara yang saya katakan tadi hanyalah satu kerja yang sia-sia.

Keduanya, bukan semua sistem komen yang ada di blog orang lain dengan kata kunci serupa akan berikan backlinks yang dikehendaki, ada yang akan detect sebagai SPAM yang memungkinkan entri anda diberikan penalti dan terus disenarai-hitam berada di enjin carian untuk kata kunci tersebut.

Ketiga, bukan semua kotak komen blogspot benarkan anda menulis komen seperti di atas.

Cuba tengok juga apa yang saya tulis di sini - Cara Tinggalkan Link pada Blogspot

Komen yang ditinggalkan juga melihat kepada Google PR sesebuah blog itu. Jika anda meninggalkan komen dengan kata kunci pada blog yang ada PR yang baik, yang juga guna kata kunci yang sama; maka kemungkinan tinggi entri anda juga akan dapat tempias yang baik.

Oleh itu, lebih sesuai mencari blog yang mengizinkan komen diberikan dofollow link dengan kata kunci tertentu, yang selalunya ada pada blog yang tidak menggunakan sistem komen blogspot tradisional (default).

Apa yang saya kongsikan ini adalah menerusi pengalaman saya yang tak seberapa, ada blogger yang mungkin mempunyai pendapat berbeza, dan saya sangat ingin mengetahui pendapat tersebut. Sila komen jika anda punyai idea lain yang lebih baik. In Sha Allah, akan lebih bermanfaat bersama.



{ 18 comments.. read them below or add one }

Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum February 20, 2014
salam singgah ptg
sory x leh nak komen banyak bz day
RDZ Z RDZ Z February 20, 2014
Thanks HH. Kita ada juga menulis tentang kepentingan komen dan backlink kualiti di : Penting Untuk Blog.

p/s; Try untuk mendapatasikan tutorial kat atas. Yang Blog dofolow tu baru tau tentang kelemahan Blogspot punya kotak komen. Tq ya!!
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin February 21, 2014
terima kasih diatas tips ini. insyaAllah, boleh cuba nanti.. :)
Has Jan Has Jan February 22, 2014
sedang dalam kelas Irfan Khairi sambil tu google terjumpa pula tajuk yang sama sedang di pelajari huhu memang berbaloi
Terima kasih info memang amat membantu assignment sy kali ini
www.brageniebra.com
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 24, 2014
Alhamdulillah .. terima kasih kembali ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 24, 2014
terima kasih kerana kongsi benda yang sama ...
RDZ Z RDZ Z February 26, 2014
Muslim Niaga konsep dropship yang menarik yang mengikut syariat. Semoga dapat sambutan dari pencinta business online. SEO Muslim Niaga
ieta mat Sa'ad ieta mat Sa'ad May 06, 2014
yeay... jadi... tapi Salah jadi Dalah. typo jer ngan h.phone nih. hihi
suhaili suhaili May 09, 2014
Terbaiklah tuan HasrulHassan, banyak saya belajar dari artikel di blog ini tuan dan terima kasih banyak-banyak tuan. Saya juga baru nak cuba cara ini di blog saya ni untuk artikel yang tak seberapa ni tuan Rujukan Pakar SEO Malaysia Blog WordPress Dot ComRujukan Pakar SEO Malaysia Blog WordPress Dot Com....
mjhaokson mjhaokson May 26, 2014
kalau taip pasal SEO je, mesti blog tuan masuk first page google. baguslah. tentang backlinks
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 26, 2014
Benar? Macam tak percaya pulak, sedangkan ramai je Pakar SEO Malaysia yang ada ... lebih hebat daripada saya
shahida rahim shahida rahim July 12, 2014
terbaiklah baru tahu..terima ksih

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.