Cari kelas online untuk belajar jual barang di Shopee? Hurmm ... sebenarnya ramai je usahawan online yang berjaya buat duit kaw-kaw di Shopee yang nak tunjuk ajar orang lain berniaga di Shopee. Tapi itulah, masa adalah emas buat mereka.

Mereka juga seperti peniaga lain, perlu uruskan kedai online Shopee mereka. Tapi, lain cerita dengan Puan Zarini, yang merupakan seorang surirumah yang pernah bermasalah dengan hutang sehingga setengah juta ringgit sebelum berjaya keluar dari kemelut hutang dengan menjual produk menerusi Shopee.

Belajar Berniaga di Shopee dengan Kelas Online Puan Zarini

Kelas Online Belajar Berniaga di Shopee

Puan Zarini adalah antara ramai seller di Shopee yang berjaya menjana jualan hingga 4-5 angka di Shopee. Dengan sebab berniaga di Shopee lah, surirumah ini berjaya melunaskan hutang yang banyak. Kisahnya ada diceritakan menerusi sebuah ebook penuh inspirasi yang dikongsikan sendiri oleh Puan Zarini. Jika ada yang nak baca dan dapatkan ebook ini, boleh terus klik di SINI.

Ramai surirumah yang ada kisah inspirasi seperti Puan Zarini ini. Saya memang tabik lah golongan surirumah yang berjaya bangkit daripada masalah seperti Puan Zarini ini. Dan Puan Zarini pun sedar, ada ramai lagi golongan surirumah termasuk ibu tunggal yang ingin mencari sumber pendapatan samada secara sampingan atau membantu keluarga keluar daripada masalah kewangan.


Puan Zarini Ingin Bantu Surirumah Lain Jana Pendapatan

Kerana kesedaran inilah dan dengan niat ingin membantu lebih ramai surirumah sepertinya berniaga online di Shopee; maka puan Zariani wujudkan sebuah kelas online untuk mengajar selain memberikan tips terbaik untuk melariskan kedai online Shopee. Kelas online ini dilakukan menerusi aplikasi Telegram.

Mungkin ada yang akan bertanya ...

"Dia ajar Free ke?"

Puan Zarini buat kelas online di Telegram di sebalik kesibukannya menguruskan jualan kedai Shopeenya sendiri. Pastinya ada nilai untuk masa yang diberikan, betul tak?

Menurut Puan Zarini, beliau hanya kenakan caj serendah RM99 sahaja yuran komitmen.

Caj yang sangat murah jika nak dibandingkan dengan harga seminar atau bengkel berkaitan Shopee ini. Apatah lagi ia dari pengalaman sebenar Puan Zarini yang telah berjaya menjana keuntungan berkali ganda berniaga di Shopee.

Boleh Tanya Pelbagai Soalan Berkaitan Masalah Nak Dapatkan Jualan di Shopee

Tentu seronok belajar dalam kelas seperti ini kerana anda boleh bertanya soalan dan terus dijawab oleh mereka yang berpengalaman, kan? Tak kira masa, tak perlu nak ke mana-mana. Sambil anda belek stok barang pun boleh lagi bertanya dan dapatkan ilmu fresh menerusi kelas online Puan Zarini. Dengan kata lain, anda ada rujukan bergerak yang sedia membantu.

"Power ke Puan Zarini ni nak ajar orang Shopee?"

Seperti saya katakan di awal tadi, ada ramai je seller Shopee yang hebat-hebat, malah ada yang lebih hebat pun dari Puan Zarini. Tetapi, bukan semua rela nak kongsikan rahsia berniaga di Shopee ini. Dan bukan semua ada masa nak wujudkan kelas online untuk ajar seller atau bakal seller Shopee ini. Apatah lagi, nanti mereka bakal menjadi pesaing di Shopee.

Okeh.

Cara Nak Import Barang dari China

Belajar Dari Priority Seller di Shopee

Puan Zarini bukan baru buat kedai online di Shopee. Beliau memang berpengalaman. Beliau sudah menjual puluhan ribu ringgit sebulan di Shopee. Samada anda percaya atau tidak, ramai pelajar beliau yang kini sudah mampu menjadi Preferred Seller manakala Puan Zarini sendiri telah mendapat tempat di Shopee sebagai Priority Seller.

Kelas Belajar Berniaga di Shopee

Aha .. ramai kot yang ada kedai online di Shopee yang masih tak tahu nak buat cara bagaimana nak dapatkan label sedemikian kan?

Malah, sangat ramai seller di Shopee yang hari ini buat kedai online, bulan depan dah krik krik ...tak ada peningkatan jualan, malah ada yang sudah tinggal nama kedai sahaja tanpa ada sebarang produk diletakkan atau dipromosikan. Sayang sungguh la.

Ramai Tak Tahu Guna Tools Pemasaran dalam Shopee

Walaupun Shopee menyediakan platform percuma untuk menjana pendapatan dengan menjual produk secara online, ramai yang ambil acuh tak acuh sahaja walhal dalam Shopee ada banyak cara untuk meningkatkan jualan.

Belajar Jual Barang di Shopee Online

Menerusi kelas Telegram Shopee Puan Zarini, anda boleh belajar dan ketahui bagaimana untuk lakukan. Memang tak rugilah dengan komitmen RM99 tersebut. Sekali bayar tetapi ilmu pasal Shopee akan dapat berterusan termasuklah beberapa tools baharu diperkenalkan Shopee.

"Macam mana nak masuk kelas Online Shopee Puan Zarini ni?"

Saya permudahkan untuk anda. Jika berminat nak belajar berniaga di Shopee menerusi kelas online Puan Zarini ....

Klik Sini dan buat pembayaran terus.

Selesai sahaja anda melakukan pembayaran untuk kelas Shopee Puan Zarini, anda akan dapat email pengesahan pembayaran.

Klik link diberikan untuk join kelas Shopee di Telegram.

Lepas tu, masuk ke kelas tersebuat secara terhormat dan automatik setelah masuk kelas tersebut .. sudah ada banyak nota dan pertanyaan seller lain yang telah dijawab oleh Puan Zarini.

Jangan risau. Bila dah join, apa yang tak tau, macam mana nak mula, macam mana nak buat itu ini mengenai Shopee, anda boleh tanya dalam Telegram tersebut... hatta benda yang simple seperti cara nak letakkan produk nak dijual atau cara nak tetapkan harga dan kos penghantaran. Semua akan diajar sehingga anda mampu lakukan tanpa sebarang masalah.

[Dah Baca?] Ketahui 3 Cara Buat Duit di Shopee, Dua Antaranya Tanpa Modal!

Okeh? Uhh mestilah ok .. apatah lagi dengan hanya RM99, banyak ilmu mahal boleh digunakan untuk naikkan kedai online Shopee anda.

Cuma nak ingatkan, caj Kelas Online Shopee Puan Zarini ini akan dinaikkan tidak lama lagi. Jika anda lambat, mungkin perlu bayar lebih mahal.

Untuk capai azam baru tahun depan buat duit online, jom cepat join kelas Online Shopee Puan Zarini ni. Recommended!

Klik sahaja butang di bawah ini untuk terus join:





Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement