Instagram saya memang sendu. Akaun instagram kedua yang saya buat ini memang tidak ramai pengikut, berbanding dengan akaun Instagram pertama saya yang telah saya padam. Semakan terkini mendapati akaun Instagram HasrulHassancom cuma ada 1389 followers sahaja, berbanding dengan akaun lama saya yang melebihi 12 ribu followers.

Saya padam akaun lama sebab saya rasakan pada waktu itu, terlalu banyak gambar yang saya fikir agak peribadi dikongsi di laman sosial tersebut. Jadi, jalan termudah saya ialah dengan padam terus akaun dan buat akaun Instagram baharu untuk profile sebagai seorang penulis blog sepenuh masa.

Terkejut Terima Puluhan Followers Baharu Dalam Instagram, Rupanya Fake Account

Fake Instagram Followers

Saya fikir, tentu rasa seronok andai ada ribuan, ratus ribu dan juta pengikut di laman sosial seperti Instagram. Kalau orang otak bisnes, ia satu kelebihan kerana boleh promosikan pelbagai produk dengan hanya perkongsian gambar di Instagram yang langsung dilihat ramai pengikut. Apatah lagi jika gambar yang dipersembahkan itu memang sedap mata memandang dan menarik perhatian.

Lagi-lagi sekarang di Instagram sudah ada beberapa ciri lain seperti Instagram Stories yang dapat memuatkan video pendek menarik.


Saya bukanlah pengguna Instagram yang tegar. Walaupun saya sering ambil gambar menerusi Realme 5Pro saya, tetapi ntah .. macam malas nak kongsi di Instagram. Jika anda tengok akaun saya, tentu rasa boring .. hahaha ... jadi, memang tak peliklah jika pengikut akaun Instagram saya tak bertambah-tambah. Tang tu je selepas beberapa bulan .. haha.

Peningkatan Followers Instagram Tak Diundang ..

Hurmm .. baru-baru ini, tetiba saya perasan ada peningkatan pengikut di Instagram.

Ia jadi satu kepelikan walhal saya dah lama tidak berkongsi gambar di Instagram. Uhh mana datangnya pengikut berderu-deru lak ni?

Jadi, saya pun buatlah semakan di ruangan followers di menu Instagram.

Fake Followers Instagram

Wow .. memang ramai 'wajah-wajah' baharu. Dan ... wajah-wajah ini memang mencurigakan. Tengok nama seketul-seketul pun macam .. ehh .. kenapa mereka ni leh follow pulak ni?

Saya tak ambil mana-mana servis yang menyediakan servis meningkatkan jumlah followers di Instagram. Saya juga tak gunakan teknik IG Kaboom atau gunakan panduan untuk buat IG Ads.


Jadi, memang peliklah bila ada peningkatan pengikut mendadak walaupun tak cecah ribu-ribuan. Uhh ... kalau ada penambahan 10-20 followers mendadak di Instagram di sebalik tiada posting baharu, tiada usaha nak promosi .. mesti ada yang tak kena.

Teknik Naikkan Followers

Untuk elakkan sesuatu yang buruk berlaku di kemudian hari, saya pun terus privatekan akaun Insta saya. Selepas itu, tiada lagi yang add sebagai follower. Fuh .. lega.

Sebelum tu, saya semak juga follower baharu tu. Yelah, mana tahu legit ke kan ... suka nak follow sebab saya kacak ... huhu. Tetapi itulah, tengok profil setiap followers baharu tu, semua mencurigakan. Jumlah posting pun standard 5-6 gambar. Dan gambar dalam tu pula ada yang dijadikan gambar profil di akaun insta follower yang baharu tu. Uhh mana saya tak syak ia adalah akaun fake Instagram.

Nah ... ni saya letak beberapa gambar followers baharu tu...

Fake Instagram Account - Followers

Nampak pelik tak? Aha ... kannn pelik tu ... lebih kurang sama je semua ... dem... sapalah punya kerja yang nak naikkan followers Instagram saya ni.

Terlibat Dengan Kes iShareFans ke?

Oh ya, buat yang mungkin syak ada kaitan dengan iShareFans tu ... sebenarnya tak. Kerana apa? Sebab penambahan fake followers ini berlaku selepas kes iShareFans tu terbongkar di media massa. Jadi, ia mesti dari sumber yang lain. Lagipun, semua fake followers ini guna nama bukan Malaysia. Tak sama atau tidak seiring dengan modus operandi iShareFans tu.

Sampai ke saat ini, saya tak pasti bagaimana akaun Instagram saya tu boleh dapat follower baharu yang sah bukan akaun sebenar.

Anda tahu sebabnya? Pernah ada pengalaman yang sama? Kongsikan di ruangan komen ya.

BTW, jika nak follow Instagram saya, silalah ke https://instagram.com/hasrulhassancom ya .. huhu

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Samalah, ramai betul yang guna akaun fake untuk follow kinah. Apa yang pasti kinah pun memang tak ambik sebarang servis naikkan follower ni

    ReplyDelete
  2. https://www.instagram.com/toughsurf/

    saya pun tak suka ramai follower. tapi kalau nak follow saya boleh je. he he.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement




Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement