Tidak dinafikan antara jalan mencari kekayaan adalah dengan berniaga sendiri. Kita telah tengok ramai yang mampu menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat kerana berniaga dengan menghasilkan produk dan jenama sendiri. Ramai jutawan di Malaysia merupakan founder produk jenama sendiri.

Pasti ramai tertanya-tanya, bagaimana mereka yang kaya raya ini boleh bermula sebagai seorang founder produk, dan menghasilkan produk dengan jenama sendiri? Mesti ada yang mahu mengikut jejak langkah mereka untuk memulakan perniagaan, terutama sekali perniagaan berkaitan kecantikan yang kekal menjadi antara produk laku keras di pasaran.

Rahsia dan Cara Menjadi founder Produk Jenama Sendiri

Cara Menjadi Founder Produk Jenama Sendiri

Antara rahsia besar untuk menjadi founder produk ialah dengan mendapatkan kilang yang mampu untuk memformulasikan serta menghasilkan produk yang diinginkan. Ramai yang tidk tahu bagaimana untuk mencari kilang atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan produk OEM (original equipment manufacturer) ini.

Sebenarnya ada banyak kilang yang menghasilkan produk OEM di Malaysia.

Hasilkan Produk Jenama Sendiri Menerusi Kilan OEM

Produk OEM? Apa maksud produk OEM? OEM adalah terma yang digunakan terhadap pengeluar produk tanpa jenama yang mengeluarkan produk dalam kuantiti yang besar dan banyak, kepada pengusaha lain yang tiada kilang, tetapi mempunyai jenama sendiri.


Aha .. inilah asas dan faktor utama untuk menjadi seorang product's founder atau owner. Teringin nak menjadi founder produk jenama sendiri, maka anda perlukan kilang atau syarikat pengeluar yang boleh mengeluarkan produk OEM ini. Ini adalah antara perkara utama yang harus difikirkan.

Namun, memilih kilang untuk hasilkan produk anda bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Anda kena pastikan bahawa kilang untuk hasilkan produk jenama anda mempunyai kelulusan dan menepati syarat-syarat pengeluaran dan pengilangan. Ini akan bakal membantu anda dalam memasarkan produk, terutama sekali produk-produk berkaitan kecantikan.

Contohnya, kilang OEM tersebut mestilah kilang pengeluaran yang ada sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ada sijil GMP (Good Manufacturing Practice), sijil halal dan sebagainya.

Dah Ada Produk Sendiri, Fikir Cara Untuk Promosi dan Pasarkan

Bila anda sudah mengetahui kilang mana yang mampu untuk menghasilkan produk jenama anda, maka langkah seterusnya ialah cara untuk memperkenal, mempromosi dan memasarkannya. Buat apa ada produk jenama sendiri tetapi kekal terperam di kilang pengeluaran atau tempat penyimpanan stok? betul tak?



Namun, sekarang zaman teknologi, anda boleh promosi dan pasarkan dengan mudah menerusi paltform percuma seperti laman sosial, Shopee atau Lazada mahupun menerusi laman web anda sendiri. Dan untungnya, anda boleh jimat kos dari segi tidak perlu menyewa kedai dan sebagainya. Anda boleh buat jual produk jenama anda sendiri hanya dari rumah sahaja!

Jenis Produk OEM

Rahsia Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri

Produk apa yang boleh anda buat di kilang OEM ini?

Ada banyak, antaranya ialah:

  1. Body Scrub
  2. Mascara Fiber
  3. Produk berasaskan madu
  4. Lipscrub
  5. Lipstick/lipmatte
  6. Syampu
  7. Body Care
  8. Sabun badan
  9. Femenine wash
  10. Losyen badan
  11. Gel mandian herba
  12. Serbuk mutiara
  13. Eyeliner
  14. Serum
  15. Foundation
  16. Blusher
  17. Slimming Soap
  18. Whitening soap 
  19. dan banyak lagi ....



Opps lupa, bagaimana pula jika anda baru nak bermula, iaitu masih lagi tiada jenama, masih lagi tak tahu produk apa yang nak dihasilkan?

Saya tahu ramai yang ada masalah-masalah yang saya sebutkan di atas, tetapi teringin nak menjadi founder produk jenama sendiri. Ramai yang pasang impian untuk menjadi kaya raya dan bergelar jutawan seperti Datuk Seri Vida, Datuk Alif Syukri, Datuk Alha Alfa, Puan Nur Amirah, Puan Syima Eima, Puan Aen Syahera dan banyak lagi, yang kebanyakkannya menjual dan memasarkan produk kecantikan atau kosmetik jenama sendiri.

Panduan Untuk Menjadi Pengasas dan Pemilik Produk Jenama Sendiri

Jika anda ZERO pengetahuan dan mempunyai hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri dengan menjadi founder produk terutama produk kosmetik, maka ..

Gunakan panduan yang telah disediakan oleh pengasas CoolHijab ini...

Panduan Cara Nak Jadi Pengasas Produk Jenama Sendiri

Di dalam panduan yang disediakan dalam bentuk ebook ini, anda bakal mengetahui banyak perkara mengenai selok-belok untuk menjadi founder dan pemilik produk jenama anda sendiri. Lengkap dari A- sampai Z. Lengkap dengan senarai kilan OEM. Lengkap dengan cara memasarkan produk dan sebagainya.



Merupakan ebook ilmu dan panduan untuk menjadi owner produk kosmetik
  • Dikongsikan tentang apa yang perlu anda buat sebelum membuat produk sendiri
  • Cara mendapatkan ilmu permulaan jualan sebelum menghasilkan produk sendiri
  • Mengajar produk bagaimana yang boleh dihasilkan
  • Berkongsi produk apa yang ada permintaan dipasaran
  • Langkah-langkah dari A hingga Z cara nak jadi owner produk kosmetik
  • Strategi nak buat orang beli produk yang baru dihasilkan
  • Sistem bagaimana digunakan untuk uruskan jualan, agent dan stockist

Ebook Panduan Jadi Pengasas Produk

Apabila anda selesai membaca panduan ini, anda bakal:
  • Mengetahui langkah-langkah untuk memulakan dan hasilkan produk jenama anda sendiri, sebelum pergi ke kilang OEM
  • Mengetahui tatacara dan langkah yang betul untuk hasilkan produk jenama sendiri dan memasarkannya
  • Menjimatkan wang anda dari rugi ribuan ringgit kerana salah atau tersilap langkah
  • Mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dalam menghasilkan produk jenama sendiri
  • Mengelakkan anda dari dikenakan tindakan undang-undang
  • Mengetahui jenis kilang-kilang yang sesuai buat produk yang anda inginkan, sesuai dengan jenama anda
  • Mengetahui dokumentasi yang biasa digunakan ketika menghasilkan produk jenama sendiri
  • Membantu dalam membuat keputusan produk apa yang boleh dibuat dan selamat
  • Mengetahui senarai kilang OEM yang terbaik untuk menghasilkan produk jenama anda




Gunakan panduan ini untuk mengejar impian dan cita-cita anda menjadi jutawan sepertimana jutawan-jutawan pemilik produk yang lain. Mereka juga bermula dari awal seperti apa yang akan anda belajar di dalam panduan ini. Tidak banyak bezanya. Modal juga boleh bermula dari kecil, apatah lagi dengan adanya pelbagai bantuan daripada kerajaan untuk usahawan kecil sederhana seperti anda.


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Good luck untuk mereka yang ambil keputusan nak jadi founder..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran besar ... tetapi cabaran inilah yang akan realisasikan impian yang besar. Besar periuk, besarlah keraknya .. ye tak? goodluck pada yang berimpian dan ambil langkah menjadi seorang founder produk .. asalkan jangan scam orang sudahlah

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle