Dah lama mengidam nak mempunyai sebuah sofa yang boleh bertukar menjadi katil. Akhirnya, isteri saya ambil keputusan membeli satu set sofa bed ini secara online di Shopee. Inilah kali pertama kami membeli sebuah sofa secara dalam talian.

Isteri saya beli set sofa bed warna merah yang cantik, selesa dengan harga yang cukup murah pada saya, iaitu hanya RM199. Penghantaran dilakukan oleh seller menggunakan perkhidmatan lori sendiri dengan caj penghantaran minima.

Pertama Kali Beli Sofa Bed Secara Online

Sofa Bed Cantik Beli Online di Shopee, Cuma Rm199

Awalnya kami agak ragu-ragu juga bila ambil keputusan untuk membeli sebuah sofa bed secara online. Tapi, memandangkan harganya yang mampu beli dan design pun boleh dikatakan elok, akhirnya kami beli menerusi Shopee.

Pada saya, dengan harga RM199 untuk sebuah sofa bed ... ia satu pembelian yang sangat berbaloi. Apatah lagi ia boleh menjalankan dua fungsi, sebagai tempat duduk dan juga sebagai sebuah katil yang boleh memuatkan seorang dewasa atau dua orang kanak-kanak. Lagipun, ia boleh menjimatkan ruang.

Di dalam Shopee, ada beberapa pilihan untuk dapatkan sofa bed cantik dengan harga murah. Rekaannya sama sahaja, simple.


Penghantaran sofa bed yang dibeli agak cepat juga, walaupun ambil masa lebih lama daripada pembelian yang lain. Maklumlah, ianya bukan benda kecil tetapi perabot, lagi-lagi penghantaran bukan menerusi syarikat penghantaran seperti Poslaju, DHL atau NinjaVan. Ia ambil masa tetapi pada saya, munasabah.

Berbaloi.

Did you know you can save more on Shoppee if you visit Saleduck Malaysia? They feature exclusive promotions and discount codes daily

Walaupun ia merupakan sofa bed yang jenis Do It Yourself (DIY), tak susah pun nak buat. Alhamdulillah, dengan bantuan anak-anak, sofa bed yang siap lengkap dipasang kami letakkan di ruang tamu.

Sofa Bed

Memang cantik. Sesuai dipadankan dengan karpet gebu yang saya beli ... juga menerusi Shopee.

[Dah Baca] Comelnya Meja Sisi Beli Online di Shopee

Sekarang, angan-angan sebelumnya untuk memiliki sebuah sofa bed tercapai. Beli pula dengan harga cukup murah, lebih murah dari apa yang ada dijual di kedai perabot. Susah nak dapat harga Rm199 untuk sebuah sofa bed, apatah lagi bila nak memadannya dengan kualiti yang baik.

Beli Online - Mudah dan Murah

Jika anda ada rasa nak beli sebuah sofa bed dengan harga murah, bolehlah cuba dapatkan di Shopee. Ada beberapa kedai Shopee yang jual sofa bed seperti yang kami dah beli ini, boleh rujuk link disediakan di bawah ini:

Sofa Bed Murah Beli di Shopee



Beli Online Sofa Bed Murah dan Cantik


Lowest Price Sofa Bed

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Waaa... memang cantik dan berbaloi-baloi tak rugi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pandai deko, benda murah pun leh nampak mahal kan?

      Delete
  2. Nak ushalah kat shopee ada tak warna hitam he he he

    ReplyDelete
  3. mmg tengg mencari sofa bad ni,,,wuu..tapi rumah xcukup space..ade yg lebih kecil sikit..mahal sangt la pulak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle