Gambar Jutawan Kosmetik dan Pengasas Syahera Beauty. Adakah anda kenal dengan wanita bernama Aen Syahera? Lihat gambar di bawah, cantik? Beliau adalah pengasas produk kosmetik Syahera Beauty berasal dari negeri Kelantan. Gambar Aen Syahera pernah tular dan menjadi bualan apabila dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon popular.

Aen Syahera pernah dinobatkan sebagai Ikon Festival Wanita Muda 2016 atas kejayaannya dalam industri berkaitan wanita. Antara produk yang dikeluarkan oleh Syahera Beauty terdiri dari Luxury Gold, NAS Syahera Beauty, Mixfruit Luxury, Curve Exclusive, Cream Whiterich. Beliau juga mempunyai jenama tudung sendiri iaitu Syahera Scarf.

Gambar Aen Syahera, Jutawan Kosmetik Muda Dari Kelantan

Gambar Aen Syahera, Jutawan Kosmetik Muda Dari Kelantan

Aen Syahera
merupakan antara ramai pengasas produk kosmetik dari Kelantan yang boleh dianggap sebagai jutawan. Masih single berusia 27 tahun (2020) sehingga post ini diterbitkan, dan pernah mempunyai sebuah blog peribadi, menampilkan gambar kekasih hati waktu remaja dulu.

Gambar wajah Aen Syahera zaman remaja tak sama dengan wajah cantik jelita yang anda lihat sekarang. Dulu, kulit wajah Aen nampak kusam dan kelam, malah sentiasa menjadi ejekan sewaktu remaja.

[Dah Baca?] Ketahui Cara Nak Menjadi Pengasas Produk Sendiri

Ada diceritakan yang pengasas produk kosmetik ini pernah terfikir untuk mengambil nyawa sendiri namun niatnya itu tidak diteruskan. Malah, beliau berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya boleh kelihatan cantik dan jelita, dan sekaligus memadam segala ejekan yang pernah diterima.

Usaha dan pengalaman lampau beliau ini telah menjadi sumber inspirasi kebanyakan orang, terutama mereka yang merasakan diri mereka kurang cantik, dan sering diperlekeh dan diperkecilkan orang lain. Aen Syahera membuktikan bahawa kecantikan itu boleh dicapai jika rajin berusaha.

Biodata Ringkas Aen Syahera

  • Nama Penuh: Nurulain Syahirah Binti Mat Hasmuni
  • Asal: Rantau Panjang, Kelantan
  • Tarikh Lahir: 9 Disember 1993
  • Umur: 27 Tahun (2020)
  • Pendidikan: Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam

Fakta Menarik

  1. Aen Syahera memulakan bidang perniagaan dengan menjadi seorang ejen dropship, seterusnya stokis dan akhirnya menjadi pengasas produk kosmetik Syahera Beauty.
  2. Syahera Beauty diasaskan oleh Aen di usia 24 tahun.
  3. Nama dan gambar Aen Syahera mula dikenali ramai apabila muncul dalam video viral bersama Youtuber popular, Syahmi Syazli.
  4. Pernah digelar ‘Gadis Kampung’ suatu ketika dahulu dan sehinggalah produk kosmetiknya menjadi laris serta mendapat liputan di radio THR Gegar dan Majalah Mingguan Wanita.
  5. Aen Syahera pernah disaman oleh polis kerana menunggang motorsikal tanpa lesen. Ketika itu, beliau sedang menghantar produk ke pelanggannya secara 'cash-on-delivery'.

Betulkah wanita bernama Aen Syahera ini cantik sepertimana gambar pengasas produk kecantikan yang lain? Dan seperti kelaziman, Aen Syahera juga berjaya melariskan produknya hanya bermodalkan gambar dirinya di laman sosial.
Aen Syahera pengasas produk kosmetik dari Kelantan jutawan
Aen Syahera, Jutawan Kosmetik Dari Kelantan
Aen Syahera, Jutawan Kosmetik Dari Kelantan

Kredit: Instagram Aen Syahera
Cover Web Ebook Jutawan Kelantan



Terbaru Lebih lama
PENAFIAN (DISCLAIMER)

Konten ini adalah pendapat serta perkongsian peribadi penerbit berdasarkan pengetahuan, pengalaman, serta dari sumber dipercayai. Sebarang persamaan mahupun percanggahan adalah secara kebetulan.

Sila rujuk Disclaimer untuk penafian penuh.