Menerusi KitaPrihatin ini, salah satu yang mendapat perhatian rakyat adalah pemberian Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) 2.0. BPN ini akan membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat, membabitkan B40 dan M40.
Permohonan Baharu dan Tarikh Buat Semakan Penerimaan BPN 2.0 KitaPrihatin
BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 dalam usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan kepada pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang telah diluluskan sebelum ini. Namun, ianya dijangka akan dimanfaatkan oleh lebih ramai rakyat apabila permohonan baharu untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuka mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.
Permohonan baharu BPN 2.0 selama sebulan dijangka akan dapat membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dan yang baharu menerima tempias kesan global pandemik Covid-19 ini.
Jadual Fasa Bayaran BPN 2.0 KitaPrihatin
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021. Jumlah bayaran untuk setiap isi rumah yang layak bagi BPN 2.0 adalah seperti jadual di bawah ini:Pembayaran BPN 2.0 akan dibuat mengikut fasa bayaran berikut:
- Fasa Pertama –penghujung Oktober 2020
- Fasa Kedua –Januari 2021
Kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini, iaitu samada terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dalam database BPN atau menerusi tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional buat mereka yang tiada akaun bank atau gagal kredit ke akaun bank.
Bagi penerima yang berada di kawasan pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak, kaedah pembayaran yang tiada akaun bank akan bermula pada bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat adalah secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
Kemaskini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
Semakan Penerima BPN 2.0
Semakan untuk yang layak menerima BPN 2.0 boleh dibuat di laman web BPN (https://bpn.hasil.gov.my) mulai 15 Oktober 2020.
Jumlah bayaran diterima untuk kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.
Pendaftaran Baharu BPN 2.0
Pendaftaran untuk permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020, menerusi online di laman web BPN 2.0.Siapakah yang layak membuat permohonan baharu untuk BPN 2.0?
Pemohon yang layak membuat permohonan baharu BPN 2.0 adalah bukan penerima BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Kategori BPN 2.0 B40
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak;dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Balu/Janda/Duda ang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Kategori BPN 2.0 M40
- Isi Rumah
- Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak;dan
- Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000
- Bujang
- Bujang atau Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
- Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000.
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
-
Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa BPN 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi BPN 2.0?
Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. - Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan. - Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu/bapa tunggal?
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu/bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan. - Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan baharu BPN 2.0 dibuka, adakah saya layak memohon?
Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah. - Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima BPN 2.0?
Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima BPN 2.0.
Amnya permohonan baharu ini boleh dibuat jika menepati syarat-syarat dan kelayakan penerima BPN 2.0. Ia juga berkaitan dengan kes-kes seperti dipaparkan di bawah:
Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.