Tetiba sahaja saya jadi obses dengan karpet Tatami ni. Pantang nampak ada jual online, lepas tu corak cantik, nampak gebu .. saya terus nak tengok. Jika kena dengan harga jualan, saya terus masukkan dalam add-to-cart.

Di beberapa laman web shopping online macam Lazada dan juga Shopee, memang banyak penjual yang menjual karpet gebu dan cantik jenis Tatami ni. Harga pula jauh lebih murah daripada karpet gebu Tatami yang dijual di kedai biasa.

Beli Karpet Tatami Gebu dan Cantik Harga Murah Secara Online

Karpet Tatami Gebu dan Cantik Harga Murah Secara Online
Sejak isteri saya beli karpet Tatami warna merah sebagai 'lapik' untuk sejadah gebu ... saya tetiba jadi minat nak dapatkan karpet yang sama .. tetapi dengan saiz yang lebih besar. Tujuannya adalah untuk menggantikan karpet di ruang tamu ... nak-nak lagi bila dah dekat nak raya hari tu.

Karpet yang dijual online memang jauh lebih murah, malah saya dapati harganya adalah dua kali ganda lebih murah daripada apa dijual di kedai.


Karpet Murah Dua Kali Ganda

Hari tu, saya tengok untuk karpet Tatami gebu tebal saiz sederhana, di kedai ia dijual dengan harga RM75. Tetapi, bila saya tengok di laman web shopping online Shopee, karpet corak yang sama boleh dibeli dengan separuh harga.

Mungkin ketebalannya tu tak berapa nak pasti. Tapi ada je yang berikan saiz ketebalan karpet gebu tu sebagai rujukan para pembeli. Saya rasa cukup tebal kot sebab ada yang tulis lebih 2cm. Bagi saya, kalau ketebalan karpet tu ... 2-3cm .. memang cukup teballah.

Nak pastikan ... kenalah beli. Cuba tengok di Shopee!

Puas Hati Beli Karpet Gebu Online - Cantik dan Murah

Alhamdulillah, saya dah beli. Bukan satu, bukan dua .. tetapi 4 karpet Tatami yang bercorak cantik menarik .. hati pasti tertawan buat siapa yang melihatnya. Tu baru lihat, belum lagi rasa betapa lembut, gebu dan tebal karpet yang telah saya beli.

Karpet Tatami Gebu dan Cantik Harga Murah Secara Online
Karpet Tatami Gebu Harga Murah
Serius. Memang puas hati.

Paling puas hati adalah kerana harganya tu cukup murah. Memang betul, karpet Tatami gebu yang dijual secara online terutama di Shopee adalah jauh ... jauh lebih murah daripada apa yang dijual di kedai.

Corak Pelbagai Warna Terang Cantik

Corak pun banyak, tidak menghampakan. Saya beli karpet gebu ni dalam beberapa saiz. Semuanya untuk disesuaikan dengan ruang-ruang yang ada di dalam rumah yang tak berapa nak besar ni. Alhamdulillah, semuanya fit dengan cantik.

Saya beli secara online di Shopee. Bungkusan dibungkus dengan baik. Penghantaran agak cepat menggunakan PosLaju.

Karpet Murah


Saya ada kongsikan gambar karpet Tatami pertama saya beli di Facebook personal saya ... ramai yang teringin nak tahu kat mana saya beli....huhu.. ... sah apa yang saya beli tu memang cantik dan menarik ramai orang.

Karpet Murah dan Cantik Beli di Shopee
Karpet bersaiz S itu saya letakkan di ruangan 'kerja' saya, selepas saya beli komputer gaming saya sendiri yang lengkap dengan LED RGB warna merah .. jadi memang nampak padan secocok la .. huhu. Tak sia-sia baca ebook pasal dekorasi bajet tu ..hahaha...


Tips Beli Karpet Gebu Secara Online

Kalau anda rasa teringin nak dapatkan karpet murah jenis Tatami yang gebu, tebal dan ada banyak corak menarik, bolehlah tengok kat laman web shopping online seperti Lazada dan juga Shopee.

Masuk je dalam web tu, pastu tulis 'karpet tatami' dan klik butang search. In Sha Allah, anda akan dapat banyak pilihan menarik dari pelbagai penjual di situ. Baca deskripsi betul-betul terutama dari segi saiz karpet.

Jika penjual cuma tulis saiz am macam S, M, L, XL ... ringangkan jari untuk bertanya di ruangan chat disediakan. Tanya je .. bukan kena duit pun. Biar pasti saiz yang ada dan yang anda inginkan. Sebab ... kadangkala saiz tulis L .. tetapi rupanya .... tak sebesar mana pun.

Bandingkan juga harga yang dijual - termasuk kos penghantaran. Biar berbaloi-baloi.

Namun, saya dapat sahkan harga karpet gebu yang dijual di laman web shopping online memang jauh lebih murah - berdasarkan pengalaman sayalah. In Sha Allah, jika ikuti tips saya di atas tu ... anda boleh elakkan daripada penjual scammer ... huhu.

Erkkk tengok gambar karpet gebu murah yang saya beli tu ... cantik tak?

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement