Anak anda terlibat tak dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2020? Dah semak jadual terkini dan terbaharu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)? Jadual terbaharu ini dikeluarkan oleh KKM berdasarkan situasi semasa penularan wabak Covid-19.

Bagi anak-anak yang terlibat dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), seperti anak saya, mereka dikira bertuah kerana peperiksaan utama untuk murid sekolah rendah ini telah dimuktamadkan oleh KKM untuk dibatalkan. Berbeza dengan SPM yang merupakan antara keperluan utama untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Takwim Jadual Terbaharu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020

 
Pihak KPM telah melakukan perubahan besar kepada jadual atau takwim peperiksaan SPM untuk calon tahun 2020.

Untuk SPM tahun 2020, peperiksaan ini telah ditunda ke tahun 2021. SPM untuk calon tahun 2020 akan memulakan peperiksaan bertulis pada 6 Januari 2021 (Rabu) dengan subjek Bahasa Melayu kertas 1 dan Bahasa Melayu kertas 2.

SPM 2020 akan berakhir dengan kertas terakhir pada 9 Februari 2021 (Selasa) dengan subjek Tasawwur Islam kertas 1 dan kertas 2 serta Sains Komputer.


Jadual SPM 2020 Pindaan Terkini KPM

Untuk jadual penuh, saya sertakan dalam bentuk fail pdf di bawah:


Jadual di atas disediakan dalam bentuk pdf, anda boleh muat-turun dan cetak sebagai rujukan bagi keperuluan calon SPM 2020. Jika anda memerlukan lebih info mengenai peraturan SPM terkini untuk calon 2020, boleh rujuk pada dokumentasi disediakan oleh Kementerian menerusi pautan ini - Info dan Jadual SPM 2020 KPM


Mengikut jadual asal, SPM sepatutnya dijalankan antara 16 November hingga 7 Disember 2020 tetapi ditangguhkan untuk memberi lebih banyak masa kepada pelajar selepas sekolah ditutup, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, penggunaan beberapa sekolah menengah sebagai pusat peperiksaan juga mengakibatkan perubahan tarikh pembukaan sesi 2021.

Selain jadual SPM 2020 yang mengalami perubahan besar, peperiksaan utama lain juga ada perubahan:

  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ujian lisan Bahasa Melayu (BM) akan diadakan pada 16 November 2020 hingga 16 Januari 2021, ujian bertulis BM pada 6 Januari 2021, manakala Sejarah 1251 pada 7 Januari 2021.
  • Ujian bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula diadakan pada 17, 18 dan 22 hingga 25 Februari 2021.
  • Bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Kohort 2020, peperiksaan Semester 2 akan berlangsung pada 12, 13 17 dan 18 Ogos 2020 dan Semester 3 akan berlangsung pada 1, 2, 3, 8 dan 9 Mac 2021.

Peperiksaan UPSR dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun 2020 dibatalkan.

Semoga info ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kongsikan kepada ibu bapa atau anak yang bakal mengambil exam SPM, SVM. STAM dan STPM 2020. Biar tahu jangan keliru .. okeh!

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mujur tak terlibat memang dah lost track langsung huhuuhuhu...
    Semoga di permudahkan buat ibu bapa yang terlibat.

    ReplyDelete
  2. mencabar calon2 spm tahun ni. good luck semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement