Zaman sekarang, sama je macam zaman dulu ... erkk .. pendidikan adalah mahal. Kos pendidikan dalam peringkat tertentu memang memerlukan kos yang tinggi, paling dirasai ialah golongan yang kurang berkemampuan. Mahu tidak mahu, mesti mencari bantuan kewangan untuk sambung atau kekal dalam pembelajaran.

Di mana-mana dalam dunia kos untuk belajar memang tinggi, cuma mungkin ada negara-negara tertentu yang titik-beratkan pendidikan lebih dari segalanya, maka kerajaannya support 100% sehingga menampung kos yang terlibat. Untung penduduk dan rakyat negara tersebut, kerana tidak perlu risau mengenai kos yang perlu mereka tanggung untuk pembelajaran dan pendidikan.

8 Tips Untuk Memohon Biasiswa Sambung Belajar ke IPT

Tips Memohon Biasiswa Sambung Belajar IPT
Tips Memohon Biasiswa Sambung Belajar IPT

  • [col]
    • Di Malaysia, kos dalam bidang pendidikan ini boleh dikatakan agak tinggi. Walaupun ianya telah disubsidikan dalam beberapa cabang pendidikan tersebut oleh kerajaan, namun masih ramai rakyat di negara ini yang belum mampu untuk membiayai sendiri.Usah risau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
    • Kita masih bernasib baik kerana ada banyak badan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang ingin bantu meringankan beban. Ada skim-skim tertentu untuk bantu mereka yang kurang mampu untuk biayai kos pendidikan ini. Antaranya ialah pinjaman pendidikan dan juga biasiswa. Ada juga bantuan dinamakan dermasiswa, serta bantuan awal pendidikan.


In Sha Allah, dalam post kali ini, saya akan kongsikan beberapa tips tentang bagaimana nak memohon biasiswa, terutama untuk mereka yang mahu menyambung pelajaran dan pendidikan ke peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi.

Lakukan Kajian

Laburkan sedikit masa untuk lakukan kajian kerana terdapat pelbagai institusi sama ada institusi kerajaan atau pun swasta yang menawarkan pelbagai jenis bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa, pinjaman atau pun biasiswa.

Anda boleh layari beberapa laman web samada laman web rasmi mahupun laman web bebas untuk mengetahui informasi dan perkembangan terkini tentang sebarang maklumat biasiswa daripada pelbagai institusi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sime Darby, Petronas, Yayasan Daya Diri dan banyak lagi!

Gunakan kata kunci carian - "Biasiswa Tahun ....." atau "Biasiswa <Nama Badan>" untuk dapatkan info ini menerusi Google, contohnya ... "Biasiswa Lepasan SPM Tahun 2017" atau "Biasiswa Petronas"

Anda perlu lihat kriteria yang diperlukan. Perhatikan mengenai kategori biasiswa. Info penting tentang tempat belajar (dalam/luar negara), tempoh dan liputan tajaan biasiswa (kos kursus, tempat tinggal, elaun sara diri) adalah penting untuk anda sedia maklum. Senaraikan semua maklumat ini dan fokuskan yang menepati ciri-ciri kelayakan dan jurusan yang diambil sahaja.

Pohon Spesifik atau Kesemuanya?


  • [col]
    • Pepatah lama mengatakan 'sediakan payung sebelum hujan', maka sebaik-baiknya, bautlah permohonan biasiswa ini daripada tiga institusi yang berbeza. Jadikan salah satu daripada permohonan tersebut sebagai fokus utama dan dua permohonan lagi sebagai pelan sandaran.
    • Tiga permohonan rasanya sudah memadai tapi kalau nak mohon lebih daripada tiga pun tidak menjadi masalah, cuma kena betul-betul mendalami informasi kesemua biasiswa yang dipohon, takut tak fokus semua, jadilah macam 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Nak macam tu?

Gred Atau Keputusan Peperiksaan Yang Baik

Ini adalah amat penting, yang terpenting antara yang penting. Hampir kesemua penawaran biasiswa akan mengenakan syarat memerlukan gred yang baik atau sangat baik. Selalunya, penawaran yang memberikan jumlah biasiswa yang tinggi akan memerlukan anda memberikan gred atau keputusan peperiksaan yang sangat cemerlang.

Oh kena juga ambil ingatan, biasiswa boleh ditarik balik pada bila-bila masa andai keputusan anda tidak bagus. Sama ada lepasan SPM atau pun yang sudah belajar di universiti, mesti pastikan setiap peperiksaan dan ujian mendapat keputusan yang bagus. Paling tidak, anda wajib kekalkan gred yang baik untuk berikan sebab mengapa biasiswa ini adalah wajar diberikan kepada anda.

Biasiswa yang menggunakan gred SPM, biasiswa begini biasanya boleh dipohon selepas pemohon mendapat tawaran universiti. Ada biasiswa yang mahu melihat dahulu prestasi gred di universiti, biasiswa begini biasanya hanya boleh dipohon setelah sekurang-kurangnya satu semester selepas belajar di universiti.

Penglibatan dalam Aktiviti Kurikulum Tambahan

Penglibatan dalam aktiviti seperti kerja-kerja sukarelawan, program pertukaran, kepimpinan dan pelbagai lagi aktiviti kurikulum tambahan adalah satu merit dalam permohonan dan pemberian biasiswa. Apatah lagi seandainya kerja-kerja atau aktiviti kurikulum tambahan ini ada kena mengena dengan misi dan visi sesebuah badan yang memberikan biasiswa.

Gred bagus tetapi tiada penglibatan dalam aktiviti luar, bukan jaminan biasiswa akan diberikan.

Resume dan Penyata Tujuan

Sesetengah penawaran biasiswa, meletakkan syarat untuk menyertakan resume sebagai memudahkan proses penyaringan. Sekiranya diperlukan, maka letakkan kreativiti dan kecerdasan anda, serta berikan satu ringkasan tentang kelebihan dan kekuatan yang boleh menonjolkan siapa diri anda.

Selain itu, ada penawaran biasiswa yang mensyaratkan anda untuk menulis satu penyata tujuan. Ia adalah untuk menilai pengetahuan, semangat kecintaan (passion) dan keikhlasan anda. Dalam penyata tujuan, anda diminta untuk mengupas pelbagai topik daripada pengetahuan umum sehinggalah ke isu-isu semasa.

Antara topik yang biasanya ditanyakan adalah 'mengapa anda memilih jurusan tersebut' atau 'bagaimana jurusan yang dipelajari dapat dimanfaatkan kepada organisasi'.

Bersedia untuk Temuduga

Tips Temuduga Untuk Dapatkan Biasiswa Sambung Belajar
Bukan mudah sesebuah badan atau organisasi nak memberikan biasiswa tanpa memastikan samada anda benar-benar layak. Seringkali, menjadi satu kaedah untuk pihak berkenaan untuk melakukan saringan seterusnya.

Selepas menerima kertas permohonan, untuk peringkat seterusnya biasanya anda akan dipanggil untuk sesi temuduga. Tiada banyak perbezaan pun antara sebuah temuduga kerja dengan temuduga biasiswa ni. Tujuannya kekal sama - iaitu mencari dan menilai ciri-ciri pemohon dengan lebih teliti.

Kebiasaanya dalam temuduga biasiswa ni, anda akan diminta secara ringkas untuk menerangkan latar belakang, cabaran dan penyelesaian situasi serta diminta untuk kongsikan pengalaman hidup.

Aha .. jadinya, anda kena betul-betul perah otak untuk fikirkan pengalaman hidup dan cari cara terbaik untuk persembahkan pengalaman tersebut. Teknik terbaik adalah dengan hanya menjadi diri sendiri dan jujur. Jangan bercerita dengan nada bangga atau angkuh. Be humble.

Selain itu, kena perkasakan diri dengan ilmu. Selain pengetahuan umum dan isu-isu semasa, biasanya anda akan diajukan soalan berkenaan institusi yang menganugerahkan biasiswa tu.

Contohnya jika dapat temuduga biasiswa TNB, jadi, lengkapkan diri dengan ilmu tentang apa bisnes TNB, sejarah, ahli lembaga pengarah, isu semasa berkaitan TNB dan sebagainya.

Gagal? Jangan Berputus Asa, Teruskan Mencari!

Gagal Dapatkan Biasiswa?
Persaingan memang tinggi. Setiap tahun ramai yang memohon untuk mendapatkan biasiswa. Kadang tu, yang berkemampuan pun ada yang berlumba untuk memohon biasiswa ini. Kuota pemberian biasiswa pula adalah kecil. Ya, hanya sebahagian sahaja yang akan terpilih dan berjaya.

Jika anda gagal dalam permohonan, nasihat saya cuma satu, gagal dapatkan biasiswa bukan bermakna gagal dalam kehidupan. Anda mungkin akan diberikan peluang lain nanti.

Ya, peluang sentiasa ada, jangan berputus asa dan teruskan mencari! Ada yang berjaya semasa memohon di semester yang pertama, ada yang berjaya semasa memohon pada tahun yang kedua.

Tukarkan Pinjaman kepada Biasiswa!

Akhirnya kalau tidak berjaya dan biasanya, pelajar akan memohon pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tapi 'setiap perkara ada hikmahnya', apa kata anda teruskan pembelajaran dengan tekun dan dapatkan keputusan yang terbaik.

Maksud terbaik disini, adalah mencapai sekurang-kurangnya kepujian kelas pertama, sebab nanti anda boleh dapatkan pengecualian pembayaran balik pinjaman PTPTN sekiranya berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama. Tak percaya? Boleh semak web PTPTN.

8 Tips Untuk Memohon Biasiswa Sambung Belajar ke IPT
Tanpa bantuan kewangan yang kukuh, kehidupan sebagai seorang pelajar universiti memang mencabar. Selain biasiswa, ada juga teknik lain untuk dapatkan kewangan untuk tampung kehidupan di universiti, seperti pinjaman yang disediakan oleh pihak PTPTN ini.

Jangan susah hati ya. Niatkan dalam diri untuk belajar sehabis baik. Mungkin permulaan, anda perlu berusaha keras dalam proses menampung kos pembelajaran dan pendidikan. Anda mungkin kena cari kerja sampingan, seperti menerusi Jobdirumah. Dengan platform online, ada banyak cara untuk mendapatkan dana pendidikan diri sendiri, yang penting kena usaha.

Semoga ada manfaat.

Artikel asal - Jobkartel

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Semoga ramai pelajar akan baca tips memohon biasiswa ni untuk dapatkan biaya sambung belajar.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement