Sila nyahaktif atau buang aplikasi MyCar! Ini saranan daripada pembangun aplikasi e-hailing kedua terbesar di Malaysia ini. Pengguna-pengguna aplikasi MyCar yang lama diminta untuk uninstall aplikasi tersebut dan memuat-turun aplikasi baharu dikenali sebagai MyCar SuperApp berkuat-kuasa serta-merta.

Saya difahamkan aplikasi baharu ini dikenali sebagai MyCar SuperApp menawarkan pelbagai keistimewaan kepada penggunanya. Aplikasi yang menggantikan MyCar ini telah ditambah dengan tiga lagi servis baharu iaitu khidmat pembelian makanan, khidmat penghantaran barang serta membeli-belah.

MyCar Kini Dikenali Sebagai MyCar SuperApp

Ganti MyCar ke MyCar SuperApp 

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCar SuperApp, Mohd Noah Maideen, pengguna hanya boleh menggunakan aplikasi baharu ini dengan memadam aplikasi lama MyCar sebelum memuat turun aplikasi baharu MyCar SuperApp di platform Google Play atau App Store.

Versi lama MyCar sudah dinyahaktifkan, dan pengguna tidak boleh lagi menggunakan aplikasi tersebut.

Saya difahamkan ramai pengguna MyCar termasuk pemandu-pemandu syarikat e-hailing ini yang tidak mengetahui mengenai penghijarhan aplikasi ini. Malah, ada yang masih cuba untuk menggunakan aplikasi lama MyCar yang kini sudah dinyahaktifkan oleh pihak pengendali.

[Dah Baca?] Cara Nak Claim e-Penjana Rm50 Dengan Touch n Go

Pengguna lama MyCar berkemungkinan akan menghadapi masalah jika membuat tempahan e-hailing dan begitu juga dengan pemandu.



Untuk makluman, aplikasi MyCar merupakan platform e-hailing paling pesat berkembang di Malaysia selepas Grab. Dianggarkan kira-kira 22 ribu pemandu berdaftar dengan MyCar merangkumi lebih 3 juta pengguna setakat pertengahan tahun 2020.

Sebab Penukaran MyCar ke MyCar SuperApp

MyCar ke MyCar SuperApp

 

Penukaran aplikasi dari MyCar ke MyCar SuperApp adalah disebabkan perselisihan pendapat antara pembangun aplikasi terdahulu dengan syarikat MyCar untuk menjadikan aplikasi tersebut multifungsi.

Sila Muat Turun Aplikasi Versi Baru MyCar SuperApp :

Google Play (Android) :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mycardispatch.customer

Apple Store (iOS) :
https://apps.apple.com/my/app/mycar-customer/id1524969352

 

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle