>
bisnes shopee
Satu waktu dahulu, ketika saya berkhidmat di Kampus Tronoh, USM .. saya pernah menjawat secara sementara untuk tempoh lebih kurang sebulan sebagai seorang Penyelia Banci Penduduk dan Perumahan. Ia satu pengalaman yang menarik dan diingati sehingga sekarang.

Peluang dan pengalaman tersebut saya peroleh apabila salah seorang rakan sekerja saya ketika itu yang merupakan anak Penghulu, telah menawarkan jawatan kosong Penyelia Banci kepada saya.

Pengalaman Menjadi Penyelia Banci Penduduk dan Perumahan Negara

Pengalaman Menjadi Penyelia Banci Penduduk dan Perumahan

Pertama kali menerima tawaran tersebut, saya memang tak tahu satu benda pun mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Negara. Apatah lagi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Penyelia Banci.

Jadi, saya memang terujalah apabila dapat tahu bahawa kerja tersebut akan melibatkan saya mengetuai sekumpulan pembanci menjalankan aktiviti banci dari rumah ke rumah.

Pada awal tugasan untuk menjawat jawatan ini, saya dimestikan untuk menghadiri satu temuduga ringkas dengan Ketua Penyelia Banci Daerah.

Daerah yang dipertanggungjawabkan dalam bancian adalah daerah Kinta. Memang luaslah daerah Kinta ini, melibatkan Ipoh, Batu Gajah, Tambun, Pusing, Papan, Menglembu, Hulu Kinta dan beberapa lagi bandar dan mukim.

Pengalaman Menjadi Penyelia Banci Penduduk dan Perumahan

Saya diberikan jawatan untuk menyelia petugas banci di kawasan Batu Gajah, melibatkan beberapa kawasan perumahan dan juga perkampungan.

Penyelia dan Pembanci akan menghadiri satu taklimat dan kursus ringkas tentang bagaimana untuk melaksanakan bancian dari rumah ke rumah. Soalan apa yang perlu ditanya dan soalan apa yang boleh diperoleh daripada penelitian.

Banyak perkara kena ambil tahu dan perlu peka.

Yang paling penting, kena study mengenai borang banci yang dibekalkan.

Dalam taklimat, yang terlibat akan diberikan latihan bagaimana untuk menanyakan soalan-soalan yang tersedia di dalam borang banci. Ini adalah penting kerana bukan semua penduduk faham apa yang dimaksudkan banci ni.

Malah, dari pengalaman saya sendiri, ramai isi rumah yang tidak fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris, walaupun ada anak yang bersekolah.

Jadi, dalam kumpulan banci, mesti ada kaum lain yang terdiri dari kaum Cina atau India untuk memudahkan urusan banci terutama jika kawasan bancian melibatkan penduduk yang ramai dari kaum tersebut.

Saya telah diberikan seramai 7 orang Pembanci yang terdiri dari 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Semuanya masih fresh habis belajar peringkat SPM.

Alhamdulillah, kesemua Pembanci di bawah seliaan saya tahu melakukan kerja dengan betul, dan menyerahkan dokumen banci dengan lengkap dan tersusun.


Tugas penyelia adalah memeriksa dan memastikan setiap rumah dibanci dan dokumen banci yang berkenaan dilengkapkan seluruhnya tanpa ada satu ruang atau bahagian yang tertinggal. Semua rumah dan bangunan termasuk struktur ditinggalkan perlu didokumen dalam borang bancian.

Jika tidak, penyelia bersama pembanci perlu membuat lawatan semula untuk melengkapkan data yang ingin diperoleh atau diisi. Malah, seandainya Ketua Penyelia mengesyaki ada data yang meragukan, penyelia dan pembanci perlu membuat bancian ulangan.

Perkara Biasa Berlaku Jika Menjadi Pembanci


Walaupun nampak mudah, namun ada juga beberapa insiden yang berlaku dalam tempoh melakukan tugasan bancian. Antara yang saya masih ingat ialah:
  • Perlu masuk ke dalam semak samun untuk menanda sebuah pondok. Dah lah pondok tersebut jauh daripada orang.
  • Membuat banci di rumah kongsi. Ramai pendatang warga asing yang takut mahu memberikan maklumat, malah ada yang lari menyorok ketika Pembanci datang. Yang kelakarnya, Pembanci cun melecun lawa pun derang lari ketakutan.
  • Ada rumah Cina yang tak faham soalan ditanya, terpaksa cari jiran Cina yang lain untuk bantu proses bancian.
  • Dilamar oleh keluarga yang dibanci. Mungkin mereka ingat Pembanci adalah pegawai kerajaan berpangkat. Dah la segak kacak .. yang perempuan pula cantik lawa.
  • Dijamu makan minum .
  • Dikejar lembu dan anjing.
  • Dihalau oleh tuan rumah.

Yang seronok menjadi pembanci ini ialah dapat kenal dengan pelbagai jenis orang. Malah, secara kasar dapat mengetahui latar mereka. Ada kaya, miskin, ada yang ditinggalkan isteri, ditinggalkan suami, sebatang kara, ada yang menganggur, ada yang bekerja luar negara dan macam-macam lagilah.


Dapat penghuni yang ok, memang oklah. Dapat penghuni yang sukar nak berikan kerjasama, memang terpaksa meminta bantuan dari Penyelia atau Pembanci lain.

Ketika saya jadi Penyelia Banci, ada Pembanci yang tiada kenderaan, terutama yang perempuan. Jadi, terpaksalah saya meneman mereka. Ada waktu, jika bancian dilakukan di kawasan perumahan, mereka sukarela menaiki bas sahaja.

Bukan apa, mereka tidak mahu ganggu saya yang ada kerja hakiki di USM.

Sebagai Penyelia, saya akan kutip dokumen yang telah siap selang dua hari. Jadi, bukan hari-hari saya akan menyelia kerja-kerja bancian ini. Maka, kena rekodlah waktu di mana kerja bancian dibuat untuk pembayaran upah.

Jadinya, perlu jujurlah. Jika hari tak buat kerja bancian, memang tak boleh nak claim upah. Haram weihh ambil upah tapi tak buat kerja...huhu.

Boleh Buat Tuntutan Perjalanan dan Elaun Harian/Makan

Selain daripada upah harian, penyelia dan pembanci boleh claim elaun perjalanan. Syaratnya perlu sediakan resit petrol, tiket bas dan sebagainya. Elaun harian juga diberikan jika kerja bancian dibuat lebih daripada 8 jam.

Biasanya ia akan berlaku jika penghuni kediaman hanya akan berada di rumah selepas waktu kerja, iaitu jam 4:30 atau 5:00 petang. Jadi, bagi memastikan data tepat diperoleh, memang menjadi tugas Pembanci untuk datang semula dan dapatkan data dari penghuni kediaman.

Senarai Tugas Seorang Penyelia Banci


Antara tugas Penyelia Banci:
  • Memastikan dokumen bancian dilengkapkan.
  • Memastikan tugas bancian dibuat dengan betul oleh Pembanci.
  • Menguruskan tuntutan elaun Pembanci.
  • Menyusun dokumen banci mengikut kod-kod kawasan.
  • Membantu Pembanci seandainya terdapat masalah.
  • Melaporkan tugasan bancian yang telah dibuat kepada Ketua Penyelia.
  • Bertanggungjawab ke atas keselamatan setiap Pembanci di bawah seliaan.


Bancian Penduduk dan Perumahan bukannya perkara baharu. Ianya telah bermula sejak tahun 70an lagi.

Nak tahu lagi mengenai tugas dan peranan serta tanggungjawab sebagai Penyelia Banci dan Pembanci? Boleh baca di sini - Tugas Peranan Penyelia dan Pembanci

Dulu, Bancian dilakukan secara temuramah bersemuka. Tetapi sekarang, selaras dengan peredaran dan perkembangan teknologi, ia sudah mula dilaksanakan secara dalam talian menerusi e-Census.

Ok. Saya nak kongsi sedikit fakta hangat mengenai Banci Penduduk dan Perumahan ini ...

  • 1970 - Banci Perumahan dan Penduduk dijalankan secara berasingan. Banci perumahan telah dilaksanakan pada 27 Julai 1970 manakala pada 25 Ogos 1970 pula, Banci penduduk dijalankan secara temuramah bersemuka.
  • 1980 - Banci Perumahan dan Penduduk dijalankan secara berasingan. Banci perumahan telah dilaksanakan pada 17 Mei 1980 manakala pada 11 Jun 1980 pula, Banci penduduk dijalankan secara temuramah bersemuka.
  • 1991 - Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan secara serentak pada 14 Ogos 1991 dengan mod pembancian temuramah bersemuka.
  • 2000 - Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan serentak pada 5 Julai 2000 dengan mod pembancian temu ramah bersemuka.
  • 2010 - Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan serentak pada 6 Julai 2010 dengan mod pembancian temu ramah bersemuka, DOPU & e-Census.
  • 2020 - Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa 1 dijalankan pada 7 Julai 2020 – 30 September 2020 dengan mod pembancian e-Census manakala Fasa 2 dijalankan pada 7 Oktober 2020 – 24 Oktober 2020 secara bersemuka.


Samada anda sedar atau tidak, Banci hanya dilakukan setiap 10 tahun.


Untuk mengetahui lagi mengenai tugas dan cabaran sebagai Penyelia mahupun Pembanci, boleh baca tulisan saya di sini - Tugasan dan Cabaran Sebagai Penyelia dan Pembanci Banci Penduduk Perumahan

Hari Banci Malaysia

7 hb Julai 2020 telah ditetapkan sebagai Hari Banci. Ia kini sedang berjalan secara e-Census, iaitu bancian secara atas talian di mana hanya mereka yang menerima 'undangan' sahaja yang akan menggunakan perkhidmatan ini.

Manakala, mulai 7 Oktober 2020, bancian secara bersemuka akan dilakukan di setiap kediaman dan perumahan yang ada di Malaysia.


Maka, sebagai warganegara dan penduduk di negara ini, seharusnyalah memberikan kerjasama dalam memberikan data tepat yang diperlukan. Dengan data yang betul, benar dan tepat, barulah kerajaan mampu merancang pembangunan di sesuatu kawasan; selain merangka projek untuk membantu rakyat di masa akan datang.

Nak terlibat dengan proses bancian secara online? - https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

41 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Menarik kartun tu..Pengalaman mendewasakan kita

    ReplyDelete
  2. Dah dapat kad di peti surat untuk ecensus, best pulak rasa buat melalui online tu:)

    ReplyDelete
  3. Laju-laju saya apply dan buat. hahaha

    ReplyDelete
  4. sangat menarik kisah begini..

    tidak semua orang ada peluang untuk menjadi pembanci.

    bukan sekadar untuk mendapat duit...yang lebih utama ialah pengalaman itu sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pengalaman menjadi pembanci memang susah nak dapat ..

      Delete
  5. Sy sebagai petugas pembanci..pengalaman 10tahun yg lalu..Masih lg sy ingt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu banyak pengalaman manis kan? kerja yang membantu menimba penglaman berhadapan denagn pelbagai masyarakat

      Delete
  6. Apa soalan yang dikemukakan semasa temuduga ya?

    ReplyDelete
  7. Saya dah dpt tawaran jadi penyelia pembanci ni. rasa gugup pula tp lepas baca pengalaman en. hasrul ni, jadi yakin sikit. maklumlah tak tahu apa2 pasal jadi penyelia banci ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dapat kawasan taman, in sha Allah ok .. masalah bila buat banci kat kawasan luar bandar, sbb ada yang tak tahu pasal benda ni.

      Delete
  8. salam encik, nak bertanya. utk soalan temuduga penyelia ap sahaja yang akan ditanya? adakah apa apa info yang saya perlu cari sebelum menghadiri temuduga?. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh biasanya tak ada apa-apa soalan yang susah, lebih kpd diri sendiri dan pengalaman berinteraksi dan ujian kesabaran sahaja. Tak susah nak jadi PENYELIA BANCI ni .... janji tahu nak jaga anak buah supaya data dapat diperoleh.

      Delete
    2. bagaimana kalau yg x berkenderaan pula? adakah peluang mereka untuk terpilih menjadi penyelia banci ini tipis?

      Delete
    3. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang ada kenderaan supaya dapat melancarkan tugasan banci. Sbb nanti kotak2 dokumen banci perlu dibawa untuk serahan .. bygkan kalau nak bawa berpuluh kotak yang berat tu nanti.

      Dan ia juga mudah untuk check pembanci di kawasan tertentu .. samada bantu mereka atau sekadar menjadi pemerhati. Mudah juga nak bawa makanan + minuman atau dokumen tambahan

      Delete
  9. ok baiklah, terima kasih infonya.

    ReplyDelete
  10. Salam, sy nak bertnya. Jika menjadi penyelia ni,semasa membanci dan setelah selesai membanci tu, adakah sy wajib turun setiap kali? disebabkan sbgai seorang pelajar ad masa yg perlu fokus utk waktu kuliah, jd bolehka waktu saya kuliah tu, saya cuti kerja penyelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda perlu tahu, gaji adalah berdasarkan kepada hari. Jadi tak kerja, tak adalah gaji. Itu sahaja.

      Delete
  11. Salam encik, kalau encik tak keberatan nak menjawab soalan saya, semasa encik bekerja sebagai penyelia banci adakah encik bekerja di tempat lain juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya ada kerja hakiki saya di USM. Kerja banci ni sebagai sambilan atau part time sahaja, ia kan cuma dalam 2 bulan sahaja. Bukan kerja tetap. Dan memang asalnya kerja Peg Banci ditawarkan kpd kakitangan awam dulu seblum terbuka pada orang ramai

      Delete
    2. Oh okay jadi kiranya encik kerja banci ni pada hari sabtu ahad je lah ye? Kalau hari yang encik bekerja di USM tu,kiranya encik tak buat kerja banci ke? Ke buat dua-dua jugak? Macam kerja secara online ke.. Bukan apa saya bertanya ni, sebab saya sekarang baru bekerja di kelana jaya dan pada masa yang sama dapat iv untuk penyelia di Kedah since rumah parents saya disana. Jadi saya perlukan pendapat encik tentang ini. Saya agak keliru untuk sama ada patut ataupun tidak saya pergi ke iv tu.

      Delete
    3. Ehh tak. Kena kerja pada hari bekerja. Sbb nanti, kena hantar dokumen, laporan selain claim dari pembaci di pejabat banci/pejabat daerah di waktu pejabat.

      Jadi, kena minta kebenaran daripada ketua jabatan (jika kerja kerajaan) untuk buat tugasan banci. Itu sbb jawatan ini asalnya ditawarkan kepada Pegawai2 dan kakitangan kerajaan.

      Delete
  12. kalau encik tak keberatan,boleh saya tahu apa contoh2 soalan semasa encik di temuduga penyelia banci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia bukan kerja tetap, jadi soalan lebih kepada keupayaan calon sahaja. Contoh, ada kenderaan ke tak, ada lesen ke, jauh tak dari tempat kerja asal/rumah. Boleh kerja sampai malam ke, boleh bantu pembanci tak ..

      Aada pengalaman dengan orang ke tak? Tahu tak daerah banci, ada berapa tempat banci, no telefon polis ... lebih kurang cam tu la.

      Delete
  13. Maaf, nak tanya, saya student & skrg cuti semester. Boleh ke saya mohon penyelia banci ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyelia tak digalakkan. Tapi pembanci, in Sha Allah boleh. Dulu pun ada di antara pembanci saya adalah pelajar.

      Delete
  14. Assalam encik. Terima kasih di atas perkongsian menarik dari pihak tuan. Sedikit sebanyak memberi gambaran kerja-kerja didalam bidang ini.

    Saya ada beberapa soalan.
    1) Jika penghuni rumah yang ingin dibanci tidak ingin memberi kerjasama. Apa tindakan yang perlu pembanci lakukan?

    2) Adakah pembanci perlu menghabiskan bancian di semua rumah dalam kawasan tersebut atau terdapat target jumlah rumah yang perlu dihabiskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan:
      1. Hubungi Penyelia, kena tunjukkan pengenalan diri yang dibekalkan. Boleh hubungi pihak Polis jika diancam.

      2. WAJIB habiskan, jika tidak gaji atau claim akan digantung. Kena minta bantuan dari Penyelia dan Ketua Penyelia jika bermasalah. Setiap penyelia/pembanci diberikan kawasan banci .. kena habiskan seprt dalam rekod yang disertakan. Ada peta rumah semua etc diberikan pejabat banci/pejabat daerah

      Delete
  15. Salam encik..sy helmy..boleh text sy di talian ni 0199885103 tak..byk soalan nk ty ni 😅 tp kalau nk taip dalam ni mcm xsampai je..

    ReplyDelete
  16. Salam sejahtera Hasrul.
    Terima kasih sebab blog post ni memang banyak membantu.
    Nak tanya sedikit, sebagai penyelia, bolehkah kita pilih masa kita berkerja? Contohnya, saya ada kerja lain waktu pagi tapi memang free after lunch. Boleh?
    Saya sudah dipilih sebagai penyelia dan kalau boleh, saya nak buat kerja ni juga. Apa pendapat Hasrul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.kerja dilakukan perlu direkodkan untuk gaji. Ia gaji hari jadi rekod itulah yang akan kita hantar bila nak claim gaji etc nanti.

      Delete
  17. assalamualaikum en hasrul...saya ada beberapa soalan yang nak ditanya mengenai tugas penyelia banci ni...boleh whatsapp saya tak??? harap tak keberatan...01111406047

    ReplyDelete
  18. Nak tanya pasal penyelia

    1)penyelia bekerja dari rumah ke? Secara online?
    2)boleh pilih ke kawasan mana yang kita nak jaga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan:

      1) Boleh bekerja dari rumah, samada secara online tu .. untuk terkini saya tak pasti sbb zaman saya ... kemudahan internet terhad. Jadi, kerja di rumah tu maksudnya saya kena semak dan compile dokumen banci yang telah dihantar oleh pembanci ke rumah. Semakan kena dilakukan dengan teliti supaya nanti tiada data tertinggal dan tidak perlu ULANG BANCI.

      2) Tidak boleh, ia ditetapkan oleh Ketua Penyelia Banci.

      Delete
  19. Saya bru dapat call malam untuk lapor diri esok,

    Jadi kita masih dipilih atau memang kena sb dia suruh bawak salinan ic, gambar, akaun bank, epf n socso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya,awak dah dapat dah tu.. sbb dia dah minta semua dokumen yg diperlukan utk bekerja.. Awak area mana?

      Delete
  20. Saya nak tanya, macam mana penyelia nak tahu gaji ikut hari? Macam kalau bekerja ada punchcard, kalau penyelia, pengiraan based on apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa saya, ada kad utk isi kerja yg dibuat. Katakan buat semakan borang area A. So pada kad kena tulis buat semakan, tarikh itu perlu sama dgn tarikh yg kita buat semakan pada borang banci diserah pembanci.

      Jika jumpa pembanci, juga kena rekod. Mcm jika isi minyak kena sertakan resit minyak tersebut pada tarikh buat kerja tu.

      Delete
  21. penat sebenarnya jadi penyelia banci ni... sebab nak isi tu byk juga...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Klik Sini Untuk Tahu Caranya