Setelah menghabiskan waktu yang agak panjang di Pulau Samosir, Parapat; kami seterusnya menuju ke Berastagi, satu lagi tempat menarik yang ada di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.
Percutian ke Medan - Air Terjun Sipiso-piso, Bukit Indah Simarjarunjung dan Berastagi
Wilayah Berastagi ini boleh disamakan dengan kawasan peranginan Cameron Highlands di Pahang. Aktiviti utama adalah pertanian, di mana di sini anda boleh dapat membeli belah hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dengan harga murah.
Dalam perjalanan ke Berastagi, kami sempat singgah di satu tempat pelancongan yang menarik di Desa Tongging, Kabupaten Karo. Di sinilah anda boleh melihat salah satu air terjun yang antara tertinggi di Indonesia, iaitu Air Terjun Sipiso-piso.
Air Terjun Sipiso-piso, Antara Air Terjun Tertinggi di Indonesia
Air Terjun Sipiso-piso mencecah ketinggian sehingga 120 meter. Ia merupakan air terjun keenam paling tinggi selepas Air Terjun Batang Kapas yang terletak di Riau, Indonesia yang berketinggian 133 meter.
Air Terjun ini berada di pinggir Tasik Danau Toba, malah penduduk di sini menyifatkan ia sebagai Penghujung Danau Toba. Nama air terjun ini datangnya daripada sebuah gunung berdekatan, iaitu pada kedudukan arah timur laut dari Air Terjun Sipiso-Piso ini.
Di kawasan peranginan Sipiso-piso ini, ada beberapa kedai jualan cenderahati selain gerai tepi jalan menjual buah-buahan segar. Sempatlah juga saya mendapatkan buah limau madu dan buah rambutan. Sedap. Manis.
Dan untuk makluman semua, di kawasan ini juga adalah antara kawasan paling top untuk mengambil gambar berlatarkan Air Terjun Sipiso-piso. Anda boleh abadikan kenangan anda di sini dengan servis bergambar yang disediakan oleh penduduk tempatan di situ. Tak mahal manapun, lagi mahal adalah kenangan yang dapat anda bawa.
Aha ... dan jangan segan untuk minta khidmat percuma dari mereka untuk merakamkan gambar anda menerusi smartphone, sebabnya mereka lebih arif tentang teknik nak mengambil gambar cantik berlatar-belakangkan Air Terjun Sipiso-piso ini.
Seandainya anda ada stamina yang tinggi, boleh sahaja turun untuk sampai ke tapak dasar air terjun. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai di bawah Air Terjun Sipiso-piso dari kawasan pelancongan disediakan.
Seterusnya, dari Air Terjun Sipiso-piso, kami singgah pula di satu tempat yang cukup popular dan beberapa kali viral di media sosial, iaitu Bukit Indah, Simarjarunjung.
Tempat ini terkenal sebagai lokasi menarik untuk mengambil gambar unik berlatarbelakangkan keindahan Tasik Danau Toba.
Errr .. apa yang unik sangat tu?
Susah saya nak cerita, biar gambar di bawah sahaja berbicara ...
Ok? Sekarang anda faham tak maksud saya. Minta maaflah sebab gambar yang saya ambil tak berapa nak cantik.
Tetapi di situ, memang sudah ada servis mengambil gambar. Ia sekali dengan pakej absailing, naik basikal 'atas awan' dan beberapa lagi. Mereka akan ambil gambar dan transfer ke smartphone anda.
Gambar memang banyak, setiap aktiviti ada puluhan gambar. Dan semuanya akan terus diberikan kepada anda untuk anda cetak sendiri.
Aha .. isteri saya, sebaik sahaja pulang ke Malaysia, terus buat Photobook. Jadi, gambar-gambar yang diambil terutama semasa di Bukit Indah, Simarjarunjung dapat diabadikan.
Kalau nak tahu, saya buat posting ni pun berdasarkan dari photo book yang isteri saya buat.
Usai habiskan masa bergambar di Bukit Indah, kami meneruskan perjalanan ke bandar Berastagi. Jika dah nampak merdu tanda di atas tu, kiranya perjalanan dah tiba ke daerah Berastagi.
Namun dari Bukit Indah ke pekan Simarjarunjung dan seterusnya ke bandar Berastagi, ada banyak perkara menarik boleh dilihat, yang pada saya tidak ada di negara kita.
Antaranya, membina rumah di hujung tebing mengadap Tasik Danau Toba; kuburan di dalam kawasan rumah dan kebun, gereja di tengah-tengah ladang sayur dan bermacam-macam lagi.
Dalam perjalanan, memang nampak ramai peniaga jalanan menjual pelbagai jenis buah-buahan, termasuklah buah durian dan rambutan. Cuaca juga sejuk sepanjang perjalanan.
Aha .. bila berada di Simarjarunjung, kenderaan berat memang banyak. Banyak kali juga van yang membawa kami terpaksa memotong dan dipotong atas jalanraya yang sempit. Jangan sesekali mengeluarkan tangan atau kepala dari kenderaan, silap-silap boleh hilang sekelip mata.
Sibuk sana sini. Sesuatu yang sangat jarang malah sangat sukar di temui di Malaysia. Tetapi anehnya ialah, saya tak nampak pun sebarang kemalangan berlaku. Lampu isyarat yang ada pun, hanya berfungsi pada keadaan tertentu sahaja.
Err susah nak terangkan .. huhu.
Ok. Post ini dah tersangat panjang, saya tak mahu anda rasa bosan. Jadi kita bersambung ya ..
In Sha Allah, nanti saya ceritakan lebih lanjut mengenai Berastagi dalam post akan datang ya.
Tak pernah ke Medan lagi..harap dapat pergi nanti selepas trip Yogjakarta terpaksa dibatalkan akibat pandemic
ReplyDeleteWaaa best plak yeee betul-betul ke Medan, Saya haritu ke Medan hanya di Samosir aje.. next time nak ke bandar Medan betul..
ReplyDeleteBeraninya anak2, bestnya ! ;)
ReplyDeletewah..bestnya. beraninya anak2..tak gayat pun. bagus2
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.