Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Tahun 2020 menampakkan kita semua perlu beribadah dalam bulan Ramadan ketika kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya di rumah. Tiada sholat sunat Terawih secara berjemaah di masjid. Tiada juga majlis berbuka puasa dan tiada juga pasar Ramadan (Param).

Bulan Ramadan hilang serinya jika tidak melakukan sholat sunat Terawih. Walaupun tidak boleh melakukannya di masjid, tetapi hikmah PKP membolehkan solat sunat ini dilakukan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Berjemaah Terawih Waktu PKP, Berimamkan Along dan Kisah Sejadah Gebu Corak 'Cacat'

Berjemaah Terawih, Diimamkan Along dan Sejadah Gebu Beli di Shopee

Saya dan keluarga juga tidak melepaskan peluang melakukan ibadah sunat sholat Terawih di rumah. Saya pasti ramai keluarga seperti saya melakukan perkara yang sama.

Untuk Ramadan kali ini, inilah pertama kali kami sekeluarga dapat merasai menjadi makmum kepada anak sulong (Along) saya yang selama ini bersekolah di Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Dapatlah kami sekeluarga mendengar bacaan ayat-ayat Al Quran yang telah Along hafal.

Berjemaah Terawih, Diimamkan Along dan Sejadah Gebu Beli di Shopee

Sebagai meraikan sholat berjemaah Terawih kami sekeluarga di rumah, saya tidak teragak-agak untuk mendapatkan sejadah gebu bagi keselesaan semua.

Alhamdulillah, banyak je seller yang menjual sejadah gebu ini di Shopee. Maka, saya pun belilah beberapa helai sejadah gebu ini daripada beberapa seller di Shopee.

Lagipun, ini bukan pertama kali saya beli sejadah gebu secara online ni di laman web shopping online. Sebelum ini saya ada membelinya untuk kegunaan emak saya, malah dijadikan sebagai hadiah hari lahir.

[Dah Baca?] Beli Sejadah Gebu Sebagai Hadiah Buat Ibu Tersayang

Disebabkan PKP, sejadah gebu yang saya pesan sebelum Ramadan tiba agak lewat. Nasib baiklah saya beli daripada beberapa seller berlainan. Jadi, ada yang sampai awal ...

Tetapi ...

Yang sampai awal .... ada kecacatan sedikit pada corak sejadahnya... uh patutlah harganya sangat murah, kurang RM20 sehelai gitu ...

Berjemaah Terawih, Diimamkan Along dan Sejadah Gebu Beli di Shopee

Sejadah tersebut bila dibentang, sekali lihat tiada apaa-apa yang nampak cacat. Cuma .. bila dah berdiri untuk memulakan sholat, barulah akan nampak dan perasan yang coraknya sedikit senget.


Saya tak adalah nak complaint sangat. Saya bukannya nak sejadah yang cantik semata untuk ibadah di bulan Ramadan. Cumanya, corak yang silap ini boleh membuatkan kekeliruan dan memberi kesan untuk kekusyukan sholat.

Jika orang lain yang membeli, mungkin akan marah-marah. Walaupun harganya murah tetapi janganlah sampai menjual produk yang berkaitan agama yang seolah ada kecacatan. Uhh sungguh tidak bagus begitu.

Saya sudahpun memberikan review yang sepatutnya untuk seller Shopee tersebut bagi dijadikan rujukan orang lain yang mungkin ingin mendapatkan sejadah gebu harga murah yang dijual.

Walaupun ada cacat pada rekaan sejadah gebu tersebut, ia tidak menjadi satu masalah besar kepada saya. Masih sahaja boleh digunakan untuk ibadah.

Sejadah Gebu Beli di Shopee

Sejadah Gebu Murah

Dari segi kualiti tebalnya tu, alhamdulillah; memang sesuai untuk mereka yang ada sakit lutut. Terasalah juga kegebuan sejadah yang dibeli ini bila dibentang.

Cuma itulah, pada saya mungkin ok .. pada orang lain, saya tak tahu.

Asbab itu, saya kongsikan pengalaman ini sebagai panduan untuk orang lain yang mahu mendapatkan sejadah gebu pada harga murah di Shopee. Kena pastikan jangan mendapatkan sejadah yang ada kecacatan pada coraknya .. paling penting elakkan beli sejadah gebu yang reject kilang.

Sebab memang ada seller di Shopee yang menjual produk seperti sejadah, baju dan sebagainya yang datangnya dari produk reject kilang. Itu sebab harganya murah...huhu.

Maka, kalau ada yang nak membeli sejadah gebu ... dan lihat tawaran harganya yang agak murah, dapatkan kepastian samada ia adalah produk yang bukan dari produk yang telah direject kilang.

Semoga bermanfaat.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. sebab tu saya suka sejadah yang kosong je. Tak de corak. Corak2 dan gambar tu mengganggu solat. kalau corak senget dan tak sama lagi la mengganggu,

    ReplyDelete
  2. Mrs. A baru berkira-kira nak survey sejadah gebu kat shopee kebetulan pulak terbaca post ni terima kasih HH

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya

Dropship USD