Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441H. Alhamdulillah, tahun ini kita semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 24 Mei 2020. Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menjadi satu sejarah baharu buat kita semua kerana kita menyambutnya dalam waktu sukar di mana negara masih lagi dalam ancaman wabak Covid-19.

Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut dalam waktu negara masih lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Banyak perkara luarbiasa perlu dibuat untuk sambutan Hari Raya tahun ini.

Salam Aidilfitri 1441H - Raya Kali Ini Perlu Banyak Pengorbanan dan Penuh Erti

Hari Raya Aidilfitri 1441H

Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut dengan norma baharu di mana kita tidak boleh meraikannya seperti kebiasaan rakyat Malaysia lakukan sebelum ini. Tiada lagi kunjung mengunjungi secara kumpulan besar, tidak boleh pulang ke kampung dan tiada solat sunat Aidilfitri berjemaah di masjid.

اللهُ أَكْبََ اللهُ أَكْبََ اللهُ أَكْبََ ،
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"

اللهُ أَكْبََ اللهُ أَكْبََ اللهُ أَكْبََ ،
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"

اللهُ أَكْبََ اللهُ أَكْبََ اللهُ أَكْبََ ،
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"

الله اكَْبََْ كَبِيًْْا وَالحَمْدُ هِ لِلِّ كثيًْا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأصِيْل
"Allah Maha Besar, Segala Puii bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pagi dan petang"

لاَ اِلَهَ اِلاه اللهُ وَاللهُ اكَْبََْ ، اللهُ أَكْبََْ وَ هِ لِلِّ اْلحَمْدُ
"Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian bagi Allah"

[ads id='ads1']

Cara Kita Menyambut Raya Mungkin Tidak Lagi Sama - Tapi Kita Boleh Kekalkan Kemeriahannya ..

Hari Raya Aidilfitri 1441H

Walaupun kita berada dalam PKPB, ini tidak bermakna kita tidak boleh memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan laungan takbir dan tahmid, memuji dan mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T.

Kita boleh melakukannya bersama ahli keluarga yang bersama duduk di dalam rumah. Malah, sepertimana kita menjalani ibadah solat sunat Terawih dan Witir secara berjemaah di rumah; kita juga boleh melakukan solat sunat Aidilfitri berjemaah bersama keluarga di dalam kediaman masing-masing.

Selama sebulan berpuasa di bulan Ramadan, ada di antara kita, terutama si Ayah .. telah menunaikan tanggungjawab menjadi imam solat berjemaah ... maka ambillah peluang waktu ini juga untuk menjadi imam solat Hari Raya Aidilfitri pula.

Ambil pengalaman untuk menjadi imam solat sunat Aidilfitri dan juga menjadi khatib membaca khutbah Aidilfitri.

[Panduan] Panduan Takbir Raya Aidilfitri

[Muat-Turun] Khutbah Aidilfitri Ringkas untuk Raya 2020

In Sha Allah, Allah S.W.T akan permudahkan kita.

Ramadan Kami Sekeluarga

Alhamdulillah, selama sebulan puasa Ramadan ini, saya diberikan kesihatan dan peluang untuk menjadi imam solat sunat Witir manakala anak sulong saya diberikan tanggungjawab untuk menjadi imam solat sunat Terawih.


Rasa senang di hati apabila anak yang selama ini belajar di sekolah TMUA untuk menghafaz al-Quran dapat mempraktikkan apa yang dihafal menerusi solat sunat Terawih berjemaah di rumah.

Isteri saya pula, telah mengetuai majlis Tadarrus Al-Quran bersama saya dan anak-anak lain. Setiap ahli keluarga diwajibkan membaca sehingga 2 mukasurat ayat Al-Quran. Alhamdulillah, walaupun tidak sempat menghabiskan 30 juzuk namun amalan ini setidak-tidaknya telah menghidupkan Ramadan dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Malah, kami sekeluarga dapat memperbaiki bacaan Al-Quran masing-masing.

Ya, Ramadan dan Syawal tahun ini memang agak luarbiasa. Tidak seperti kebiasaan tahun-tahun dahulu.

Kita Berpeluang Menjadi Muslim Lebih Baik Pada Keluarga Kita

Hari Raya Aidilfitri 1441H

Samada sedar atau tidak, PKPB dan wabak Covid-19 telah menjadikan kita Muslim yang lebih baik kerana mampu menunaikan solat sunat Terawih berjemaah dengan keluarga tersayang - memimpin dan dipimpin.

Kita juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Kita juga ada lebih banyak masa untuk menambah ibadah kita di bulan Ramadan.

Walaupun kita semua tidak dapat beraya bersama ibubapa dan orang tua kita di kampung, ini tidak bermakna kita tidak boleh berhubung dan mengucapkan ucapan selamat dan mohon kemaafan.

[ads id='ads2']

Teknologi seperti WhatsApp, video call, Google Duo .. semuanya boleh digunakan untuk mendekatkan kita dengan orang yang jauh di mata. Janganlah sedih ya ...

Kita semua merasai perkara yang sama.

Seharusnya apa yang kita dapat sekarang adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara Islam lain yang perlu bergelut dengan masalah lain disamping wabak Covid-19.

Terima Kasih Barisan Hadapan Negara Covid-19

Hari Raya Aidilfitri 1441H
Hari Raya Aidilfitri 1441H

Kita patut mengucapkan syukur selain berterima kasih kepada barisan hadapan Covid-19 yang telah bertungkus-lumus selama lebih 2 bulan - meninggalkan keluarga tersayang, mengerah tenaga tanpa jemu bagi memastikan angka positif Covid-19 dapat diturunkan.

Tanpa kerja keras mereka, kemungkinan besar .. sambutan Hari Raya kita tidak seperti ini.

Hari Raya Aidilfitri 1441H

Kerana pengorbanan mereka, ada di antara kita telah dapat bersama keluarga, yang sebelum ini terperangkap di luar bandar, di tempat pengajian, di luar negara ... dan yang sebelum ini positif Covid-19.

Alhamdulillah.

Kerana pengorbanan barisan hadapan ini, ada masjid dibenarkan untuk beroperasi menjalankan solat sunat berjemaah - walaupun pada kapasiti kecil dan terkawal.

Kerana pengorbanan barisan hadapan ini, sudah banyak premis perniagaan dapat dibuka.

Kerana pengorbanan barisan hadapan ini, keluarga yang dulunya terpisah dapat bertemu.

Memang besar jasa mereka. Inilah nikmat Allah S.W.T atas pengorbanan banyak pihak dalam memastikan wabak Covid-19 tidak menjadi semakin buruk - kita masih bernyawa dan bukan menjadi pesakit dan penyebar penyakit Covid-19.

Pesanan KKM Waktu Raya PKPB

Semasa di Hari Raya ini teruskan dengan amalan kebersihan ... dan ingat pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Elakkan 3S

  1. Tempat yang SESAK
  2. Tempat SEMPIT dan tertutup
  3. SEMBANG atau berbual dalam jarak dekat

Amalkan 3W

  1. WASH - kerapa cuci tangan dengan air dan sabun
  2. WEAR - pakai pelitup muka jika bergejala
  3. WARN
    • elak dari bersalaman dan bersentuhan
    • Amalkan etika batuk dan bersin
    • lakukan disinfeksi
    • duduk rumah
    • dapatkan rawatan jika bergejala

Ucapan Hari Raya - Maaf Zahir Batin

Hari Raya Aidilfitri 1441H

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya sekeluarga buat semua, terima kasih kerana membaca dan menyokong blog ini.

Saya mohon maaf andai ada kekasaran bahasa, kesalah-fahaman, ketidakpuas-hatian .. sebarang salah dan silap yang pernah saya buat, samada menerusi lisan dan tulisan di blog, dan di media sosial.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle