Traveloka Banner

Resepi Nanas Masak Bombay Tersilap Bahan ..

Haha. Isteri saya beritahu .. "Bang .. leh tulis ni dalam blog". Aduhhh, macamana boleh silap bahan dalam resepi ni. Nasib baik tak jejas sangat dari segi rasa. Boleh kata ini resepi Nanas Masak Bombay yang baru sebab dah tersilap bahan.

Dekat seminggu lebih saya dah sediakan nanas yang disimpan elok di dalam peti ais. Saya beritahu isteri saya, yang saya nak makan Nanas yang ada biji biji tu. Mulanya saya betul-betul lupa apa benda yang biji-biji hitam tu.

Resepi Nanas Masak Bombay Tersilap Bahan

Nanas Masak Bombay
Bila beritahu isteri akan keinginan saya tu, barulah saya teringat yang biji-biji tu adalah biji sawi. Ia adalah bahan utama dalam penyediaan resepi Nanas Masak Bombay. Ada sesetengah tempat gelarkan resepi atau menu ni sebagai Nanas Masak Cuka, ada tu berikan nama Acar Nanas, ada tu ia adalah Pajeri Nanas Kelantan.
Resepi Nanas Masak Bombay
Walau apapun nama resepi ni, bahan utama dia tetap Nanas dan biji sawi. Dan ntah macamana, tempoh hari saya telah tersilap beli bahan. Saya ingatkan ia biji sawi .. rupa-rupanya ...

Bukan Biji Sawi Yang Saya Beli .... 

Segalanya berlaku apabila bahan biji sawi tak ada dalam simpanan dapur. Saya ingatkan biji sawi ni adalah disimpan bersama rempah-ratus lain dalam laci dapur, tapi rupanya dah lama tak ada.

Maka, isteri saya pun minta saya belikan di kedai runcit. Saya pun bergegaslah pergi.

Acah tahu segala benda, itulah pasal ... tak tanya Aci kedai runcit, saya pun ragut satu pek kecil yang berisi biji-biji hitam yang halus. Terus balik, supaya isteri dapat lengkapkan resepi Nanas Masak Bombay yang dah lama saya idam nak makan.
[Dah Baca?] Resepi Masak Taucu - Menu Bajet Perlu Cuba
Isteri saya pun terus letak dalam masakan.

"Bang ... abang beli apa ni? Ni bukan biji sawilah..." kata isteri saya.
"Huh? Biji sawilah tu .. " kata saya dengan penuh keyakinan.

"Abang tanya tak kat Aci kedai? Ke main ambik beli je?" tanya isteri saya.
"Ingat abang tak tahu ke rupa biji sawi ..??" tak ngaku lagi salah beli.

Lepas saya tengok ... ehh kenapa nampak lain?

"Ini biji selasih la bang ... " terang isteri saya.

Rupanya Biji Selasih ...

Tepuk dahi. Alamak, saya dah silap beli bahan la .. aduhhh ... saya betul-betul ingatkan apa yang saya beli tu biji sawi, rupanya biji selasih.

Gelak kami berdua.

Isteri saya siap masak. Nak tak nak, hadap la menu resepi baru Nanas Masak Bombay guna biji selasih.

Cuba anda amati gambar di bawah dekat-dekat, nampak tak beza rupa biji tu ...
Resepi Nanas Masak Bombay Dengan Biji Selasih
Hmm .. nasib baik rasanya tak banyak berubah, cuma bila makan tu ada rasa biji selasih la. Ada rasa jel jel gitu .. hahaha...
[Dah Baca?] Resepi Homemade Nugget Ayam
Sebenarnya, saya mengidam makan Nanas Masak Bombay ni sebab teringatkan zaman masa belajar di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Resepi ni antara favourite saya. Ia disekalikan dengan Ayam Masak Merah, setiap malam jumaat di dewan makan asrama.

Kadang tu, menu ni diletakkan bersama dengan ikan jaket goreng atau ikan cencaru goreng. Kalau siapa yang pernah belajar di asrama penuh, tentu biasa dengan resepi ni.

Resepi atau menu Nanas Masak Bombay, juga dikenali sebagai Acar Nanas sebenarnya mudah nak dapat di kedai makan. Ia resepi mudah. Malah, kalau anda ke kenduri kahwin yang ada Ayam Masak Merah, mesti akan ada benda ni.

Untuk resepi yang betul, anda boleh tengok di SINI.

Kalau anda nak cuba resepi Nanas Masak Bombay silap bahan ni, bolehlah cuba. In Sha Allah, ia masih boleh dimakan .... hehehe.

Itulah konon tahu segala benda. Suami house husband yang rajin masak di rumah tak semestinya pandai segala bahan resepi ... tak bertanya, tu sesat resepi .. kah kah kah.




Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

5 Comments

  1. hehehe...lawak sungguh aihh tuan HH...sedap jugak walau rasanya mesti pelik bila terletak biji selasih tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga kak ... trylah buat .. hahaha

      Delete
  2. Hahahahahaha.... patut kembang ke bijinya kan... hihi...

    ReplyDelete
  3. saya tak pandai nak bezakan biji selasih dan chia seed.. btw.. resipi tu mmg rare dan nampak sedap

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.