Ada yang masih mencari topeng hidung dan mulut (face mask) ke? Kalau belum ada, jangan susah hati ye ... sebab sekarang, face mask ni dah mudah nak didapati. Harga pula cukup berpatutan sesuai dengan harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jika sebelum-sebelum ni, face mask agak sukar untuk dibeli, tetapi sejak kebelakangan ini, produk laku keras ini telah mula banyak di pasaran. Malah, anda boleh membelinya di beberapa pasaraya seperti Mydin, Econsave, Speedmart, Billion Superstore dan banyak lagi.

Face Mask atau Topeng Muka Kini Mudah Didapati

Pelbagai jenis topeng muka

Sejak kerajaan Malaysia memperkenalkan harga siling baharu iaitu RM1.50 sekeping untuk topeng muka atau face mask ini, barangan ini semakin mudah nak didapati. Harganya pula sesuai dengan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Malah, ada pasaraya yang menjual face mask pada harga jauh lebih murah daripada harga siling ditetapkan.

[ads id='ads1']

Produk ini telah menjadi antara produk laku keras sejak penularan wabak Covid-19 ke seluruh dunia. Negara-negara pengeluar produk ini telah menerima lebihan tempahan malah ada negara pengeluar yang telah berhentikan pengeksportan topeng muka kerana mahu memenuhi keperluan tempatan.

Ia adalah kerana topeng muka antara 'senjata' penting untuk menghentikan penyebaran virus Covid-19 ini. Ia adalah keperluan untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan selain memastikan yang dijangkiti tidak menyebarkan virus Covid-19 kepada orang lain.

Ia adalah keperluan perlindungan yang paling murah namun cukup berkesan jika digunakan dengan betul.

Pada awal penularan wabak Covid-19 di Malaysia, terdapat kekangan dalam mendapatkan face mask ini. Ia mungkin disebabkan oleh ketidakjangkaan penjual kepada permintaan face mask ini. Mungkin juga disebabkan oleh panic buying yang dilakukan oleh pengguna.

Waktu itu, harga sekeping face mask adalah antara RM0.50 - RM0.80.  

Banyak kedai dan farmasi yang sebelum ini menjual face mask pada kuantiti yang kecil, tidak mampu menampung permintaan yang datang mendadak. Akibatnya, banyak kedai serta farmasi yang sebelum ini menjual face mask menghadapi masalah bekalan dan ketiadaan stok.

[Promo] Dapatkan Face Mask Secara Online di Shopee

Pengguna membeli secara banyak kerana risau face mask ini akan jadi sukar untuk dimiliki terutama apabila kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walhal, penggunaan face mask ini adalah hanya diwajibkan kepada mereka yang bergejala Covid-19 atau yang kurang sihat.

Face mask

Kilang tempatan yang membuat face mask juga tidak mampu untuk memenuhi permintaan daripada pengguna. Apatah lagi apabila perancangan pengeluaran asalnya adalah untuk tujuan eksport.

Alhamdulillah.

Para pengimport di Malaysia terutama yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa atau MITI telah berjaya membawa masuk bekalan face mask ke Malaysia. Yang jadi satu kelegaan buat kita semua ialah harganya yang boleh diterima dan dibeli oleh kebanyakan rakyat.

Pernah berlaku dalam waktu awal PKP dilaksanakan, harga face mask melambung tinggi. Harga face mask dijual sangat mahal bukan setakat di kedai atau farmasi tetapi juga di laman web shopping online.

Memang fikir dua tiga kali juga sebelum nak membeli.

Sejak harga siling baharu untuk topeng muka atau face mask ini ditetapkan sewaktu PKP Fasa 2 oleh kerajaan, saya dapat melihat yang produk ini sudah semakin mudah didapati. Apatah lagi ada beberapa pengumuman daripada kerajaan yang produk ini telah dibawa masuk dari negara pengeluar seperti China dalam kuantiti yang banyak.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah mengumumkan pemberian face mask secara percuma kepada setiap isi rumah di Malaysia, dengan pengedarannya diuruskan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia kepada Majlis Keselamatan Negeri dan Daerah.

Ia menjadi satu kelegaan buat ramai, apatah lagi apabila ada di kalangan rakyat yang tiada akses atau menghadapi kesukaran untuk membelinya semasa PKP dikuatkuasakan.

Rentetan daripada pengumuman-pengumuman kerajaan mengenai keperluan face mask ini, produk laku keras ini telah semakin mudah didapati di pasaraya di Malaysia. Malah, banyak penjual menjualnya secara online samada di Shopee, Lazada, Zalora mahupun di Facebook.

Topeng muka jual online

Di bawah antara perkongsian daripada netizen yang menunjukkan bahawa face mask sudah senang untuk dibeli dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan, malah ada yang menjualnya pada harga yang lebih murah.

Face Mask di Pasaraya Mydin

Face mask di Mydin

Face Mask Mr DIY


Nak beli face mask dari Mr. DIY secara online? Boleh terus ke link berikut:

Hati-Hati Dengan Pelbagai Jenis Face Mask di Pasaran

Oh ya, untuk makluman dan pengetahuan anda juga, topeng muka 3 lapisan yang dijual di pasaran terdapat beberapa jenis. Yang disyorkan oleh kerajaan dan KKM adalah jenis surgical mask. Jadi, jika anda mendapati harga mask dijual adalah di bawah harga siling RM1.50 sekeping, lihat pada label dan info pada mask yang dijual ya.

Walaupun ditulis face mask, ada yang bukan dari jenis surgical mask ni. Kena bijak ya. Lihat label sebelum beli. :)

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. bila kerajaan dah tetapkan harga syiling makin banyak pula org jual mask pdhal dulu nak cari punya la susah. huhu tetiba ada stok. blm lagi yang letak harga mahal sekarang gov dah letak harga syiling,haaaa
    surgical mask mahal sikit,ada duit lebih bolehlah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebb kerajaan stop eksport produk ni ke luar negara, jadi stok yang ada jadi lambakan dalam pasaran tempatan selain import dari China.

      Delete
  2. Alhamdulillah, sini pun mudah nak beli kat farmasi pun ada dah stoknya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle