Topeng Muka N95 - Topeng Untuk Lindungi Dari Udara Berjerubu

Topeng Muka N95 - Topeng Untuk Lindungi Dari Udara Berjerubu

Musim Jerebu kembali. Awas! Ada peniaga yang ambil kesempatan di musim jerebu di Malaysia dengan menaikkan harga topeng muka, terutama jenis N95 yang disahkan paling sesuai dipakai untuk keadaan berjerebu sekarang ni.

Ini bukan perkara baharu. Memang terdapat segelintir peniaga yang menjual topeng muka dengan harga sekali ganda di kawasan-kawasan tertentu. Mereka melihat keadaan jerebut sekarang adalah satu peluang untuk gandakan jualan serta keuntungan.

Topeng Muka N95 - Topeng Muka Untuk Keadaan Berjerebu

Topeng Muka N95
Buat yang tak tahu, topeng muka jenis N95 adalah jenis topeng muka yang paling sesuai untuk dipakai dalam keadaan negara dilanda masalah jerebu sekarang.

Topeng muka N95 sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron dalam udara berjerebu oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat.

Malah, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan penggunaan N95 terutama sekiranya bacaan IPU di kawasan anda mencecah 101 ke atas.


Pun begitu, mereka yang mempunyai penyakit pernafasan yang kronik, sakit jantung atau masalah kesihatan lain perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan topeng jenis N95 ini. Bukan apa, takut nanti akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas memandangkan pemakaian topeng muka N95 memerlukan lebih banyak usaha untuk bernafas.

Topeng Muka N95 untuk Kanak-Kanak
Lagi satu, topeng muka jenis ini hanya sesuai untuk dipakai oleh golongan dewasa dan tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak - melainkan topeng tersebut memang disediakan untuk pemakaian oleh kanak-kanak.

Cara Memakai Topeng Muka N95

Bagi memastikan topeng ini mampu menapis udara berjerebu, ia mestilah dipakai dengan cara yang betul. Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk cara-cara nak memakai topeng jenis ini bagi menyekat asap dan partikel berbahaya dari udara berjerubu.
Cara Memakai Topeng Muka N95

Topeng muka N95 sangat berbeza dengan topeng pembedahan, perubatan atau penjagaan pesakit. Binaan dan bentuk juga memang nyata berbeza.

Jika topeng lain direka untuk menapis partikel yang dikeluarkan oleh pemakainya kepada persekitarannya, topeng N95 bagaimanapun direka untuk mengurangkan pendedahan pemakai kepada pencemaran yang berada dalam udara.

Salah Faham Jenis Topeng Muka

Ramai rakyat di negara ini salah faham mengenai jenis topeng dan cara pemakaiannya. Ramai yang menggunakan topeng muka jenis pembedahan ketika berada di luar rumah dalam keadaan udara berjerebu. Walhal penggunaan topeng jenis pembedahan ini langsung tidak sesuai sama sekali.

Jenis Topeng Muka
Topeng yang mempunyai dua atau tiga lapisan ini sebenarnya tidak mampu melindungi pemakai daripada ancaman jerebu. Demikian menurut Pensyarah Fakulti Sains Universiti Monash Malaysia Dr Song Beng Kah dalam NST Online.

“Mereka tidak menyedari topeng muka jenis pembedahan ini sebenarnya langsung tidak berkesan untuk menapis partikel halus yang terkandung dalam jerebu.


“Salah faham ini terbawa-bawa selama bertahun lamanya sejak jerebu menjadi musim tahunan negara kita hingga ia sebenarnya membahayakan kesihatan orang ramai secara kronik.

“Hakikatnya, partikel dalam jerebu biasanya bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer dan sememangnya tidak dapat dihalang oleh topeng muka biasa seperti topeng pembedahan itu.

“Sesiapa yang memakai topeng jenis berkenaan ketika jerebu untuk jangka masa panjang sebenarnya akan membahayakan diri dengan membenarkan bahan partikel halus bersaiz 2.5 mikrometer memasuki paru-paru dan darah melalui sistem pernafasan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit paru-paru, jantung dan sebagainya,” katanya.

Gunakan Topeng Muka Yang Sesuai Dengan Keadaan

Satu fakta yang saya fikir ramai tak tahu pun ....termasuklah saya.

Untuk info pengetahuan anda, satu mikrometer bersamaan satu per sejuta meter iaitu lebih halus berbanding serbuk kopi atau sehelai rambut.

Pun begitu, menurut pensyarah ini, topeng jenis pembedahan masih lagi sesuai digunakan untuk melindungi pernafasan daripada partikel bersaiz lebih lima mikro­meter seperti yang terkandung dalam asap enjin kenderaan.



Oleh itu, beliau berkata, wajar untuk penunggang motosikal dan basikal memakai topeng pembedahan sekiranya berada di kawasan trafik sibuk namun ia langsung tidak berkesan apabila digunakan ketika bencana jerebu.

Udara berjerebu lebih berbahaya daripada asap kenderaan motor yang dilepaskan di udara kerana asap dan jerebu daripada kebakaran hutan mengandungi bahan partikel yang lebih halus serta berbahaya yang bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer.

Harga Topeng Muka

Topeng muka untuk perubatan atau pembedahan biasanya dijual dii antara 20 sen hingga 80 sen sekeping, dan boleh didapati di kedai biasa atau farmasi. Harga berbeza mengikut jenis dan jumlah lapisan yang terdapat pada topeng tersebut.

Jika anda nak mencari topeng muka N95, ianya boleh diperoleh daripada farmasi dengan harga sekitar RM5 - RM6 sekeping. Saya syorkan anda pilih dari jenama 3M kerana ia berkualiti terbaik.

Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments