Masyuk! Tentu best kan bila buat sesuatu hanya dari rumah, menjana pendapatan dari RM5000; RM10000, RM20000 hingga RM40000 sebulan? Ini bukan cerita dari kayangan. Memang boleh dilakukan. Nak tahu kena bacalah apa yang saya nak kongsikan ini ...

Kalau ikutkan, gaji sehingga RM40000 sebulan ni, dah semacam atau ibarat gaji seorang pengarah sebuah syarikat ternama kan? Tak pun jadi founder produk tertentu dan dapatkan banyak stokis untuk menjual produk.

Rahsia Menjana Komisen Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Menerusi Affiliate

Komisen Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Menerusi Affiliate

Anda pernah dengar pasal program affiliate tak? Ia adalah satu cara menjana pendapatan sejak bertahun-tahun lamanya tanpa perlu menghasilkan apa-apa produk pun untuk dijual.

Menerusi program affiliate ini anda boleh menjana pendapatan menerusi komisen yang disediakan bagi setiap jualan produk. Dan produk ini pula adalah milik orang lain. Komisennya pula adalah tidak terhad, malah ada yang pernah menjana sehingga ratusan ribu ringgit sebulan menerusi program affiliate.

[ads id='ads1']

Dan paling best, program affiliate ini dijalankan secara percuma! Ya, percuma sahaja. Tak perlu modal permulaan pun untuk mula menjana komisen.

Baik.

Saya Antara Agen Affiliate Yang Berjaya Hasilkan Income 4 Angka Menerusi Affiliate Percuma

Saya antara ramai online marketer yang telah berjaya menjana komisen menerusi program affiliate sejak tahun 2007 lagi. Malah, saya pernah menjadi antara top agen affiliate yang berjaya menjana income sehingga 4 angka hanya dari satu produk affiliate sahaja.

Program ini bukan satu scam atau satu bentuk penipuan. Ianya adalah sah, malah ianya dipraktikkan banyak syarikat di Malaysia termasuklah bank-bank, syarikat insurans, hotel-hotel dan pelbagai lagi. Cumanya, kadangkala ada segelintir orang yang mahu cepat kaya telah menyalahgunakan terma affiliate ini sehingga membuatkan orang mempercayai ianya satu penipuan.

[Dah Baca?] 13 Nota Penting Untuk Jana Pendapatan Menerusi Program Affiliate

Ok.

Ada banyak program affiliate. Ada yang membayar komisen sehingga 50% daripada harga jualan produk, ada pula cuma memberikan 1-5% sahaja komisen daripada harga jualan. Ia tidak tetap, bergantung kepada pemilik produk.

Tapi yang pasti, komisen daripada produk affiliate terutama produk digital memang tinggi. Jadi, tidak mustahillah, seseorang yang menjadi agen affiliate boleh menjana income sehingga RM10 ribu hingga RM40 ribu sebulan.

Matematik Mudah Menjana Income Lumayan Menerusi Affiliate

Matematiknya mudah, katakan harga produk affiliate adalah RM200. Komisen adalah 50% iaitu RM100.

Jika sebulan boleh dapat pembeli seramai 100 orang, anda telah berjaya membuat jualan sebanyak RM200 x 100 = RM20,000. Komisen yang diterima ... aha .. RM10,000 sebulan.

Tak mampu dapatkan 100 orang? Ok, jika 50 orang? Dah boleh dapat komisen jualan sebanyak RM5,000.

Menarik bukan?



Perlu Rajin Promosi Pada Sasaran Yang Betul

Kata kunci untuk berjaya dalam program affiliate ini adalah kerajinan untuk mempromosi. Tetapi, kalau rajin mempromosi tanpa menggunakan pendekatan yang betul juga tak memungkinkan kejayaan.

Sesetengah orang, tak mustahil pun nak dapatkan 100 pembeli atau 50 pembeli untuk produk berharga RM200. Asalkan, ia disasarkan kepada golongan yang betul.

Anda tak boleh nak jual kuih tradisional pada peminat kek moden. Anda juga tak boleh jual sebuah komputer khas untuk gaming kepada pengguna komputer yang tidak bermain game secara online. Maka, sasaran pembeli yang betul adalah satu lagi kata kunci untuk berjaya dalam program affiliate ini.

Pilih Produk Affiliate Yang Betul

Oh ya, satu lagi benda nak beritahu ... jika nak buat duit dengan affiliate ini, kena ada produk yang bagus untuk dipromosikan kepada golongan sasaran yang tepat. Bila produk itu sesuai pada golongan yang sesuai, barulah ianya mudah untuk dijual tanpa terlalu bersusah payah untuk dipromosi.

Perkara-perkara sebegini sebenarnya tidak mudah nak dilakukan seandainya tiada panduan yang betul.

Memang di awal tadi, saya bercerita seolah nak jana pendapatan menerusi affiliate ini tersangatlah mudah. Apatah lagi ianya tidak memerlukan modal besar. Tak perlu produk sendiri.

Mudah memang mudah jika dah ada ilmu pengetahuan dan kaedah perlaksanaan yang betul.

Adilah - Antara Wanita Yang Berjaya Raih Income Lumayan menerusi Affiliate

Lihat income di bawah ini ...

Komisen Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Menerusi Affiliate


Adilah ni dulunya seorang usahawan menjual produk fizikal. Kemudian, selepas dapat ilmu dan pengetahuan berkaitan peluang buat duit dengan program affiliate, barulah si Adilah ni buat bersungguh-sungguh.

Berbaloi tu.

Sekarang, daripada apa yang anda lihat ... nampak tak komisen awal-awal si Adilah ni mula join affiliate .. income yang diperoleh tak sebanyak yang saya tandakan tu, iaitu komisen 5 angka. Waktu tu, si Adilah ni buat promosi sakan mengenai produk affiliate yang beliau sertai - gunakan ilmu yang beliau peroleh.

Bila si Adilah ni stop sekejap dari promosi, komisen masih terus dijana walaupun tidak sehebat komisen sebelumnya. Tapi, pada saya .. cukup lumayan dah tu sebab berbanding waktu menjual produk fizikial, beliau tak perlu uruskan pembelian, tak perlu uruskan stok, tak perlu nak balas whatsapp dan sebagainya.

Program affiliate memang dah ada sistem automatik. Tak perlu urus benda-benda lain kecuali promosi.

Ok lihat paparan di atas ... anda nampak tak? Bila si Adilah buat promosi balik, terus kembali menjana income lumayan sehingga 5 angka.

Benda sama juga berlaku pada rakan-rakan Adilah yang lain.

Komisen Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Menerusi Affiliate

Amacam? Tak teringin ke jana pendapatan sebulan macam tu? Buat dari rumah je. Tak perlu urus produk pun. Apa yang penting ialah cara nak mempromosikan dengan teknik yang betul.

Perlu Ada Ilmu dan Kaedah Perlaksanaan Betul

Seperti saya katakan, nak jana income lumayan menerusi program affiliate kena ada kaedah dan cara yang betul.

Inilah yang saya nak beritahu anda di akhir cerita komisen puluhan ribu ringgit menerusi affiliate ini ... huhu ...

Adilah dan kawan-kawannya nak kongsi rahsia bagaimana mereka boleh berubah dari menjana komisen biasa-biasa kepada menerima komisen sehingga 4-5 angka dalam sebulan. Dan kalau anda bijak, bila jumlahkan keseluruhan pendapatan yang diterima tu .. dah boleh menyamai gaji tahunan seorang pegawai dalam perkhidmatan awam dah.

Ok.

Jika anda nakkan ilmu dan panduan berguna dari Adilah dan kawan-kawannya, mereka dah sediakan sebuah ebook dan juga kelas online untuk mereka yang berminat. Anda tak perlu lagi langgar tembok dan buat silap seperti mereka.

Semua dah siap untuk anda ikuti.

Dan untuk masa terhad, panduan ini dijual pada harga mampu milik dan tidak membebankan. Segalanya disediakan oleh Adilah dengan kawan-kawannya untuk bantu anda terutama yang agak terkesan dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nak buat duit macam mereka ni? Terus dapatkan info tersebut dengan klik butang di bawah ..


p.s: Saya syorkan anda dapatkan panduan ini, bukan semua orang yang berjaya jana income affiliate puluhan ribu ringgit nak dedahkan rahsia mereka ... apatah lagi kepada potensi pesaing macam anda!


Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle