Anda pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Anda nak keluarkan wang dari akaun 2 untuk pengeluaran i-Lestari tak? Jika anda berniat dan tak tahu cara termudah untuk melakukannya, maka baca panduan ini kerana anda boleh membuat permohonan baharu pengeluaran i-Lestari hanya dengan 9 langkah mudah sahaja.

Ok. Sebelum tu nak beritahu, i-Lestari ini adalah merupakan satu program yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk membolehkan para pencarum mengeluarkan wang sendiri dari akaun 2 KWSP sehingga RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan. Ia adalah satu inisiatif untuk membolehkan para pencarum berhadapan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengatasi penularan wabak Covid-19.

9 Langkah Mudah Untuk Buat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

9 Langkah Mudah Untuk Buat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Ketika awal pengumuman mengenai inisiatif ini, orang ramai telah berpusu-pusu cuba memasuki laman web KWSP online iaitu i-Akaun untuk melakukan permohonan bagi pengeluaran i-Lestari. Tetapi, telah muncul satu masalah terutama kepada mereka yang sebelum ini belum pernah membuat pendaftaran untuk menggunakan laman web i-Akaun KWSP.

Malah, timbul juga beberapa masalah lain seperti terlupa id login dan juga kata laluan untuk login ke i-Akaun KWSP.

[ads id="ads1"]

Semakin menyulitkan ialah, pencarum sukar untuk mendapatkan bantuan daripada pihak KWSP akibat PKP yang dilaksanakan, selain kesukaran untuk membuat pendaftaran menggunakan i-Akaun.

Ini mengakibatkan ramai yang hadapi masalah untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari.

KWSP Permudah Cara Untuk Mohon i-Lestari

Menyedari keperluan para pencarum KWSP untuk membuat permohonan pengeluaran wang  i-Lestari, pihak KWSP telah mewujudkan satu laman web khas yang mudah diakses oleh semua pencarum tanpa perlu melakukan sebarang pendaftaran akaun atau memiliki id mahupun nombor akaun KWSP.

Apa yang anda perlukan adalah maklumat-maklumat berikut sahaja:
  1. Nama penuh
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Alamat rumah beserta poskod
  4. Alamat email
  5. Nombor telefon bimbit
Permohonan untuk pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dilakukan dengan 9 langkah mudah berikut:

Cara Mudah Buat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

  1. Anda pergi ke laman web khas berikut - https://ilestari.kwsp.gov.my/
  2. Pilih menu 'Permohonan Baharu'. Jika anda sudah memohon menerusi i-Akaun KWSP sebelum ini, boleh buat semakan status permohonan anda dengan klik 'Semak Status' yang disediakan.
  3. Isikan butiran diminta di ruangan disediakan iaitu Nama, Nombor MyKad, Alamat rumah, Poskod, Nombor telefon bimbit, Email.
  4. Pilih amaun yang dipohon sebulan (maks RM500).
  5. Pilih bank dan masukkan nombor akaun bank untuk menerima pengeluaran wang.
  6. Tandakan pengesahan pengakuan pemohon.
  7. Klik butang 'Setuju'.
  8. Semak maklumat yang tertera agar betul dan tepat sebelum menekan butang 'Hantar'.
  9. Permohonan anda telah berjaya dihantar untuk proses permohonan.

Info Penting Sebelum Membuat Gunakan i-Lestari Online

Sebelum itu, anda perlu baca info penting yang disediakan oleh pihak KWSP sebelum masuk ke laman web i-Lestari online. Info penting tersebut adalah berkenaan berikut:

  • Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
  • Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
  • Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
  • Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
  • Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online.



Ok? Jelas tak? Mudah kan?

Sememangnya ia cukup mudah. Malah, saya sendiri telah membuat semakan menerusinya setelah sebelum ini membuat permohonan pengeluaran menerusi i-Akaun.

Semakan Online Pengeluaran i-Lestari

Ia sememangnya cara paling pantas dan cepat.

Pada saya, apa yang dilakukan oleh pihak KWSP adalah sangat memudahkan para pencarum tanpa perlu bersusah payah untuk membuat permohonan menggunakan i-Akaun. Tak perlu ke KWSP. Tak perlu ke KIOSK. Tak perlu ada id dan kata laluan.

Jika anda belum lagi membuat permohonan, boleh terus ke laman web i-Lestari online menerusi pautan ini - https://ilestari.kwsp.gov.my/

Semoga pengisian ini membantu anda. Jangan lupa share dengan orang lain ya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement