Anda dah buat semakan status permohonan i-Lestari KWSP? Jika belum, boleh melakukan dengan 2 langkah mudah sahaja. Anda hanya perlukan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit sahaja. Semakan status permohonan i-Lestari kini boleh dilakukan secara online di i-Lestari Online.

Jika anda seorang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih belum membuat permohonan untuk pengeluaran wang i-Lestari, anda masih ada masa untuk melakukannya sebelum 31 Mac 2021.

Semakan Status Permohonan Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP

Semakan Status Permohonan Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP

Pengeluaran wang i-Lestari KWSP adalah untuk para pencarum dan penyimpan KWSP mengeluarkan wang semaksima RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Permohonan untuk pengeluaran wang menerusi i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April. Anda 3 cara untuk membuat permohonan ini, iaitu menerusi laman web i-Akaun KWSP, menerusi i-Lestari online dan juga menerusi pos.

Saya amat menggalakan anda untuk membuat permohonan secara online menerusi i-Lestari. Ini adalah kerana ia adalah tersangat mudah, dan memerlukan 9 langkah sahaja. Lagipun, permohonan menerusi i-Lestari online tidak memerlukan id login dan juga kata laluan.

[ads id='ads1']

Nak tahu lagi cara nak buat permohonan menerusi i-Lestari online boleh baca post disediakan oleh saya ini - Cara Mudah Mohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online - Tidak Perlu Login Id mahupun Password

Konsep Pengeluaran i-Lestari

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:
  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Kelayakan Memohon i-Lestari

Berikut adalah kelayakan untuk membuat pengeluaran wang menerusi i-Lestari:
  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Jika anda telah selesai membuat permohonan pengeluaran wang i-Lestari, anda sudah boleh menyemak status permohonan secepat 2 hari selepas permohonan dibuat. Cara membuat semakan status permohonan i-Lestari sangat mudah.

Cara Buat Semakan Online Status Permohonan i-Lestari

Pertama sekali anda kena pergi ke laman web i-Lestari Online menerusi pautan berikut:

Menerusi laman web i-Lestari Online, anda cuma perlu memasukkan nombor MyKad dan juga nombor telefon bimbit anda serta klik 'reCaptcha' yang tersedia. Hasilnya seperti boleh dilihat di bawah ini:

Semakan Status Mohon i-Lestari KWSP

Selain status permohonan dipaparkan, anda juga akan mengetahui tarikh kemasukan wang i-Lestari ke akaun bank anda. Seperti contoh di atas, bayaran pengeluaran i-Lestari akan diterima bermula 5 Mei 2020 dan begitulah untuk bulan-bulan seterusnya selama 12 bulan.

Amacam? Cukup mudah kan?



Gunakan kesempatan ini untuk melakukan permohonan (jika mahu, bukan paksaan) pengeluaran i-Lestari. Hadkan jumlah pengeluaran wang anda dari akaun 2 asalkan tidak menjejaskan jumlah keseluruhan simpanan anda dalam KWSP.

[Dah Baca?] 8 Kerja Boleh Dilakukan Masa PKP Untuk Tambah Pendapatan

Dengan adanya duit ini, anda boleh lakukan untuk kehidupan sepanjang PKP dan boleh juga dimanfaatkan untuk tujuan lain, contohnya membeli saham amanah atau menjadikan ia sebagai modal untuk melabur dalam Bursa Malaysia.

Saham 
Yang penting, jangan salahgunakan wang dibenarkan keluar dari KWSP ini untuk tujuan kurang berfaedah. Ini duit anda, dan bukannya duit bantuan dari kerajaan ya. Kalau nak duit daripada bantuan kerajaan, bolehlah memohon Bantuan Prihatin Nasional.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Belum buat lagi permohonan... dah buat nanti, boleh mai check balik post ni untuk refer nak buat semakan! Great Info! TQVM

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement